KRISIS RUSSIA-UKRAINE | PERANG HARI KELIMA | Bandar Kyiv Terselamat Satu Lagi Malam, Runding Gencatan Senjata Di Belarus


    Sumber Grafik: Daily Mail


Kyiv Terselamat Lagi Satu Malam


Kyiv masih 'survived' untuk satu malam lagi dalam serangan Rusia dengan tentera yang 'lemah semangat dan keletihan' serta mengalami 'kehilangan besar' apabila cuba dan gagal menembusi pertahanan di pinggir bandar itu, kata komander Ukraine.


Portal Dailymail pada 28 Februari 2022 melaporkan Kolonel Jeneral Alexander Syrsky, yang bertanggungjawab mempertahankan bandar itu, berkata pada pagi Isnin/28 Februari 2022 bahawa 'semua percubaan' untuk melanggar bandar itu gagal dan keadaan kini 'terkawal'. 


'Kami menunjukkan bahawa kami boleh melindungi rumah kami daripada tetamu yang tidak diundang,' tambahnya.


Kementerian Pertahanan Ukraine meletakkan jumlah korban tentera Rusia pada 5,300 walaupun jumlah itu tidak dapat disahkan secara bebas. 


    Tangkap layar laporan AFP berkenaan perkembangan terkini krisis Russia-Ukraine pada 28 Februari 2022

Kementerian Pertahanan Rusia buat pertama kalinya mengakui mengalami kerugian dalam konflik itu, tetapi tidak menyatakan berapa ramai yang mati.


Serangan ke atas Kyiv gagal walaupun bandar itu mengalami pengeboman hebat, dengan saksi melaporkan bunyi pengobaman secara 'carpet bombing'. 


Pada 6 pagi Isnin/28 Februari 2022, perintah berkurung yang dilaksanakan sejak 3 petang Sabtu/ 26 Februari 202 ditarik balik - membenarkan orang ramai keluar untuk membeli makanan dan menghirup udara segar - tetapi siren serangan udara berbunyi tidak lama selepas itu.


Pada awal pagi, Rusia mempelawa semua rakyat Ukraine meninggalkan bandar itu melalui lebuh raya yang 'selamat' - mencetuskan kebimbangan bahawa pengeboman itu akan meningkat secara mendadak. 


Moscow dilihat bakal menggunakan strategi yang sama di Syria semasa bertempur bersama tentera Assad, biasanya sebelum membedil dan mengebom bandar-bandar dengan kesan korban yang tinggi.


Walaupun tentera termaju Rusia telah bertempur di pinggir Kyiv selama beberapa hari, sebahagian besar pasukan serangan Putin masih terletak kira-kira 20 batu jauhnya, situasi itu telah diperlahankan oleh pejuang penentan yang gigih - dengan imej satelit mendedahkan lajur besar kenderaan menuju ke bandar itu.


Imej satelit Maxar terbaharu menunjukkan, ketika Moscow terus meningkatkan serangannya ke atas Kyiv walaupun bersiap sedia untuk rundingan dengan wakil Ukraine. Sumber: CNN


Bandar Zhytomyr, Zaporizhzhia, dan Chernihiv juga dibom semalaman, dengan siren serangan udara berbunyi di kawasan lain. 


Pertempuran berterusan di Kharkiv, bandar kedua Ukraine yang terletak di timur berhampiran sempadan dengan Rusia, yang menjadi lokasi pertempuran paling hebat setakat ini.



Serangan Russia Di Selatan


Di selatan Ukraine, tentera Rusia melaporkan menawan bandar pelabuhan Berdiansk dengan tentera dan kenderaan berperisai yang ditunjukkan bergolek di tengah-tengah, dan menghampiri bandar Mariupol yang berada dalam bahaya untuk dikepung - walaupun masih di bawah kawalan Ukraine pada awal pagi. 


Walaupun pertempuran semakin memuncak, pasukan perundingan daripada kedua-dua Ukraine dan Russia bertemu untuk perbincangan di sempadan Belarus bertujuan untuk menamatkan pertempuran. 


Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata sebelum rundingan bahawa beliau tidak mengharapkan mereka berjaya, tetapi telah menghantar delegasi 'untuk menunjukkan saya cuba' menamatkan perang.


Ia berlaku di tengah-tengah laporan bahawa Belarus, Alexander Lukashenko bersedia untuk menghantar tenteranya sendiri ke dalam pertempuran, yang menurut perisikan AS boleh datang sejurus Isnin/28 Februari 2022. 


Tindakan itu susulan daripada tentera Chechnya yang digerakkan ke dalam pertempuran, yang membawa kepada kemusnahan hampir serta-merta satu lajur kenderaan berperisai dan kematian salah seorang jeneral tertinggi mereka.


  Tangkap layar Twitter Dailymail.co.uk berkenaan Belarus siap sedia membantu Russia dalam pencerobohan terhadap Ukraine


Russia Letakkan Pasukan Senjata Nuklear Dalam 'Siap Sedia'


Belarus pada Ahad/ 27 Februari 2022 juga mengundi untuk meminda perlembagaan negara yang membenarkan mereka menjadi tuan rumah senjata nuklear Rusia, yang dibuat selepas arahan dingin Vladimir Putin kepada ketua pertahanannya untuk meletakkan senjata nuklear negara itu dalam keadaan 'berjaga-jaga' sebagai tindak balas kepada 'ancaman' dari Barat.


Walaupun kesan tepat arahan Putin tidak jelas, ia berkemungkinan bermakna hulu peledak nuklear Rusia digerakkan hampir dengan sistem pelancaran seperti peluru berpandu untuk membolehkan mereka digunakan pada notis yang lebih singkat. 


Kedua-duanya biasanya disimpan secara berasingan untuk mengelakkan risiko senjata secara tidak sengaja ditembak.


Ia juga boleh bermakna senjata mudah alih disebarkan di seluruh negara untuk menjadikannya lebih sukar untuk dikesan dan dimusnahkan, dan bom dimuatkan ke pesawat walaupun tidak bersenjata - sekali lagi untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk melancarkan serangan.


Perintah Putin, walaupun tidak meningkatkan ketegangan nuklear ke tahap yang dilihat antara Timur dan Barat semasa Perang Dingin, akan menambah kebimbangan bahawa perang di Ukraine boleh meningkat dengan cepat menjadi konflik yang lebih meluas dan memusnahkan - atau kemalangan boleh berlaku mencetuskan akibat yang berpotensi membinasakan.


Hampir 400,000 Orang Awam Melarikan Diri


Menteri pertahanan Britain Ben Wallace berkata bahawa beliau tidak menjangkakan Presiden Rusia Vladimir Putin akan menggunakan senjata nuklear.


Agensi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata hampir 400,000 orang awam, terutamanya wanita dan kanak-kanak, telah melarikan diri ke negara jiran.


Seorang pegawai kanan pertahanan AS berkata Rusia telah menembak lebih 350 peluru berpandu ke arah sasaran Ukraine sejak ia melancarkan pencerobohan minggu lalu, beberapa terkena infrastruktur awam.


'Nampaknya mereka mengamalkan mentaliti pengepungan, yang mana mana-mana pelajar taktik dan strategi ketenteraan akan memberitahu anda, apabila anda mengamalkan taktik pengepungan, ia meningkatkan kemungkinan kerosakan,' kata pegawai itu, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.


Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy memberitahu Perdana Menteri Britain, Boris Johnson melalui telefon pada hari Ahad/ 27 Februari 2022 bahawa 24 jam berikutnya adalah penting untuk Ukraine, kata jurucakap Downing Street.


Setakat ini, serangan Russia tidak boleh menuntut sebarang kemenangan besar. Russia tidak mengambil mana-mana bandar Ukraine, tidak mengawal ruang udara Ukraine, dan tenteranya kekal kira-kira 19 batu dari pusat bandar Kyiv untuk hari kedua, kata pegawai itu.


Russia menggelar tindakannya di Ukraine sebagai 'operasi khas' yang dikatakan tidak direka untuk menduduki wilayah tetapi untuk memusnahkan keupayaan ketenteraan jirannya di selatan dan menawan apa yang dianggapnya sebagai nasionalis berbahaya.


PBB Laporkan Lebih 100 Orang Awam, 7 Kanak-Kanak Maut Di Ukraine 


Sekurang-kurangnya 102 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh di Ukraine sejak serangan Russia Khamis lalu, dengan jumlah korban sebenar mungkin jauh lebih tinggi.


Agensi Berita AFP pada 28 Februari 2020 melaporkan Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Michelle Bachelet, berkata pejabatnya merekodkan 406 korban membabitkan orang awam di Ukraine, termasuk 102 kematian disahkan, sejak Russia memulakan serangan besar-besaran.


Bercakap di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), beliau yang juga Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia berkata, penderitaan di Ukraine berleluasa.


"Kebanyakan orang awam terbunuh akibat letupan senjata berat di kawasan awam, termasuk tembakan artileri berat dan sistem roket pelbagai pelancaran serta serangan udara.


KRISIS RUSSIA-UKRAINE | PERANG HARI KELIMA | Presiden Russia Arah Pasukan Nuklear 'Siap Sedia', Eropah Hantar Senjata Bantu Ukraine

    Sumber Foto: GreekReporter.com


GLOBAL | MOSCOW: Presiden Russia Vladimir Putin pada 27 Februari 2022 mengarahkan ketua pertahanannya meletakkan 'pasukan pencegahan' negara itu dalam keadaan sangat bersedia - merujuk kepad'a unit yang termasuk senjata nuklear - susulan kenyataan agresif oleh pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan sekatan ekonomi terhadap Moscow.


Ini kerana beliau menuduh negara Barat mengambil langkah 'tidak mesra' terhadap negaranya di tengah-tengah pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, lapor AGENSI pada 27 Februari 2022.


"Saya mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan am angkatan tentera Russia untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Russia ke dalam mod khas perkhidmatan tempur," kata Putin dalam ucapan di televisyen.


        Sumber Grafik : The Economits


Sementara itu di Washington, Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki, berkata arahan Putin untuk meletakkan pasukan nuklear Russia dalam keadaan berjaga-jaga adalah sebahagian daripada corak ancaman yang direka Moscow untuk mewajarkan pencerobohan.


"Kita telah melihat beliau melakukan ini berulang kali. Russia tidak pernah diancam oleh NATO, adakah Russia berada di bawah ancaman dari Ukraine," kata Psaki dalam program 'Minggu Ini' ABC.


"Ini semua adalah cara Presiden Putin dan kami akan menentangnya. Kami mempunyai keupayaan untuk mempertahankan diri, tetapi kami juga perlu bertindak terhadap apa yang kami lihat di sini daripada Presiden Putin," tambah Psaki.


Amerika Syarikat (AS) terbuka untuk memberikan bantuan tambahan kepada Ukraine, kata Psaki. 


Siap Sedia Rundingan Di Sempadan Ukraine-Belarus


Dalam pada itu, pejabat Presiden Ukraine memaklumkan, rundingan tanpa prasyarat dengan Moscow akan dilakukan di sempadan Ukraine-Belarus, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS pada 27 Februari 2022.


Perang yang tercetus sejak lima hari lalu menyebabkan pelbagai pihak sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga, terutamanya Barat yang bimbang sektor ekonomi, strategi politik dan korporat mereka akan terjejas.


Sebanyak 27 negara Kesatuan Eropah buat pertama kali juga bersetuju untuk membekalkan senjata kepada Ukraine. 


Eropah Bekal Senjata Ke Ukraine


PARIS: Banyak negara termasuk Sweden yang berkecuali, mula menghantar tentera serta bantuan kemanusiaan ke Ukraine, sejak pencerobohan Russia pada 24 Februari 2022/Khamis lalu.


Amerika Syarikat (AS), Kanada dan 19 negara Eropah ketika ini sudah bertindak terhadap rayuan Ukraine, bagi mendapat bantuan peralatan tentera, lapor AFP.


Pada 26 Februari 2022/Sabtu lalu, Washington mengatakan sudah menghantar bantuan ketenteraan tambahan berjumlah AS$350 juta (RM1.47 bilion) kepada Kyiv, sekali gus menjadikan jumlah sokongannya kepada lebih satu bilion dolar sepanjang tahun lalu.


"Penghantaran ini termasuk bantuan pertahanan membunuh musuh bagi membantu Ukraine menghadapi serangan perisai, udara dan lain-lain yang sedang dihadapinya," kata Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.


Pada 27 Februari 2022, Blinken mengumumkan AS$54 juta (RM226.8 juta) dalam bentuk bantuan kemanusiaan baharu untuk dibelanjakan melalui badan bukan kerajaan (NGO).


Kanada pula menghantar senjata ketenteraan berbahaya ke Ukraine dan meminjamkan Kyiv setengah bilion dolar Kanada (AS$394 juta) untuk membantunya mempertahan diri.


Berlin melanggar pantang sekian lamanya untuk tidak mengeksport senjata ke zon konflik menerusi ikrar, membekalkan Ukraine 1,000 senjata antikereta kebal, 500 roket darat ke udara Stinger dan sembilan howitzer.


Jerman juga menyumbangkan 14 kenderaan perisai dan 10,000 tan bahan api.


Stockholm juga melanggar pendirian tidak berpihak (neutral) dengan menghantar 5,000 roket antikereta kebal ke Ukraine serta peralatan perang lain.


Ini kali pertama Sweden menghantar senjata ke negara dalam konflik bersenjata, sejak Kesatuan Soviet menyerang negara jiran Finland pada 1939.


Perancis yang sebelum ini menghantar bantuan, menghantar lebih banyak peralatan ketenteraan serta bahan api.


Paris berkata, mereka bertindak atas permintaan Ukraine sebelum ini, untuk pertahanan antipesawat dan senjata digital.


Belgium pula mengatakan pihaknya akan membekalkan Ukraine dengan 3,000 lagi senapang automatik dan 200 senjata antikereta kebal serta 3,800 tan bahan api.


Kementerian Pertahanan Belanda, berkata negaranya menghantar 200 pelancar roket Stinger, selepas menghantar senapang sniper dan topi keselamatan.


Ia memberi tambahan 20 juta euro (AS$ 22 juta atau RM92.4 juta) bantuan kemanusiaan yang sudah dijanjikan.


Prague pula akan menghantar 4,000 bom mortar serta 30,000 pistol, 7,000 senapang, 3,000 mesingan serta sejumlah raifal penembak tepat dan sejuta peluru.


Republik Czech pula berjanji membekalkan Kyiv 4,000 bom mortar bernilai 1.5 juta euro atau AS$1.6 juta (RM6.72 juta) yang belum dihantar.


