China Dilanda Salji Lebat: Penerbangan Terjejas, AFC23 Terganggu

Photo: XINHUA NEWS


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA GLOBAL: China mengalami salji lebat di beberapa kawasan negara itu sehingga menyebabkan banyak penerbangan terjejas serta mengganggu aliran trafik keretapi dan kenderaan.

Agensi Berita Tempatan XINHUA melaporkan di wilayah Hubei, sebanyak 30 lebuh raya terpaksa ditutup dan terhad kepada beberapa jenis kenderaan ekoran salji tebal.

Sementara itu dilaporkan keadaan itu juga menyebabkan pertandingan akhir Piala Asia Bawah 23, antara Vietnam dan Uzbekistan, yang berlangsung di Changzhou di wilayah Jiangsu, terganggu selama satu jam berikutan salji memenuhi padang.

Tiga stesen kereta api di Wuhan, ibu negeri Hubei, membatalkan lebih 100 perjalanan.

Menjelang tengah hari, 95 penerbangan dibatalkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan menyebabkan 1,200 penumpang terkandas.

Lapangan terbang di Nanning, ibu negeri Wilayah Autonomi Guangxi, juga membatalkan banyak penerbangan.

Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan membaharui amaran jingga hari ini dan meramalkan salji tebal di beberapa bahagian di Henan, Hubei, Guizhou dan Hunan serta kawasan sepanjang Sungai Yangtze dan Huaihe. 

SUMBER: XINHUA/REUTERS

Losing $530 million: Tokyo-Based Cryptocurrency Exchange Hacked

Photo by: REUTERS

DIGITAL MONEY:  Coincheck, a major cryptocurrency trading exchange in Tokyo, has been hacked into and has lost about 58 billion yen ($534 million) worth of virtual money, national broadcaster NHK reported on Friday.

NEWS AGENCY REUTERS reported, Coincheck posted on its website on Friday afternoon that it had suspended withdrawals of almost all cryptocurrencies.

The exchange has already reported the incident to the police and to Japan’s Financial Services Agency, NHK said.

In 2014, Tokyo-based Mt. Gox, which once handled 80 percent of the world’s bitcoin trades, filed for bankruptcy after losing some 850,000 bitcoins - then worth around half a billion U.S. dollars - and $28 million in cash from its bank accounts.

Meanwhile Internatioal Business Times reported Coincheck, a Tokyo-based cryptocurrency exchange, confirmed Friday that it suffered a security breach that may have resulted in as much as $533 million worth of digital tokens being stolen from the platform.

In a press conference, Coincheck president Koichi Wada confirmed that about 500 million NEM tokens were stolen from the digital wallets maintained by the company. The exchange has halted its operations for the time being.

Coincheck first announced it was restricting the trade of NEM tokens but did not provide any additional details at the time. Subsequent updates that included halting all withdrawals from the platform.

It wasn’t until Friday evening local time that the company held a press conference to confirm it fell victim to a hack. According to local reports , Coincheck executives confirmed that about 58 billion yen (about $533 million) worth of NEM tokens were stolen from the platform—though the company admitted to not knowing the full extent of the breach yet.

Coincheck executives said they were exploring possible ways to offer compensation for affected customers, though details on how that compensation will be offered and to what extent it will cover the losses is yet to be seen.

In terms of sheer volume, the Coincheck breach represents the largest hack in the history of cryptocurrency, topping even the infamous Mt. Gox incident that resulted in 850,000 Bitcoins—then valued at about $450 million—being stolen.

Despite the amount of cryptocurrency stolen in the Coincheck incident, it seems unlikely it will have the same effect on the market as the Mt. Gox hack. NEM tokens have just a fraction of the market capitalization that larger cryptocurrencies have—about $7.6 million, compared to $186 billion for Bitcoin.

