PENGANGKUTAN | AirAsia Ride memastikan tambang berpatutan dikenakan meskipun terdapat isu kenaikan tambang dan kesukaran mendapatkan kenderaan sejajar peralihan Malaysia ke fasa endemik.
Perkhidmatan e-hailing yang sedang pesat berkembang oleh Airasia Super App itu juga memberi potongan istimewa RM5 kepada penumpangnya untuk 10 kilometer pertama bagi perjalanan di seluruh Malaysia, bermula 2 Jun 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Bhd berkata apabila memulakan syarikat penerbangan 20 tahun lalu, matlamat syarikatnya adalah untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menjadikannya berpatutan untuk semua.
Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan terus mengekalkan visi itu dan seterusnya memberi manfaat kepada pemandu dan penumpang.
Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh:
airasia ride komited dalam memastikan tambang berpatutan untuk pemandu dan penumpang
Para penumpang boleh mendapat potongan RM5 untuk 10km pertama pada 2 Jun 2022 di seluruh negara
KUALA LUMPUR, 1 JUN 2022 - airasia ride, perkhidmatan e-panggilan yang sedang pesat berkembang oleh airasia Super App meyakinkan semula para penumpang dan pemandunya bahawa pihak syarikat akan terus memastikan tambang yang berpatutan dikenakan kepada kedua-dua pihak walaupun terdapat isu kenaikan tambang dan kesukaran untuk mendapatkan kenderaan sejajar dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik secara beransur-ansur.
Sentimen ini dikongsi bersama oleh Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, dan Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Pemandu dan Majlis Sidang Akhbar airasia ride hari ini di ibu pejabat airasia ride, SetiaWalk Mall.
Para pemandu airasia ride yang berprestasi cemerlang turut menerima penghargaan pada majlis tersebut dengan pemberian hadiah istimewa daripada rakan kongsi manfaat pemandu airasia ride iaitu Shell Malaysia dan Liqui Moly.
Untuk berkongsi kegembiraan bersama para penumpang yang setia menyokong airasia ride sejak awal pelancarannya, mereka boleh menikmati potongan RM5 untuk 10km pertama untuk perjalanan mereka pada 2 Jun 2022 di seluruh Malaysia.
Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Capital A, berkata, “Apabila kami memulakan syarikat penerbangan ini 20 tahun yang lalu, matlamat kami adalah untuk mendemokrasikan perjalanan udara dengan menjadikannya berpatutan untuk semua.
Ini adalah antara mesej utama yang telah saya sampaikan kepada Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau kami di airasia ride, ketika di awal permulaan perniagaan ini, dan saya berbangga kerana kami masih mampu untuk mengekalkan visi ini, seterusnya memberi manfaat kepada para pemandu dan penumpang.
Kini, setelah kami berjaya memberikan penerbangan yang berpatutan untuk semua, kami berbesar hati kerana dapat membantu para pemandu dan penumpang airasia ride juga.”
Lim Chiew Shan, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau airasia ride, berkata, “Di airasia ride, kami mempunyai strategi “driver-forward” yang mana para pemandu airasia ride dianggap sebagai rakan kongsi perniagaan kami dan bekerjasama dalam memberikan manfaat buat para pelanggan kami.
Majlis Ramah Mesra bersama Pemandu ini adalah antara acara yang biasa kami adakan untuk memberi penghargaan di atas usaha para pemandu kami serta memberikan mereka platform untuk berbincang dan menyuarakan sebarang isu atau kebimbangan mereka secara terus kepada pihak pengurusan.
Para pemandu berprestasi tinggi juga diberikan faedah baharu sebagai tanda penghargaan kami di atas kerja keras mereka.
Manfaat ini kemudiannya akan dikongsi bersama para pelanggan kami dalam bentuk perkhidmatan terbaik daripada para pemandu kami serta tambang yang berpatutan.
“Memandangkan tambang perkhidmatan e-panggilan di pasaran menunjukkan peningkatan yang ketara sejak beberapa minggu kebelakangan ini, airasia ride ingin menyakinkan para pelanggan kami bahawa kami sentiasa menawarkan tambang yang berpatutan dan adil untuk para pemandu dan pelanggan kami.
Apabila pasaran Malaysia telah dibuka sepenuhnya dan aktiviti ekonomi telah kembali ke tahap pra pandemik, kami telah melihat lonjakan kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama pada waktu puncak.
Kebanyakan pemandu kami juga telah menjadi kurang aktif kerana mereka mungkin telah memulakan kerjaya yang lain, dan kami tumpang gembira dengan kejayaan mereka. Kami gembira kerana dapat membantu memberikan mereka peluang untuk menjana pendapatan alternatif pada masa mereka memerlukan.
“Untuk menangani isu ini, polisi tambang airasia ride akan kekal seperti sebelum ini. Kami tidak akan ‘menghukum’ para penumpang kami untuk membayar dua atau tiga kali ganda daripada harga tambang biasa mereka walaupun terdapat kekurangan pemandu dalam perkhidmatan.
Kami sentiasa percaya bahawa tambang yang dikenakan haruslah berpatutan dan adil untuk kedua-dua pemandu dan penumpang untuk mencapai situasi menang-menang, dan kami akan memastikan kenaikan harga tambang akan dapat menampung masa tambahan dalam trafik untuk pemandu kami semasa waktu puncak, jika ia berlaku.
Sumber Grafik : AirAsia
Dengan bantuan lebih daripada 30,000 pemandu berdaftar pada platform itu, airasia ride baru-baru ini telah mencapai kejayaan 1 juta penumpang dalam hanya kurang daripada setahun sejak ia dilancarkan.
Para pemandu airasia ride kini berpeluang untuk menikmati diskaun sehingga 90% untuk penerbangan Tanpa Had AirAsia, pendapatan bulanan sehingga RM4,000 sebulan, dan insentif tambahan sehingga RM200 seminggu.
Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemandu airasia ride boleh mendaftar dengan mudah dengan menekan pada pautan ini.
Para tetamu dalam penerbangan AirAsia kini boleh menempah khidmat angkut lapangan terbang mereka dengan airasia ride semasa membuat tempahan penerbangan mereka.
Di samping memberikan kemudahan kepada para penumpang, ia juga membolehkan para pemandu untuk mendapatkan lebih banyak tempahan lebih awal serta merancang perjalanan mereka dengan lebih cekap dan produktif.
Pemandu airasia ride juga dapat memanfaatkan salah satu jenama syarikat penerbangan paling kukuh di Asia dalam memberikan servis yang terbaik kepada para pelanggan yang ingin melakukan perjalanan ke dan dari lapangan terbang.
Mereka juga akan mempunyai maklumat masa sebenar tentang ketibaan penumpang, membolehkan pemandu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik dengan mengurangkan masa menunggu, dan membolehkan mereka membuat lebih banyak perjalanan, dan memaksimumkan pendapatan mereka.
Ikuti perkembangan airasia Super App yang terkini dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.