Rom pula menghantar 110 juta euro (AS$123 juta atau RM516.6 juta) sebagai bantuan segera kepada kerajaan Ukraine seperti dimaklumkan Menteri Luarnya Luigi Di Maio menerusi twitter.


Portugal memberikan Ukraine peralatan cermin mata malam, jaket kalis peluru, topi keledar, bom tangan, peluru dan senapang automatik G3.


Greece yang mempunyai rakyat di Ukraine menghantar peralatan pertahanan serta bantuan kemanusiaan.


Bucharest yang berkongsi sempadan dengan Ukraine pula menawarkan untuk merawat mangsa yang cedera di 11 hospital tenteranya serta menghantar bahan api, jaket kalis peluru, topi keledar dan peralatan ketenteraan lain yang bernilai tiga juta euro (AS$3.3 juta atau RM13.86 juta).


Madrid turut berjanji untuk menghantar 20 tan bantuan ke Ukraine, kebanyakannya peralatan perubatan dan pertahanan seperti jaket kalis peluru.


Israel berkata, pihaknya akan menghantar 100 tan bantuan kemanusiaan seperti peralatan perubatan, penapis air, khemah dan beg tidur. 


DefenceHQ is the official corporate news channel of the UK Ministry of Defence.


 

KRISIS RUSSIA-UKRAINE | HARI KEEMPAT PERANG | Tentera Russia Masuki Bandar Kedua Ukraine, Pertempuran Memuncak Di Kharkiv


   Tangkap layar laporan berita SKYNEWS pada 27 Februari 2022 berkenaan tentera Russia memasuki bandar Kharkiv. Sumber Foto:OhDunia


GLOBAL | KYIV: Tentera Russia memasuki bandar kedua di Ukraine, Kharkiv, dan pertempuran sedang berlangsung pada 27 Februari 2022/Ahad, kata ketua pentadbiran wilayah pada hari keempat pencerobohan Moscow ke atas negara pro-Barat itu.


Agensi Berita AFP pada 27 Februari 2022 melaporkan, ketika pertempuran sedang memuncak di Kharkiv, pentadbiran bandar di Kyiv, 400 kilometer ke barat iaitu ibu kota kekal sepenuhnya di bawah kawalan tentera Ukraine walaupun berlaku pertempuran dengan 'kumpulan sabotaj'.


"Kenderaan ringan Russia memasuki bandar Kharkiv.


"Angkatan bersenjata Ukraine sedang menghapuskan musuh," kata gabenor Kharkiv, Oleg Sinegubov dalam catatan Facebook, sambil menggesa penduduk supaya tidak meninggalkan tempat perlindungan.


Kementerian pertahanan Russia mendakwa, bahawa tenteranya mengepung bandar Kherson di selatan Ukraine dan bandar Berdyansk di tenggara.


"Sepanjang 24 jam lalu, bandar Kherson dan Berdyansk disekat sepenuhnya oleh angkatan tentera Russia," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.


Tambahnya, tentera Russia juga menguasai Genichesk, sebuah bandar pelabuhan di sepanjang Laut Azov, dan sebuah lapangan terbang berhampiran Kherson.


Setakat 27 Februari 2022, tentera Russia berkata, pihaknya memusnahkan 975 kemudahan tentera di Ukraine dan menembak jatuh lapan jet pejuang, tujuh helikopter dan 11 dron.


Konashenkov mendakwa bahawa askar Ukraine meletakkan senjata 'beramai-ramai'.


Beliau mendakwa, pada 26 Februari 2022 tentera rejimen peluru berpandu pertahanan udara berhampiran Kharkiv 'secara sukarela' meletakkan senjata mereka, sambil menambah bahawa lebih daripada 470 askar Ukraine ditahan.


Tiada pengesahan terhadap dakwaan itu dan Ukraine menegaskan ramai tentera Kremlin yang cedera dalam pertempuran.



Sumber : Twiter - DefenceHQ is the official corporate news channel of the UK Ministry of Defence.


Pada 24 Februari 2022/Khamis lalu, Presiden Russia, Vladimir Putin, mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine.


Menurut sumber negara barat, tentera darat Russia memasuki Ukraine dari utara, timur dan selatan, namun berhadapan tentangan hebat daripada tentera Ukraine, yang mengejutkan Moscow.


Pada 26 Februari 2022, Moscow mengarahkan tenteranya untuk mara di Ukraine 'dari semua arah', dengan Kremlin mendakwa pihak berkuasa Ukraine enggan mengadakan rundingan. 


Ukraine Ubah Papan Tanda Jalan Taktik Kelirukan Tentera Russia


KYIV: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina dan mengemas kini jalan raya di Ukraine memaklumkan pihaknya menukar semua nama papan tanda jalan yang mungkin digunakan tentera Russia untuk navigasi.


Ukravtodor menerusi Facebook memaklumkan, tentera Russia mempunyai komunikasi yang teruk dan tidak mampu merancang pergerakan yang berkesan.


Ukraine ubah papan tanda jalan untuk kelirukan tentera Russia


"Sehubungan itu, kami akan tukar semua papan tanda jalan bagi mengelirukan tentera Russia.


"Mereka tidak mempunyai sistem komunikasi yang baik, maka adalah 'bagus' untuk kami membantu mereka," kata syarikat itu.


Berdasarkan gambar yang dimuat naik, syarikat itu menunjukkan papan tanda yang ditukar dengan kata-kata kesat.




KRISIS RUSSIA-UKRAINE | HARI KEEMPAT PERANG | Tentera Russia Terus Mara Ke Kyiv, Terima Tentangan Hebat

    Tangkap layar laporan berita CNN pada 27 Februari 2022/Ahad berkenaan Russia menghantar lebih  banyak kereta kebal ke Ukraine. Sumber Foto: OhDunia/27 FEB 2022

   

GLOBAL |  Memasuki hari keempat operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine, bandar Kiev menyaksikan pertempuran sengit di antara tentera Rusia dan Ukraine serta orang awam dalam mempertahankan bandar itu daripada ditakluk Kremlin.


Memetik laporan media agensi antarabangsa menjelaskan tentera Rusia berhadapan cabaran logistik serta tentangan kuat daripada tentera Ukraine.


Jurucakap Ukraine sebelum ini mendakwa seramai 3,000 tentera Rusia terbunuh dalam serangan balas tentera Ukraine, manakala lebih 300 kereta kebal Rusia turut dimusnahkan.


Dalam laporan terkini, Moscow mengarahkan tenteranya dari semua arah menuju ke Ukraine pada 26 Februari 2022, ketika ibu kota Ukraine, Kyiv mengenakan perintah berkurung selepas pertempuran di bandar itu yang menyaksikan tentera Russia diusir.


Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan pegawai Ukraine menyatakan 198 kematian keseluruhan membabitkan orang awam, termasuk tiga kanak-kanak, ketika letupan kedengaran di Kyiv, memaksa penduduk melarikan diri ke tempat selamat di bawah tanah.


Moscow pula berkata, akan melepaskan peluru berpandu ke sasaran ketenteraan dan melancarkan serangan dari semua arah, selepas menuduh Ukraine menolak rundingan.


Namun, pada hari ketiga pencerobohan Russia, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berikrar negaranya tidak akan menyerah diri kepada Kremlin, sementara Washington pula menyifatkan momentum pencerobohan Russia lemah.


