Steteskop Pintar Buatan Malaysia Peranti Pertama Seumpamanya Dunia

Gambar Hiasan: MYNEWS HUB

OLEH: MOHD EZLI MASHUT

INOVASI: Kemajuan perubatan Malaysia terus mengorak langkah setanding dengan perkembangan baharu dunia perubatan. Kali ini, Stetoskop buatan pintar dari Malaysia akan meningkatkan prosedur seorang doktor untuk mendengar denyutan jantung dan paru-paru dengan lebih baik.

Ciptaan canggih dan inovatif itu adalah peranti pertama di dunia yang telah berkembang dari stetoskop tradisional dan belum dikemas kini dalam tempoh 200 tahun.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di lama web rasmi Health-DG pada 26 Januari 2018 berkata ia akan membantu para doktor mendengar jantung dan paru-paru dengan analisis terperinci dan tepat.

"Stetoskop canggih dan inovatif ini juga akan memperkasakan penjagaan kesihatan luar bandar melalui pengawasan dan pengesanan yang mudah dan tepat terhadap penyakit jantung dan paru-paru," katanya.

Sistem Stethee termasuk tiga produk teras: Stethee Pro, Stethee Vet dan Stethee Edu.

The Stethee Pro telah mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) untuk digunakan oleh para profesional perubatan dan penjagaan kesihatan.

The Stethee direka bentuk untuk berfungsi semudah stetoskop tradisional iaitu membolehkan pengguna mendengar bunyi jantung dan paru-paru dengan teknologi penyaringan canggih, kata Noor Hisham.

Beliau berkata, rakaman itu kemudiannya akan dihantar ke peranti pintar seperti telefon pintar atau tablet melalui ciri Bluetooth dan dianalisis untuk membina tandatangan biometrik peribadi bagi setiap pesakit dalam mengesan kehadiran penyakit jantung atau paru-paru.

Menarik bukan?, sememangnya Malaysia boleh maju lagi untuk memberikan sumbangan besar kepada dunia.

TAHUKAH KITA: 

Menurut Indeks Persaraan Global International Living 2017, Malaysia Antara 4 Negara Terbaik, Termurah Perubatan

Dengan mata wang dolar AS yang semakin kukuh, tiket penerbangan lebih murah, kos perubatan di Barat yang meningkat dan senarai menunggu yang panjang telah menyumbang kepada kepesatan industri pelancongan perubatan di Malaysia pada dekad terakhir ini.

Bilangan pelancong perubatan di negara ini telah meningkat kepada 100% dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

George Town dan Kuala Lumpur merupakan dua pusat perubatan di Malaysia dan kedua-dua tempat ini menyediakan banyak perkhidmatan penerbangan antarabangsa.

Selain itu, negara itu juga mempunyai ramai doktor pakar terbaik di Asia dan majoriti daripada mereka telah terlatih di AS, Australia atau di UK, di samping berkebolehan untuk bertutur dengan baik dalam bahasa Inggeris.



SUMBER: MSTAR/ MY NEWS HUB

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...