Still, the breach is unlikely to go totally unnoticed, as it raises fears for investors. Unlike a bank or financial institution that stores money, most cryptocurrency platforms offer little to no guarantee that a person’s money is secure while it is invested in a digital currency. Instances like the Coincheck hack may be few and far between, but remain a looming possibility.

According to www.theregister.co.uk, The attack was reportedly only discovered at 1.30pm, at which time CoinCheck suspended trading.

The ultimate cost of the attack will be tied to the trading value of NEM. With investors selling off the cyber-dosh following the attack, prices have fallen around 10 per cent, making the pilfered coins worth slightly less on the open market.

Apparently, the 523m coins – worth about half a billion dollars for now – were stored by CoinCheck on a remotely accessible hot wallet at the time of the computer security breach. The thieves were able to obtain the wallet's private key and move the currency out without setting off any alarms.


REFERENCES:

1. REUTERS
2. INTERNATIONAL BUSINESS TIMES
3. www.theregister.co.uk

Steteskop Pintar Buatan Malaysia Peranti Pertama Seumpamanya Dunia

Gambar Hiasan: MYNEWS HUB

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

INOVASI: Kemajuan perubatan Malaysia terus mengorak langkah setanding dengan perkembangan baharu dunia perubatan. Kali ini, Stetoskop buatan pintar dari Malaysia akan meningkatkan prosedur seorang doktor untuk mendengar denyutan jantung dan paru-paru dengan lebih baik.

Ciptaan canggih dan inovatif itu adalah peranti pertama di dunia yang telah berkembang dari stetoskop tradisional dan belum dikemas kini dalam tempoh 200 tahun.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di lama web rasmi Health-DG pada 26 Januari 2018 berkata ia akan membantu para doktor mendengar jantung dan paru-paru dengan analisis terperinci dan tepat.

"Stetoskop canggih dan inovatif ini juga akan memperkasakan penjagaan kesihatan luar bandar melalui pengawasan dan pengesanan yang mudah dan tepat terhadap penyakit jantung dan paru-paru," katanya.

Sistem Stethee termasuk tiga produk teras: Stethee Pro, Stethee Vet dan Stethee Edu.

The Stethee Pro telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) untuk digunakan oleh para profesional perubatan dan penjagaan kesihatan.

The Stethee direka bentuk untuk berfungsi semudah stetoskop tradisional iaitu membolehkan pengguna mendengar bunyi jantung dan paru-paru dengan teknologi penyaringan canggih, kata Noor Hisham.

Beliau berkata, rakaman itu kemudiannya akan dihantar ke peranti pintar seperti telefon pintar atau tablet melalui ciri Bluetooth dan dianalisis untuk membina tandatangan biometrik peribadi bagi setiap pesakit dalam mengesan kehadiran penyakit jantung atau paru-paru.

Menarik bukan?, sememangnya Malaysia boleh maju lagi untuk memberikan sumbangan besar kepada dunia.

TAHUKAH KITA: 

Menurut Indeks Persaraan Global International Living 2017, Malaysia Antara 4 Negara Terbaik, Termurah Perubatan

Dengan mata wang dolar AS yang semakin kukuh, tiket penerbangan lebih murah, kos perubatan di Barat yang meningkat dan senarai menunggu yang panjang telah menyumbang kepada kepesatan industri pelancongan perubatan di Malaysia pada dekad terakhir ini.

Bilangan pelancong perubatan di negara ini telah meningkat kepada 100% dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

George Town dan Kuala Lumpur merupakan dua pusat perubatan di Malaysia dan kedua-dua tempat ini menyediakan banyak perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

Selain itu, negara itu juga mempunyai ramai doktor pakar terbaik di Asia dan majoriti daripada mereka telah terlatih di AS, Australia atau di UK, di samping berkebolehan untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.



SUMBER: MSTAR/ MY NEWS HUB

VIRAL: Apa Ada Pada Pok Ya Cong Codei Cetus Fenomena?