Tentera Ukraine berkata, mereka menghalang serangan ke atas ibu negaranya, namun memerangi kumpulan sabotaj dari Russia yang sudah dikesan menyusup ke bandar itu.


           Tangkap layar laporan berita BH Online berkenaan krisis di Ukraine pada 27 Februari 2022.


Zelensky dalam mesej videonya menjelaskan: "kami akan berjuang sehingga kami membebaskan negara kami".


Beliau sebelum ini berkata, Ukraine sudah menggagalkan rancangan Moscow untuk menggulingkannya dan menggesa rakyat Russia untuk menekan Presiden Vladimir Putin supaya menghentikan konflik itu.


Pentagon menganggarkan separuh daripada pasukan tentera yang ditempatkan Russia di sempadan Ukraine sejak beberapa bulan kebelakangan ini kini, sudah berada di dalam negara itu.


Namun momentumnya lemah dalam tempoh 24 jam yang lalu, terutamanya di bahagian utara Ukraine dan tentera Russia masih belum memperoleh penguasaan udara ke atas negara itu, kata pegawai itu.


Tangkap layar laman sesawang BH Online pada 27 Februari 2022 yang memuat naik foto dari AFP berkenaan kemusnahan kereta kebal Russia akibat tentangan tentera Ukraine.


Tanpa menghiraukan amaran barat, Putin melancarkan pencerobohan besar-besaran yang menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengakibatkan hampir 116,000 orang berhijrah ke negara jiran.


Dianggarkan berpuluh ribu lagi hilang tempat tinggal di Ukraine, dengan ramai yang berpindah ke kawasan barat negara itu, ekoran kurang terjejas dengan pertempuran. 


NATO Hanya Selamatkan Negara Anggota


Sementara itu Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg melahirkan kebimbangan sekiranya serangan tentera Rusia di Ukraine bakal merebak ke negara anggota NATO lain. 


Disebabkan itu, beliau mengerahkan Pasukan Tindak Balas (NRF) NATO buat kali pertama bagi memperkukuhkan pertahanan dalam menghadapi pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, lapor AFP pada 26 Februari 2022. 


Tindakan tersebut secara jelas langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan terhadap Ukraine, sebaliknya, hanya memperkukuhkan keselamatan negara sekutu lain.  


“Keadaan masih tidak menentu. Apa yang kita dapat lihat adalah tentera Ukraine berjuang dengan begitu berani berdepan pencerobohan tentera Rusia.


“Rusia melakukan pencerobohan besar-besaran terhadap Ukraine dan tentera Moscow bergerak ke Kyiv dengan tujuan menumbangkan pentadbiran Ukraine,” katanya selepas sidang kemuncak pemimpin NATO menerusi panggilan video. 


Stoltenberg memberi amaran pencerobohan Kremlin mewujudkan ‘normal baharu’ kerana mengancam keselamatan Eropah yang lebih luas melangkaui Ukraine yang bukan negara anggota NATO. 


“Kami telah mengukuhkan langkah pencegahan dan barisan pertahanan.


“Negara sekutu telah mengaktifkan rancangan pertahanan dan kami mengerahkan NRF di darat, laut, udara bagi mengukuhkan kedudukan dan bertindak balas dengan cepat terhadap sebarang kontingensi,” jelasnya.


Menurut Stoltenberg, pihaknya mempunyai lebih 100 jet yang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dan mampu beroperasi di 30 lokasi berbeza. 


Selain itu, katanya, terdapat lebih 120 kapal di perairan utara hingga ke kepulauan Mediterranean. 


Jelasnya, persediaan itu bertujuan memelihara keamanan bagi mengelakkan serangan di Ukraine merebak ke negara sekutu NATO lain. 


Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran secara terperinci mengenai hala tuju pasukan NRF dihantar dan terserah kepada komander tentera tertinggi NATO. 


NRF diwujudkan sejak 2003 yang terdiri daripada 40,000 kakitangan termasuk kontinjen kesediaan tertinggi melibatkan 8,000 tentera udara, laut dan operasi khas yang boleh dikerahkan dalam tempoh beberapa hari.

 


KRISIS RUSSIA-UKRAINE | Russia Dijangka Guna Senjata Termobarik Kuasa Tinggi, 'Bapa Segala Bom'


    Senjata termobarik milik Russia - Sumber Foto: The Sun


GLOBAL | KYIV: Rusia dijangka menggunakan senjata paling bahaya yang boleh mengeluarkan wap dari badan dan menghancurkan organ dalaman jika serangan di Ukraine menemui jalan buntu.


Amaran itu dikeluarkan oleh pegawai Barat yang melahirkan kebimbangan sekiranya Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan penggunaan senjata termobarik berkuasa tinggi, lapor AGENSI pada 26 Februari 2022.


Senjata tersebut digelar sebagai ‘bapa segala bom’ ketika rakyat Ukraine dilihat begitu berani menentang percubaan tentera Rusia untuk mengawal ibu negara Kyiv.


Tentangan sengit dijangka berlaku sekiranya tembakan sembarangan menggunakan senjata paling ganas itu.


“Saya takut jika mereka tidak memenuhi skala masa dan objektif ditetapkan, mereka akan menggunakan keganasan.


“Mereka tidak mematuhi prinsip keperluan dan kedaulatan undang-undang seperti dilakukan oleh kuasa Barat,” kata pegawai itu.

Sumber Grafik : The Sun


Senjata termobarik yang dikenali sebagai bom vakum adalah bahan letupan berkuasa tinggi yang menggunakan atmosfera itu sendiri sebagai sebahagian daripada bahan letupan.


Ia merupakan antara senjata bukan nuklear paling berkuasa pernah dibangunkan di dunia.


Bom itu berfungsi dengan menggunakan oksigen dari udara di sekeliling bagi menghasilkan letupan pada suhu tinggi, sekali gus menjadikannya sebagai senjata paling berbahaya berbanding senjata konvensional lain.


SSenjata tersebut dilaporkan berharga lebih AS$16 juta (RM67 juta) bagi setiap unit.


Senjata termobarik dibangunkan oleh AS dan Kesatuan Soviet sejak 1960an.


Pada September 2007, Rusia pernah meletupkan senjata termobarik terbesar sehingga menghasilkan letupan bersamaan 39.9 tan.


AS pula pernah meletupkan bom tersebut seberat 9,797 kilogram dan meninggalkan kawah seluas 300 meter di Afghanistan, 2017.

Selepas Russia Serang Ukraine, Seterusnya Poland Bakal Jadi Sasaran?

Sumber Grafik : The Economist


GLOBAL | Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki menzahirkan kebimbangannya kemungkinan serangan Russia ke atas negaranya, Finland atau negara Baltik dan menggesa Eropah menggandakan perbelanjaan pertahanan, susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 27 Februari 2022.


"Putin mahu mengembangkan dasar agresifnya, pencerobohannya. Dia bermula di Georgia, kini Ukraine.


"Sasaran seterusnya boleh jadi negara Baltik, Poland, Finland atau negara lain di sayap timur," katanya memberitahu akhbar harian Perancis, Ouest-France.


Poland, bekas negara Soviet kini menjadi ahli pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), berkongsi sempadan yang panjang dengan Ukraine.


Ketika Presiden Russia, Vladimir Putin mengerahkan tentera di sempadan sebelum menyerang pada Khamis lalu/ 24 Februari 2022, Poland menjadi tuan rumah kepada lebih ramai tentera dari pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS).


