Foto Sumber: ctvnews.ca |
INFO TRAVEL: TOKYO: Tahap amaran gunung berapi di bahagian selatan Jepun dinaikkan ke peringkat lima, hari ini, sekali gus menandakan bahawa penduduk di sekitarnya perlu bersiap sedia untuk dipindahkan.
Agensi Meteorologi Jepun berkata, terdapat peningkatan kadar pelepasan gas sulfur dan aktiviti di puncak gunung berapi di pulau Kuchinoerabujima, yang terletak 1,000 kilometer di barat daya Tokyo, lapor Agensi Berita Antarabangsa REUTERS.
Gunung berapi di pulau itu meletus tiga tahun lalu dan memuntahkan abu serta asap setinggi ribuan meter ke udara, selain aliran psiroklas ke laut.
Ketika itu, semua penduduk berjaya dipindahkan, namun sebahagian besarnya pulang ke pulau itu.
Kini, kira-kira 100 penduduk masih menghuni pulau terbabit.
SUMBER: REUTERS