Photo: Pokya Cong Codei


TRENDING: CETUS fenomena baharu awal tahun 2018. Begitulah tuah memihak kepada Pok Ya Cong Codei. Apa ada pada drama Pok Ya Cong Codei sehingga tular?

Memang beruntung buat pengarah dan pelakon Sabri Yunus apabila drama Pok Ya Cong Codei mencetuskan fenomena keghairahan menonton drama berkenaan selepas ditayangkan di Astro CITRA pada 20 Januari 2018 lalu.

Watak itu bermula apabila watak 'unik dan jarang-jarang' dibawa Sabri, Pok Ya Cong Codei, seorang gedebe dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk melaksanakan tugas mencari anak seorang Datuk yang kononnya dilarikan lelaki.

Telefilem yang mempertaruhkan artis kelahiran Kelantan seperti Mustapha Kamal, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Sadi Sabri dan Sabri Yunus sendiri selaku teraju utama ternyata mempunyai identiti yang tersendiri.


Menurut laporan berita ASTRO AWANI, di Kelantan, watak seperti Pok Ya itu memang wujud malah perkataan 'Cong Codei' pernah menjadi bualan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang satu masa dahulu.

Pok Ya Cong Codei bukan samseng atau gengster walaupun dia seorang yang berani, mempunyai ramai pengikut dan sangat dihormati serta disegani, tetapi Pok Ya Cong Codei memberi makna sebenar 'gedebe' yang sekian lama disalah erti oleh ramai pihak.

Gedebe satu istilah yang berasal dari Selatan Thai merujuk kepada Tok Nebe atau Tok Penghulu, satu sosok yang sangat dihormati dan disegani serta mampu menyelesaikan banyak masalah antaranya pergaduhan melibatkan kumpulan samseng dan hal lain di kawasan sekitarnya. Mengikut kata Sabri, istilah gedebe hanya muncul di Kelantan sekitar era 70-an.

Dalam drama yang disiarkan di Astro CITRA itu pun, watak Pok Ya Cong Codei bukanlah kaki gaduh yang hanya tahu mahu mengamuk dan marah-marah, sebaliknya Pok Ya Cong Codei menyelesaikan masalah Datuk Sahak dengan caranya dan membantu Rashdan (lakonan Fikry Ibrahim) menyelesaikan masalah mendapatkan wang untuk merawat ibunya serta mendamaikan Halim Kampung Pasir (Saidi Sabri) dan Nasir Badak atau Nasir Chow Kit (Ku Hanafi Ku Harun).

Itulah watak gedebe sebenar, bukan samseng atau gangster yang hanya tahu bergaduh semata-mata atau memukul orang lain yang tidak setuju dengannya. Pok Ya Cong Codei sanggup meminta maaf bila dia sedar bersikap kurang ajar ketika cuba meminta bantuan seorang lelaki berkaki palsu.

Pok Ya Cong Codei juga mempunyai sikap mulia, memberikan wang berjumlah RM40,000 yang sepatutnya menjadi upah untuk dia kepada Rashdan supaya mengubati ibunya yang berdepan masalah jantung.

Dalam drama itu, Sabri juga memberitahu penonton, sehebat mana pun seseorang, dia tetap memerlukan orang lain untuk membantu dalam banyak perkara, contohnya Pok Ya perlu menunggu Halim dan Sero tiba untuk memesan makanan kerana dia tidak tahu menggunakan khidmat pesanan dari bilik hotel.

Menerusi sisi naif Pok Ya inilah penonton akan ketawa biarpun tidak memahami dialog dalam loghat Kelantan.

Pok Ya juga digambarkan sebagai satu sosok yang mempunyai prinsip dan  sangat komited dengan tugas yang telah dipersetujui.