Beliau berkata, Eropah memerlukan tentera yang kuat, dengan benua itu mesti meningkatkan perbelanjaan pertahanan daripada 300 bilion euro (RM1.4 trilion) kepada sehingga 600 bilion euro (RM2.84 trilion) setahun.


"Itu tidak mustahil dan itu akan membolehkan Eropah akhirnya dapat memainkan peranan utama. Era keamanan dan ketenteraman antarabangsa akan berakhir.


"Ini ujian untuk Barat dan cara kita bertindak balas terhadap ujian ini akan menentukan masa depan kita, bukan selama bertahun-tahun tetapi berdekad-dekad," katanya.



Beliau juga mencadangkan pengecualian perbelanjaan pertahanan daripada peraturan kewangan awam Kesatuan Eropah (EU) untuk membenarkan negaranya membelanjakan tiga hingga empat peratus daripada pengeluaran ekonomi tahunannya, bagi tujuan pertahanan susulan pencerobohan Russia.


Beliau juga menggesa pakej sekatan yang belum pernah berlaku ke atas Moscow dan perbincangan untuk menjadikan Eropah bebas daripada bekalan hidrokarbon Russia.


"Dengan membeli minyak dan gas Russia, kami hari ini membiayai dasar pencerobohan Russia," katanya. 


KRISIS RUSSIA-UKRAINE | HARI KETIGA PERANG | Pertempuran Hebat Kedua-Dua Tentera Di Ibu Kota Kyiv



   Sumber Grafik : Daily Mail Online


GLOBAL | Tentera Ukraine pada 26 Februari 2022/Sabtu menangkis serangan Russia di ibu negara itu, kata tentera hanya beberapa jam selepas Presiden Volodymyr Zelensky memberi amaran bahawa Moscow akan cuba menawan Kyiv sebelum subuh.


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 26 Februari 2022 melaporkan pemimpin Russia, Vladimir Putin melancarkan pencerobohan besar-besaran Khamis lalu/ 24 Februari 2022 menyebabkan berpuluh orang terbunuh.


Krisis itu memaksa lebih 50,000 melarikan diri dari Ukraine dalam tempoh 48 jam sahaja, yang mencetuskan kebimbangan Perang Dingin baharu di Eropah.


Negara-negara Barat mengumumkan sekatan khusus yang menyasarkan Putin ketika tenteranya mara ke Ukraine, manakala Zelensky menggesa negara itu terus mempertahankan diri.


"Perhatian khusus pada Kyiv - kita tidak boleh kehilangan ibu negara ini," katanya.


"Saya menyeru kepada rakyat, lelaki dan perempuan, di semua bahagian: malam ini musuh akan menggunakan semua kekuatan yang ada untuk menghancurkan pertahanan kita dengan cara yang penuh khianat, keras dan tidak berperikemanusiaan," katanya.


"Malam ini mereka akan cuba menyerbu ibu negara," katanya.


Zelensky yang sebelum ini sudah meminta bantuan lebih kuat daripada Barat berkata, beliau sudah bercakap dengan beberapa pemimpin termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berhubung perkembangan terbaharu itu.


"Kami bersetuju untuk mendapatkan lebih banyak bantuan, lebih banyak sokongan dan ia sangat penting untuk negeri kami," katanya.


Orang awam yang bersedia untuk berhadapan dengan tentera Russia yang bersenjata lengkap, kini mengumpulkan senapang dan Kementerian Pertahanan Ukraine menggesa rakyat 'untuk membuat bom Molotov bagi menentang musuh'.


"Buat pertama kali saya mengambil dan memegang senjata semalam.


"Kami akan cuba yang terbaik," kata pengajar paragliding yang bertukar menjadi pejuang sukarelawan, Roman Bondertsev.


Di pusat bandar Kyiv, wartawan AFP mendengar letupan kuat.


"Pertempuran hebat berterusan," menurut Perkhidmatan Komunikasi Khas Negara Ukraine memaklumkan dalam aplikasi Telegramnya sekitar jam 3.30 pagi (waktu tempatan).


Tentera Ukraine memaklumkan Russia telah 'menyerang salah satu unit tentera di Victory Avenue di Kyiv' tetapi serangan itu berjaya 'ditangkis'.


Turut dilaporkan satu lagi insiden di barat laut ibu negara.


AFP melihat seorang lelaki berpakaian awam terbaring terlentang di atas kaki lima dipercayai sudah meninggal dunia ketika pegawai perubatan berhampiran bergegas membantu lelaki lain yang keretanya dirempuh kenderaan berperisai.


Kyiv berkata, 137 orang, termasuk tentera dan orang awam telah terbunuh.


Sementara itu, Kementerian Pertahanan negara itu berkata 'dua sasaran musuh ditembak jatuh' - yang dikenal pasti sebagai helikopter SU-25 Russia dan pesawat pengebom tentera - berhampiran zon pemisah di timur.


Sebuah pesawat pengangkut Russia juga telah berjaya 'ditewaskan' berhampiran Vasylkiv, sebuah bandar kira-kira 30 kilometer di barat daya Kyiv, menurut kementerian itu di laman Facebook rasminya.


Terdahulu, serangan melalui senjata kecil dan letupan kedengaran di daerah utara Obolonsky di ibu negara itu yang dilihat sebagai serangan pendahuluan pasukan penceroboh Russia bagi meninggalkan jejak.


Tentera Ukraine dilaporkan bertempur dengan unit perisai Russia di dua lokasi antara 40-80 kilometer di utara Kyiv.


Kementerian Pertahanan Ukraine berkata, 2,800 askar Russia telah terbunuh, namun tiada sebarang bukti disertakan.


Moscow sehingga kini masih belum melaporkan mengenai kematian. -

Ini Negara Saya, Saya Tidak Akan Larikan Diri – Zelensky



GLOBAL | Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menegaskan beliau dan keluarganya terus berada di Kyiv serta tidak asesekali melarikan diri, biarpun mengetahui dirinya adalah sasaran utama Rusia, lapor Agensi  Berita Antarabangsa AFP pada 26 Februari 2022.


“Ini negara saya, saya dan keluarga akan kekal di sini tanpa perlu lari ke mana-mana biarpun Rusia menyasarkan saya.


“Saya adalah sasaran nombor satu, manakala keluarga saya sasaran nombor dua dan apa pun berlaku, kami tetap bersama rakyat.


“Rusia mahu menghancurkan saya kerana ingin melumpuhkan Ukraine dan saya tegaskan sekali lagi, perkara itu tidak akan berlaku,” tegasnya.


Terdahulu, beliau menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila mendakwa negara ini dibiarkan keseorangan menentang kemaraan Rusia selepas Kremlin melancarkan serangan besar-besaran yang sehingga ini meragut lebih 130 nyawa tentera Ukraine.


Washington dan anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan sudah mengerahkan bantuan ketenteraan untuk membantu Ukraine namun tiada arahan untuk menggerakkan tentera mereka kerana bimbang akan mencetuskan konflik yang lebih besar di Eropah.


Zelensky memaklumkan, sekurang-kurangnya 137 tentera Ukraine termasuk penduduk awam maut dalam serangan yang berlaku sejak awal pagi Khamis, selain lebih 300 cedera.


