China Dilanda Salji Lebat: Penerbangan Terjejas, AFC23 Terganggu

Photo: XINHUA NEWS


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CUACA GLOBAL: China mengalami salji lebat di beberapa kawasan negara itu sehingga menyebabkan banyak penerbangan terjejas serta mengganggu aliran trafik keretapi dan kenderaan.

Agensi Berita Tempatan XINHUA melaporkan di wilayah Hubei, sebanyak 30 lebuh raya terpaksa ditutup dan terhad kepada beberapa jenis kenderaan ekoran salji tebal.

Sementara itu dilaporkan keadaan itu juga menyebabkan pertandingan akhir Piala Asia Bawah 23, antara Vietnam dan Uzbekistan, yang berlangsung di Changzhou di wilayah Jiangsu, terganggu selama satu jam berikutan salji memenuhi padang.

Tiga stesen kereta api di Wuhan, ibu negeri Hubei, membatalkan lebih 100 perjalanan.

Menjelang tengah hari, 95 penerbangan dibatalkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Tianhe Wuhan menyebabkan 1,200 penumpang terkandas.

Lapangan terbang di Nanning, ibu negeri Wilayah Autonomi Guangxi, juga membatalkan banyak penerbangan.

Pusat Kaji Cuaca Kebangsaan membaharui amaran jingga hari ini dan meramalkan salji tebal di beberapa bahagian di Henan, Hubei, Guizhou dan Hunan serta kawasan sepanjang Sungai Yangtze dan Huaihe. 

SUMBER: XINHUA/REUTERS

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...