SEBAIK-BAIK DOA DI HARI ARAFAH

 




“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah :



لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ



“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” HR Tirmizi, 3585




1. Ya Allah kurniakanlah padaku kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW).


4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.


13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.


18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


27 Ya Allah, izinkan aku, isteriku serta ahli keluargaku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun akan dtg..


28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.


31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Semoga bermanfaat...

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala bencana dan malapetaka serta semua perkara yang merupakan ujian yang berat. Kasihanilah kami dan kasih lah kami dengan Rahmat serta Keredhaan Mu, Ya Allah.


Ya Allah bantulah kami dan rahmatilah kami semua dan berilah kami rezeki dengan Jannah Mu. Redhakanlah Jannah Mu bagi kami Ya Allah. Kami bermohan Rahmat Mu untuk masuk ke Jannah Mu, Ya Allah.


Ya Allah jadikanlah kami sentiasa bersyukur dengan segala apa jua yang kami ada dan janganlah kami risau dengan apa yang bukan milik kami.


Ya Allah berilah kami rezeki yang halal yang melimpah-ruah, dari semua penjuru, yang tidak disangka-sangka, bukan sahaja wang ringgit dan harta, tetapi juga umur yang berkat, ilmu yang bermanfaat, nikmat kesihatan yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian serta tenteramkanlah hati kami, lapangkanlah dada dan hati kami, serta tenangkanlah fikiran dan jiwa kami, Ya Allah.


Ya Allah berikanlah kami kekuatan, berilah kami kemampuan, kuatkanlah iman dan agama kami. Satu kan lah umat Islam sebagai umat yang kuat yang di geruni serta di kasihi oleh semua makhluk Mu, Ya Allah.


Ya Allah permudahkanlah urusan kami di hari ini dan hari-hari yang seterusnya, bukakanlah pintu-pintu rezeki, pintu Rahmat Mu, pintu taubat Mu dan segala pintu kebaikan Mu, buat kami semua.


Ya Allah, janganlah sekiranya kami terkeluar dari landasan Mu, tetapi disebaliknya, berikanlah kami petunjuk Mu kepada jalan yang lurus dan yang haq serta Kau Redhai dan kau kekalkanlah kami di jalan Mu di dalam keimanan dan ketaqwaan kepada Mu Ya Allah. Teguhkanlah dan kuatkanlah keimanan kami kepada Mu tanpa berbelah bagi, Ya Allah.


Yaa Allah semoga kami akan menjadi diri yang mukmin, yang soleh dan dekatkanlah hati kami pada Mu.


Yaa Allah Ya Tuhan kami, berikanlah Nur cahaya Mu disetiap percakapan kami, pergerakan kami dan cahaya disetiap denyutan nadi kami, jantung kami dan cahaya dipenglihatan kami dan pendengaran kami.


Yaa Allah ikhlaskanlah hati kami di dalam mengharungi bahtera kehidupan ini kerana sesungguhnya hanya kepada Mu-lah kami berserah diri.


Sesungguhnya ibadah kami, perbuatan kami, hidup dan mati kami hanyalah untuk Mu, Ya Allah, Tuhan sekelian alam.


Ya Allah seandainya saatnya tiba bagi Engkau memanggil kami untuk kembali ke sisi Mu, maka matikanlah kami di dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Mu, bersama-sama dengan para golongan ambiak dan syuhadah Mu, Ya Allah.


Sesungguhnya kami semua memohon kesudahan yang baik yang membawa ke Jannah Mu, Ya Allah.


Ya Allah segala amal ibadah dan perbuatan kami, semua hanya tertuju kepada Mu, Ya Allah. Terimalah amalan kami hari ini dan hari-hari yang sebelumnya serta hari-hari yang seterusnya, dengan mendapat keberkatan serta keredhaan Mu.


Hanya Engkaulah yang menilai semua perbuatan kami. Hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang kami lakukan, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.


Maka terimalah segala dan semua amal ibadah kami dan tulislah ianya sebagai amal ibadah yang Engkau Redhai yang membawa kepada Kurniaan Rahmat Mu, yang seterusnya membawa ke Jannah Mu, Ya Allah.


Allahumma Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon restu dan kasih sayangMu yang berterusan serta berkekalan di dalam menjalankan tugas, kewajipan dan urusan kami.


Ya Allah hindarkanlah kami dari mempunyai sifat-sifat lemah, malas dan suka bertangguh-tangguh di dalam menjalankan kewajipan kami. Hapuskanlah segala kelemahan di jiwa kami, Ya Allah.


Ya Allah, peliharalah kami dan lindungilah kami, agar kami sentiasa di dalam keadaan sihat sejahtera, aman dan bahagia selamanya, sehingga ke Jannah.


Ya Allah, kurniakanlah kami taufiq dan hidayah serta petunjuk Mu, agar kami sentiasa tekun dan rajin berusaha; istiqomah dan tawadduk; di dalam beribadah keranaMu demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia serta di akhirat, Ya Allah.


َYa Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu dan bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. Masukkanlah Ya Allah kedua ibu dan bapa kami ke dalam Jannah Mu tanpa di hisab, Ya Allah.


Yaa Allah, Kasihi dan kasihanilah kedua ibu dan bapa kami. Tenangkanlah mereka berdua di dunia dan di akhirat Ya Allah. Ya Allah, mulia kanlah kedua ibu dan bapa kami Ya Allah, di dunia dan di hari akhirat, Ya Allah.


Ya Allah berikanlah kedua ibu dan bapa kami, maqam dan kedudukan yang terpuji di sisi Mu, Ya Allah.


َYa Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibu dan bapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. Masukkanlah Ya Allah kedua ibu dan bapa kami ke dalam Jannah Mu tanpa di hisab, Ya Allah. Yaa Allah, Kasihi dan kasihanilah kedua ibu dan bapa kami.


Tenangkanlah mereka berdua di dunia dan di akhirat Ya Allah. Ya Allah, mulia kanlah kedua ibu dan bapa kami Ya Allah, di dunia dan di hari akhirat, Ya Allah. Ya Allah berikanlah kedua ibu dan bapa kami, maqam dan kedudukan yang terpuji di sisi Mu, Ya Allah.


Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah, maafkanlah, serta hapuskanlah segala dan semua dosa-dosa kami, dosa kedua ibu dan bapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada, baik yang hidup, mahupun yang telah kembali ke Rahmatullah mendahului kami.


Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.


Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.َ


TERKINI

Amerika Syarikat Sertai Perang Antara Iran dan Israel: Risiko Perang Dunia Ketiga dan Ancaman Senjata Nuklear

   Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut  I. PENGENALAN Dunia kini b...