Drama Pok Ya Cong Codei juga membuktikan watak utama tidak semestinya perlu diserahkan kepada pelakon muda dan kacak semata-mata. Malah dua pelakon yang mempunyai wajah 'boleh jual', Uqasha Senrose yang memegang watak Aina dan Fikri Ibrahim tenggelam dek penangan Pok Ya Cong Codei.

Biarpun ditenggelamkan oleh Pok Ya Cong Codei, Uqasha dan Fikri memberikan lakonan yang hebat, begitu juga Mustapha Kamal dan pelakon-pelakon lain termasuk Zee Khan Hussein yang memegang watak Siti, isteri yang baru sebulan dinikahi Pok Ya.

Pok Ya Cong Codei kini trending dan tular. Pok Ya Cong Codei juga memberikan pengajaran tersendiri kepada penonton dalam komedi dan santainya.

KISAH BERMULA

Kisah bermula apabila Pok Ya diminta mencari seorang anak peniaga yang hilang dan dipercayai telah diculik serta dilarikan ke Kuala Lumpur.

Oleh itu, perkataan Cong Codei terpacul dari mulut Pok Ya apabila dia sebenarnya menginap di Hotel Concorde.

Perkataan Concorde itu tidak disebut dengan dialek Inggeris yang sebetulnya malah Pok Ya dengan yakinnya menyebut nama hotel itu sebagai Cong Codei mengikut kefahamannya.

Tambah-tambah lagi dengan dialog bersahaja mengenai gurauan tentang isteri dan gayanya yang menggigil kesejukan sehingga menutup pendingin udara dengan kain tuala, ia membuatkan penonton tidak kering gusi.

Itu belum lagi pada babak apabila Pok Ya membuat panggilan. Apabila ada yang bertanya di manakah Pok Ya, dengan selamba dia menjawab lokasinya adalah di, “Awas, kenderaan berat keluar masuk.”


SUMBER: ASTRO AWANI/ UTUSAN ONLINE


Krisis Kesihatan Papua: 800 Kanak-Kanak Sakit, 100 Maut

Photo By: ARAB NEWS


KRISIS KESIHATAN: Papua, Indonesia dilanda wabak kesihatan apabila kira-kira 800 kanak-kanak jatuh sakit akibat wabak campak dan kekurangan zat di wilayah terpencil Papua, Indonesia, dengan 100 maut akibat penyakit itu.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan angka terbaharu itu menandakan krisis kesihatan yang didedahkan tengah bulan lalu bertambah buruk, berikutan kekurangan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan asas lain di rantau bersebelahan Papua New Guinea.

Presiden Indonesia, Joko 'Jokowi' Widodo mengarahkan tentera dan pasukan perubatan membawa bekalan ke perkampungan terpencil itu di tengah pemberontakan pemisah tahap rendah, sebahagian besarnya didorong kebencian di rantau miskin itu.

Doktor di hospital penuh sesak dan tidak cukup peralatan di sini bergelut merawat pesakit, ketika kanak-kanak kurus kering, menangis, berkeliaran di kaki lima berbau di mana sesetengah pesakit terbaring di atas pengusung usang, lapor wartawan AFP.

Pihak berkuasa tempatan terkejut dengan peningkatan kes campak, dipersalahkan sebahagiannya terhadap sistem imun lemah akibat kekurangan makanan.

Ramai ibu bapa mengambil perjalanan jauh selama beberapa jam mendapatkan rawatan di sini, satu-satunya hospital di rantau Asmat dilanda wabak, kawasan berpaya berselang seli dengan sungai.

"Kami menerima maklumat mengenai wabak terlalu lewat, justeru ia menjurus angka kematian lebih tinggi," kata Pengarah Hospital, Richard Mirino.

Berpuluh pesakit dirawat di sebuah gereja tempatan berikutan ketiadaan ruang di hospital yang boleh menampung 80 pesakit itu. 