Pemimpin Ukraine itu turut menasihatkan penduduk di kawasan bandar supaya berhati-hati dan mematuhi arahan tentera bagi mengelak hal yang tidak diingini berlaku.


Hal ini kerana, Zelensky mendakwa ‘sejumlah kumpulan sabotaj Rusia’ sudah pun memasuki Kyiv untuk mencetuskan huru-hara dan ketakutan kepada penduduk.


Setakat ini, Rusia masih meneruskan kemaraan di Ukraine dengan menyasarkan beberapa kawasan dan dilaporkan sudah menguasai tapak loji nuklear Chernobyl.


Sementara itu, tentera Ukraine menggantung operasi semua pelabuhan komersialnya selepas diserang Rusia, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlakunya gangguan bekalan termasuk dari pengeksport bijirin dan bijian minyak.


Pelabuhan utama Ukraine dalam mengeksport bijirin termasuk Chornomorsk, Mikolayiv, Odessa, Kherson dan Yuzhny.


Ukraine adalah pengeksport utama jagung, kebanyakannya untuk pasaran China dan Kesatuan Eropah (EU), malah sering bersaing dengan Russia untuk membekalkan gandum kepada pembeli utama seperti Mesir dan Turki.  


Perancis, UK Hantar Bekalan Senjata Ke Ukraine


Perancis dan United Kingdom (UK) akan menghantar bekalan senjata ke Ukraine bagi membantu pihak tentera berhadapan askar Rusia.


Lapor BBC pada 26 Februari 2022, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky memuat naik tulisan di Twitter sudah menghubungi Presiden Perancis, Emmanuel Macron awal pagi, hari ini (26 Februari 2022), ketika pertempuran menyaksikan episod baharu di ibu negara.


“Gabungan anti-peperangan sedang bekerjasama,” tulisnya.


Menteri Angkatan Tentera UK, James Heappy turut memaklumkan perkara sama dan lebih banyak bekalan senjata akan dihantar ke Kyiv.


Jelasnya, UK bersama 25 negara lain turut bersetuju membekalkan lebih banyak ‘bantuan kemanusiaan’ ke negara itu.


“UK sedang bekerjasama dengan negara terlibat untuk menyelaraskan bagaimana bantuan ketenteraan dapat dihantar dan diserahkan kepada rakyat Ukraine,” katanya.



Siapa Volodymyr Zelensky Sebenar? Presiden Ukraine Yang Berhadapan Pencerobohan Russia


Sumber Foto: Washington Post

GLOBAL | Kecoh di media sosial di Malaysia mendedahkan latar belakang Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky adalah seorang pelawak dan dianggap tidak berkemampuan untuk memimpin negara itu khususnya berhadapan konflik dan pencerobohan Russia.

Persoalannya benarkah beliau sekadar 'pelawak'?


Berikut adalah tulisan serba sedikit daripada media AGENSI berkenaan beliau pada 25 Februari 2022 :


Sehingga pemilihan mengejutnya pada 2019, Volodymyr Zelensky memainkan watak sebagai presiden di televisyen.


Hari ini, lelaki berusia 44 tahun itu memimpin Ukraine ketika beliau berdepan pencerobohan Russia, selain ancaman terhadap pemerintahannya dan mungkin nyawanya daripada Presiden Russia, Vladimir Putin.


Bercakap kepada Ukraine di televisyen pada Khamis/24 Februari 2022, pada penghujung hari pertama pencerobohan, Zelensky berkata beliau mempunyai maklumat dari Russia yang meletakkannya sebagai sasaran nombor satu dan keluarga sebagai nombor dua.


Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan memusnahkan ketua negaranya, kata presiden itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.


Kehidupan dan kerjaya Zelensky sesuatu yang biasa, berbanding pemimpin antarabangsa lain dan dia sudah menghadapi siri krisis yang kelihatannya tidak berkesudahan sejak memegang jawatan.


Zelensky, sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, juga lulusan dari Universiti Ekonomi Kebangsaan Kyiv pada 2000 dalam bidang ijazah undang-undang, namun dia memutuskan untuk meneruskan kerjaya yang berbeza.


Beliau membentuk kumpulan komedi Kvartal 95 dengan beberapa pelakon lain pada 1997 dan pada 2003, kumpulan itu mula menghasilkan program televisyen.


Pada 2015, Zelensky mula membintangi peranan yang akan meletakkannya di laluan ke jawatan presiden.


Dalam rancangan 'Servant Of the People', beliau melakonkan watak Vasyl Petrovych Holoborodko, seorang guru sekolah yang bangkit mengkritik ahli politik yang korup sehingga menjadi tular dan melonjakkannya ke jawatan presiden.


Rancangan itu begitu popular sehingga menyebabkan Kvartal 95 mewujudkan sebuah parti politik atas namanya.


Pada 2018, Zelensky secara tiba-tiba beralih ke politik sebenar dan mengumumkan pencalonannya sebagai presiden di bawah parti Servant Of the People.


Zelensky menggunakan media sosial untuk mempromosikan kempen dan platformnya.


Sikapnya serupa dengan watak dalam televisyen kerana beliau berikrar untuk membanteras rasuah dan mempromosikan pentadbiran yang lebih berpusat.


Beliau terus memenangi pilihan raya secara besar-besaran, mengambil alih 73 peratus undi, selepas berjalan di atas platformnya untuk menamatkan perang dengan Russia dan proksi pemisahnya di timur Ukraine.


Beliau dilantik pada Mei 2019. Dua bulan kemudian, Zelensky terjerat dalam skandal besar Amerika Syarikat (AS) membabitkan Presiden Donald Trump ketika itu.


Berita muncul bahawa Trump sudah menghubungi Zelensky dan mendesaknya untuk bekerjasama dengan Rudy Giuliani dan Peguam Negara ketika itu, William Barr untuk menyiasat Joe Biden, yang ketika itu bertanding menentang Trump dalam pilihan raya presiden, dan anaknya Hunter.


Trump membekukan AS$400 juta (RM1.68 bilion) dalam bentuk bantuan kongres kepada Ukraine apabila pegawai Ukraine tidak mematuhinya.


Trump menafikan sebarang salah laku, berulang kali mengatakan ia adalah 'panggilan yang baik', namun siasatan kongres membawa kepada pemecatan Trump pada akhir tahun itu, sebelum meninggalkan Dewan Negara pada Februari 2020.


Zelensky mempunyai hubungan yang lebih baik dengan Biden, sejak mengambil alih jawatan presiden dan melawat Rumah Putih tahun lalu.


Zelensky memimpin negaranya ketika COVID-19. Beliau diuji positif COVID-19 pada November 2021 dan dimasukkan ke hospital selama tiga hari.


Beliau datang ke pejabat dan berjanji untuk mencari jalan menyelesaikan konflik lapan tahun di timur Ukraine dengan puak pemisah yang dikawal Russia di sana.


Beliau pada mulanya cuba untuk terbabit dengan Putin secara diplomatik, namun dilayan dengan dingin oleh pemimpin Russia itu.


Pada tahun lalu, di bawah tekanan politik ketika krisis COVID-19, Zelensky mengambil tindakan yang lebih keras terhadap puak politik pro-Russia di Ukraine, termasuk Viktor Medvedchuk, yang dikenali sebagai orang Putin di Ukraine.


Pembentukan ketenteraan Russia menentang Ukraine bermula pada masa yang sama ketika Zelensky bertindak untuk menyekat Medvedchuk dan stesen TV yang dikaitkan dengannya.


