Ribut Tropika Pabuk Diramal Badai Pulau Peranginan Thailand

Foto Sumber; MET MALAYSIA

BANGKOK: Berpuluh ribu pelancong meninggalkan pulau peranginan Thailand termasuk Koh Phangan dan Koh Tao selepas Ribut Tropika Pabuk diramal membadai dengan membawa hujan lebat, angin dan ombak setinggi tujuh meter, kata pihak berkuasa hari ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan sejak 2 Januari, pulau-pulau yang menjadi tumpuan pelancong bersempena cuti Krismas dan Tahun Baru mula dikosongkan susulan perkembangan fenomena itu.

Ribut tropika Pabuk yang pertama kali membadai di luar musim monsun sejak 30 tahun lalu, diramal membadai Koh Phangan, Koh Tao dan Koh Samui malam esok sebelum melalui tanah besar.

Walaupun tiada amaran rasmi dikeluarkan setakat ini, pelancong bertindak meninggalkan pulau peranginan berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko.


Foto Sumber: ACCUWEATHER

Pihak berkuasa di pulau itu berkata mereka menyediakan tempat perlindungan untuk mana-mana pelancong yang mengambil keputusan menunggu sehingga ribu reda.

Pabuk, yang bererti ikan keli gergasi di Laos, juga diramal membawa hujan lebat ke selatan, termasuk kawasan tumpuan pelancong di Laut Andaman seperti Krabi dan wilayah yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala. 

AMARAN DI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberi amaran kepada orang ramai dan komuniti maritim supaya menghindari kawasan pantai di perairan Pantai Timur Semenanjung susulan amaran ribut tropika Pabuk.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata komuniti maritim disaran mengambil langkah keselamatan terhadap bot dan kapal masing-masing.

“Mereka dinasihatkan untuk tidak menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menangkap ikan, memancing dan rekreasi pelancongan.

“Anggota Maritim Malaysia yang berada di lapangan juga dikehendaki menentukan aset kerajaan dan bot tahanan berada dalam pengawasan,“ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zubil berkata, amaran cuaca buruk peringkat jingga itu dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 11.45 pagi hari ini.

“Ribut tropika Pabuk kini berada di kedudukan 6.1 darjah Utara dan bergerak 15 kilometer sejam (kmsj) menghampiri Segenting Kra (Sempadan Malaysia-Thailand).

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang melebihi 60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak setinggi 4.5 meter,” katanya.

Menurutnya, jarak ribut ini dari bandar Kuala Terengganu adalah 179 kilometer (km) dan Kota Bharu adalah 243 km.

“Angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, perkhidmatan feri dan aktiviti pelantar minyak.


“Komuniti maritim terutama nelayan diminta untuk sentiasa mematuhi amaran cuaca buruk yang boleh dirujuk di laman web Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

SUMBER: AFP/ BH ONLINE

ANGKASA Tolak Kontroversi Asteroid 2002NT7 Bakal Hentam Bumi

Foto Sumber: Daily Express

ASTRONOMI: Kebelakangan ini dunia digemparkan dengan kontroversi sebuah asteroid bakal menghentam Bumi sehingga mengundang beberapa agensi angkasa lepas mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu.

Terbaharu, pada 3 Januari 2019, dalam kenyataan medianya menyatakan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah menerima pertanyaan dan reaksi orang ramai terhadap laporan berkaitan asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019. 

"ANGKASA ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak benar.

Untuk makluman, asteroid yang dimaksudkan diberi gelaran 2002NT7 telah dijumpai oleh NASA pada tahun 2002. 

"NASA telah membuat pengiraan berdasarkan teori astronomi bahawa asteroid terbabit akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 dengan kebarangkalian kurang dari 1 peratus (1%)," kata kenyataan itu.

ANGKASA menjelaskan bagaimanapun, dengan pemantauan dan pengiraan semula, kebarangkalian asteroid tersebut menghentam Bumi adalah amat kecil dan hampir mustahil. 

"Hasil semakan dan penelitian, ANGKASA juga mengesahkan bahawa asteroid tersebut tidak akan menghentam Bumi pada 1 Februari 2019 seperti yang dilaporkan. 

"Oleh itu, orang ramai tidak perlu gusar atau bimbang berkaitan perkara ini. 

Selain itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan berita yang tular dan lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat," kata ANGKASA.



TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...