SUMBER: AFP

CIMB Naik Kadar Asas & Kadar Deposit Tetap 0.25%

Photo By: SAYS


KEWANGAN: CIMB Bank Bhd. (CIMB) dan CIMB Islamic Bank Bhd. (CIMB Islamic) mengumumkan peningkatan Kadar Asas (BR) dan Kadar Deposit Tetap sebanyak 0.25 peratus, ekoran kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

CIMB dalam satu kenyataan memaklumkan, pinjaman dan pembiayaan berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing juga akan dinaikkan sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 2 Februari 2018.

Jawatankuasa Dasar Mone­tari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) semalam mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Menurut BNM, tindakan awal perlu diambil untuk memastikan bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar bagi membendung peningkatan risiko yang mungkin timbul daripada kadar faedah terlalu rendah untuk tempoh masa lama.

Katanya, dengan ekonomi negara berada pada landasan pertumbuhan yang menggalakkan, MPC mengambil keputusan untuk mengembalikan dasar mo­netari ke paras yang wajar.

“Peningkatan ini seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh merentas rantau dan perdagangan global terus mencatat prestasi yang baik. Ringgit yang semakin kukuh berbanding pada tahun lalu akan mengurangkan kos import,” katanya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE


AirAsia X Terbangkan 5.84 Juta Penumpang, Naik 25%

Photo by: Skift


DUNIA PENERBANGAN: Seramai 5.84 juta penumpang diterbangkan AirAsia X Bhd (AAX) menerbangkan 5.84 juta penumpang dalam tahun kewangannya yang berakhir 31 Disember, 2017.

Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus daripada 4.69 juta dalam tahun kewangan 2016.

Dalam perangkaan operasi awal yang dikeluarkan pada 26 Januari 2018, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu berkata kapasiti meningkat 21 peratus kepada 7.15 juta berbanding 5.94 juta tahun sebelumnya.

Bagi asas tahunan, AAX berkata keseluruhan prestasi operasi bertambah baik dalam suku keempat 2017 dengan peningkatan 12 peratus bilangan penumpang, bersamaan dengan 1.55 juta penumpang.

Sementara itu, kerusi tersedia bagi setiap kilometer syarikat tersebut meningkat sebanyak lapan peratus dalam suku keempat 2017 kepada 9.15 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Semasa suku tersebut, AirAsia X Malaysia meningkatkan kekerapan penerbangannya ke lima laluan, iaitu, Xi'an, Sapporo, Incheon, Busan dan Taipei, berikutan permintaan musim kemuncak akhir tahun,” kata AAX.

Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata ia juga menambahkan Jeju ke dalam senarai laluannya pada Disember, manakala jumlah pesawatnya kekal sebanyak 22 pesawat A330s pada akhir Disember.

Syarikat sekutunya, AirAsia X Thailand, mencatatkan peningkatan apabila ia pulih daripada kesan jangka pendek ke atas sektor pelancongannya susulan kematian Raja Bhumibol Adulyadej dan tindakan keras kerajaan Thai ke atas pengendali pelancongan ‘zero-dollar' dari China.

“Pada suku tersebut, AirAsia X Thailand menerbangkan sejumlah 445,137 penumpang, meningkat sebanyak 27 peratus berbanding suku yang sama pada 2016,” kata AAX sambil menambah jumlah pesawat syarikat itu kekal enam buah.

Sementara itu, operasi AirAsia X Indonesia agak terjejas pada suku keempat 2017 disebabkan kejadian letusan Gunung Berapi Agung di Bali, yang bermula pada akhir September hingga ke Disember.

Syarikat itu berkata, AirAsia X Indonesia menerbangkan sejumlah 113,792 penumpang dalam suku tersebut manakala faktor muatan penumpangnya berjumlah 69 peratus.

Jumlah pesawat AirAsia X Indonesia kekal dua pesawat A330s,  menjadikan jumlah keseluruhan pesawat Kumpulan AirAsia X sebanyak 30 unit pada akhir Disember 2017. 

SUMBER:  BERNAMA

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...