Beliau menafikan semua dakwaan Putin dan pemisah yang dikuasai Russia bahawa beliau yang mencetuskan perang dan membuat rayuan berapi-api dalam bahasa Russia pada 23 Februari supaya rakyat negara itu menolak pencerobohan itu.


"Kami tidak memerlukan peperangan. Bukan yang dingin, bukan yang panas, mahupun yang hibrid," kata Zelensky ketika ucapannya.


Putin mendakwa operasi ketenteraannya di Ukraine sebahagiannya bertujuan untuk 'menyahkan-Nazi' dari negara itu, memainkan naratif palsu bahawa ahli politik yang berhaluan barat bersimpati kepada fasisme.


Zelensky adalah seorang Yahudi dan tiga bapa saudaranya dibunuh dalam peristiwa Holocaust.


Zelensky buat masa ini berkata akan kekal di Kyiv dan terus menghantar video ketika pencerobohan itu.


Ketika ucapannya pada 23 Februari 2022/Rabu, Zelensky merayu kepada Russia untuk membina perdamaian, mengatakan kepemimpinan mereka membawa mereka ke dalam perang yang tidak masuk akal.


"Saya tahu bahawa TV Russia tidak akan menyiarkan ucapan saya. Namun rakyat Russia perlu melihatnya. Mereka perlu melihat kebenaran. Sebenarnya kamu perlu berhenti sebelum terlambat," katanya.


Beberapa jam kemudian, serangan peluru berpandu mula mengenai Kyiv. 


KRISIS RUSSIA-UKRAINE 2022 | 137 Maut Hari Pertama Pertempuran - Presiden Ukraine

   Sumber Foto: Media Antarabangsa


GLOBAL | Presiden Volodymyr Zelensky berkata 137 rakyat Ukraine maut pada Khamis selepas negaranya diserang besar-besaran oleh tentera Russia, lapor agensi berita antarabangsa AFP pada 25 Februari 2022/Jumaat.


"Hari ini kami telah kehilangan 137 wira kami, rakyat kami. Tentera dan orang awam," kata Zelensky dalam ucapan video, sambil menambah 316 orang lagi cedera. 


Presiden Ukraine menegaskan negaranya ditinggalkan sendirian dalam melawan Russia selepas Kremlin melancarkan serangan besar-besaran yang membunuh 137 rakyat Ukraine pada hari pertama pencerobohan.


"Kita ditinggalkan sendirian untuk mempertahankan negara," kata Volodymyr Zelensky dalam ucapan video kepada rakyatnya selepas tengah malam.


"Siapa yang bersedia untuk berjuang bersama kita? Saya tidak nampak sesiapa. Siapa yang bersedia untuk memberi Ukraine jaminan keahlian NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)? Semua orang takut," katanya.


Zelensky berkata 137 warga Ukraine membabitkan anggota tentera dan orang awam terbunuh sejak permulaan serangan awal Khamis, manakala 316 lagi cedera.


Zelensky berkata 'kumpulan sabotaj' Russia memasuki ibu kota Kyiv dan menggesa warga kota itu untuk terus berwaspada dan mematuhi perintah berkurung.


Mengulas lanjut Presiden berkata, beliau dan keluarganya akan kekal di Ukraine walaupun Russia mengenal pasti beliau sebagai sasaran nombor satu.


"Mereka mahu memusnahkan Ukraine secara politik dengan menjatuhkan ketua negara," kata Zelensky. 


Usul AS, Albania Kutuk Russia Diundi Di PBB 


Sementara itu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada 25 Februari 2022 bakal mengundi bagi meluluskan resolusi mengecam serangan Russia di Ukraine.


Ia juga menuntut Russia membawa keluar tenteranya dari Ukraine, namun resolusi dijangka gagal diluluskan kerana kuasa veto Moscow.


Resolusi itu yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dan Albania, dibuat berasaskan bab tujuh dalam Piagam PBB, yang membenarkan 'tindakan ketenteraan menerusi udara, laut dan darat' untuk menegakkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.


Bagaimanapun, pihak diplomat menjangkakan resolusi itu dijangka berakhir dengan kegagalan kerana kuasa veto Russia selaku anggota tetap UNSC.


Namun, seorang pegawai kanan AS yang enggan dinamakan berkata, Washington berpendapat tindakan Russia menggunakan kuasa veto akan menunjukkan betapa negara itu dipinggirkan.


Timbalan Duta Russia ke PBB, Dmitry Polyanskiy, mengesahkan kepada AFP bahawa pengundian itu akan diadakan hari ini pada jam 2000 GMT.


Pengundian untuk resolusi seumpamanya turut dijangkakan dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA), yang mana 193 anggotanya tidak memiliki kuasa veto dan resolusi yang diputuskan tidak mengikat.


Berdasarkan draf resolusi itu, UNSC akan mengutuk keras tindakan keras Russia terhadap Ukraine kerana melanggar Perkara 2, perenggan 4 Piagam PBB, yang memperuntukkan negara anggota tidak boleh menyerang negara lain.


Sekiranya resolusi itu diluluskan, Russia perlu menamatkan serangan di Ukraine dengan segera, dan menarik tenteranya keluar dari Ukraine segera dan menyeluruh tanpa syarat.


Pada 2014, selepas Russia merampas wilayah Crimea daripada Ukraine, satu resolusi mengutuk Moscow berjaya memperoleh 13 daripada 15 undi, dengan China memilih untuk berkecuali dan Russia menggunakan kuasa veto.


Resolusi itu kemudian dibawa ke UNGA dan menerima 100 undi, manakala 11 negara menentang, 58 berkecuali dan selebihnya tidak terbabit dalam pengundian. 


Sumber Berita - AFP/25 Februari 2022




Gempa Bumi Kuat 6.2 Magnitud Landa Indonesia, Gegaran Dirasai Hingga Ke Semenanjung Malaysia, Singapura

 Gempa Bumi Kuat 6.2 Magnitud Landa Indonesia, Gegaran Dirasai Hingga Ke Semenanjung Malaysia


Gempa bumi kuat telah berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9:39 pagi, 25 Februari 2022
Koordinat : 0.2° Utara dan 100.0° Timur
Magnitud : 6.1
Jarak : 76km Barat Laut dari Payakumbuh,Indonesia
Kedalaman : 10 km
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

MET Malaysia.

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗧 𝗗𝗜 𝗦𝗨𝗠𝗔𝗧𝗘𝗥𝗔, 𝗜𝗡𝗗𝗢𝗡𝗘𝗦𝗜𝗔. Orang ramai dinasihatkan untuk mencari tempat perlindungan dan keluar dari bangunan apabila merasai gegaran.

Selain itu, perlulah sentiasa peka dengan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.




Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia pada 25 februari 2022/Jumaat pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik Indonesia BMKG. REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter. Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.

Sementara itu, kakitangan di beberapa bangunan kerajaan di Putrajaya turut diarahkan keluar susulan gegaran kuat yang dirasai itu.

Difahamkan, antara yang diminta berkumpul di luar bangunan adalah kakitangan di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan beberapa pejabat di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Turut merasa gegaran adalah penduduk di apartment sekitar Putrajaya yang memaklumkan merasakan gegaran dalam tempoh satu hingga dua minit.


Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima enam panggilan kecemasan susulan gempa bumi yang melanda Sumatera, Indonesia pagi ini.

Penolong pengarah operasinya berkata empat laporan gegaran bangunan diterima pada jam 9.48 pagi melibatkan Mahkamah Telok Datok, Banting; Jalan TPP2 Taman Perindustrian Puchong; Jalan PJS 5/27 Taman Medan dan Jalan Zamrud 1 Kajang.

Hafisham Mohd Noor memaklumkan pihaknya turut menerima panggilan kecemasan pada jam 9.49 dan 9.50 pagi melibatkan kawasan di USJ 10/1, Subang Jaya serta Hotel Hilton Petaling Jaya.

“Setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pihak bomba akan membuat pemantauan di lokasi kejadian dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.






Warga media sosial turut melaporkan suasana itu dan foto menunjukkan perlu turun daripada bangunan untuk tujuan keselamatan.



Bomba Selangor Terima 14 Laporan Gegaran


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima 14 laporan gegaran di Selangor, susulan gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia pagi 25 Februari 2022/Jumaat.


Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata panggilan pertama diterima pada jam 9.48 pagi oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting susulan gegaran berlaku di Mahkamah Telok Datok.


"Kes kedua diterima BBP Puchong pada jam 9.48 pagi juga membabitkan gegaran di Taman Perindustrian Sime UEP, manakala BBP Penchala menerima panggilan dari Jalan Zamrud PJS 5/27 Taman Medan.


"BBP Kajang menerima panggilan dari Jalan Zamrud 1 juga pada jam 9.48 pagi, manakala BBP Subang Jaya menerima dua laporan dari lokasi USJ 10/1 lokasi PJ Hilton.


"BBP Shah Alam menerima laporan dari lokasi Jalan Cangkut 19/3 dan sekitar Taman Sri Muda, manakala BBP Kota Anggerik menerima laporan dari Seksyen U8, U1 & U2 dan BBP Sungai Pinang menerima panggilan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Meru.


"Selain itu, BBP Cyberjaya menerima panggilan dari lokasi Jalan Impact, BBP Rawang pula dari Taman Tun Teja, BBP Damansara menerima panggilan dari Jalan TG Bandar Utama 8, BBP Sepang pula di Bagan Lalang dan BBP KLIA dari Pejabat Korporat Malaysia Airport BHD," katanya pada 15 Februari 2022 seperti dilaporkan BH Online.


Hafisham berkata, susulan laporan itu, 14 lokasi berkenaan dipantau balai bomba terbabit.


"Sehingga kini, tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Pihak bomba sentiasa bersedia dan membuat pemantauan di lokasi kejadian," katanya.


Murid Sekolah Kebangsaan Sri Andalas berkumpul di kawasan lapang selepas merasai gegaran akibat gempa bumi yang melanda Sumatera, Indonesia pada 25 Februari 2022/Jumaat. Foto ihsan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Andalas


Kakitangan Kerajaan Di Putrajaya Panik Rasai Gegaran Gempa Bumi

PUTRAJAYA | Situasi panik berlaku di beberapa bangunan jabatan kerajaan di pusat pentadbiran di sini, pagi tadi (25 Februari 2022), apabila kakitangan kerajaan berpusu-pusu keluar dari pejabat susulan gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

BH ONLINE pada 25 Februari 2022/Jumaat melaporkan gegaran gempa bumi itu antaranya dirasai di Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kakitangan KPWKM, Siti Azila Wahi, 37, berkata beliau menyedari berlaku gegaran pada jam 9.40 pagi ketika menyelesaikan tugasan di hadapan komputer apabila melihat air dalam gelas berkocak, langsir pejabat bergerak dan kerusi beralih sendiri.

Katanya, melihat kejadian aneh itu, beliau terus mendapatkan rakan lain di pejabat dan diberitahu gegaran disebabkan gempa bumi yang berlaku di Indonesia.


"Gegaran itu sangat dirasai kerana saya berada di tingkat 38 dan berikutan kejadian itu, pihak pengurusan mengarahkan semua kakitangan turun berkumpul di kawasan lapang berhampiran bangunan pejabat," katanya.

Bagi kakitangan KWP, Mohd Firdaus Karos, 36, beliau menyedari gegaran berlaku pada jam 9.50 pagi apabila dinding pejabat dan meja komputer di tingkat bawah bergegar dalam masa lima saat.

Beliau berkata, selepas lima minit gegaran berlaku sekali lagi dalam beberapa saat dan ia pengalaman pertama dirinya berdepan situasi itu.

Katanya, pihak keselamatan bertindak pantas dengan membunyikan loceng penggera keselamatan mengarahkan semua kakitangan mengosongkan pejabat dan berkumpul di kawasan lapang.

"Pasukan bomba turut datang memeriksa bangunan dan selepas diberitahu keadaan selamat semua kakitangan kembali ke pejabat pada jam 10.50 pagi," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) di laman rasmi Facebooknya berkata, gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatra, Indonesia pada jam 9.39 pagi.

Katanya, gempa bumi berlaku di koordinat 0.2° Utara dan 100.0° Timur Magnitud 6.1 manakala jaraknya 76 kilometer (km) Barat Laut dari Payakumbuh dengan kedalaman 10 km.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan gegaran turut dirasai di bahagian Barat Semenanjung membabitkan Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.


For Northern Sumatra, Indonesia (0.23, 100.11) 🇮🇩. Probability for next 7 days, within a 100 km radius, one or more 𝗠𝟱+ = 𝟮𝟰.𝟲%, 𝗠𝟲+ = 𝟮.𝟴% 

𝘐𝘴𝘴𝘶𝘦𝘥 𝘰𝘯 2022-02-25 02:04

Details at https://richterx.com/?go=oef&id=i44cS6txntn1aRP0m…

#earthquake #Indonesia Gempa bumi #WestSumatra


Di laman sosial twitter pengguna di Indonesia melaporkan kesan gempa bumi yang berlaku di sana


Berikut adalah langkah jika berhadapan dengan Gempa Bumi





Tremors felt in Singapore after 6.0-magnitude earthquake in Northern Sumatra: NEA


SINGAPORE: Tremors felt in several parts of Singapore on Friday (Feb 25) were caused by a 6.0-magnitude earthquake in Northern Sumatra, said the National Environmental Agency (NEA) in response to CNA's queries.


At about 9.40am, people reported feeling tremors from several locations islandwide, including Punggol, Simei, Redhill, Queensway, Ang Mo Kio and Kallang.


CNA readers also said they felt tremors in Bugis, River Valley and Choa Chu Kang.


A CNA reader, who only wanted to be known as Alvin, said he was in a building at the Marina Bay Financial Centre when the tremors began.


"I've had vertigo before so I thought I was having one, but then my colleague stopped typing and we looked at each other, and confirmed she also felt the building was shaking," he said, adding that the building management had received calls from other tenants reporting the incident.


"I was sitting in my classroom and felt swaying. I thought it was a sudden dizzy spell, but after three to four seconds it was gone," said Nurul Hudaa Mohamed Daud, who was in the Parkway Parade office building at the time. 


According to the US Geological Survey (USGS), an earthquake of magnitude 6.2 struck in Sumatra, Indonesia at about 8.39am local time (9.39am Singapore time).


Indonesia's geophysics agency BMKG said in a message on Twitter that the earthquake's epicentre was on land and did not issue a tsunami warning.


Source : CNA NEWS/ 25 FEB 2022


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...