MENGGERUNKAN: Apabila Tanah 'Mencair', Rumah Ditelan Bumi

Foto Sumber: Globe News


OLEH MOHD EZLI MASHUT

Bagaikan dalam filem 2012!...tanah mencair dan menggelincir memasuki laut. Mungkin kita sebelum ini merasakan ia hanya sekadar 'fiksyen filem' namun sebenarnya tanah 'mencair' boleh berlaku.

Apabila berita melaporkan berlaku tanah mencair ia bagaikan kejadian yang sukar dipercayai, serasanya sepanjang umur hidup kita mungkin ia kali pertama agaknya kejadian tanah mencair ekoran gempa bumi.


Filem 2012

Tetapi itulah kejadian yang berlaku apabila membaca tajuk berita 'Tragedi gempa Sulawesi: Tanah mencair menghanyutkan rumah'.

Kejadian gempa dan tsunami yang melanda Sulawesi pada 28 September lalu turut mengundang satu kejadian 'aneh' dan jarang berlaku seperti kejadian sebelum ini yang pernah dilaporkan.


Foto Sumber: Daily Express

Media tempatan Indonesia melaporkan setakat 1 Oktober lalu data diperolehi adalah lebih 2,400 buah rumah musnahkan oleh penenggelaman tanah dan pencairan tanah disebabkan gempa bumi magnitud 7.7.

Pencairan tanah atau 'Soil Liquefaction'  juga menjejaskan kawasan lain, termasuk kawasan di Biromaru dan desa Sidera, kedua-duanya di Sigi, Sulawesi Tengah.

Tidak ada tsunami - Petobo jauh ke darat - tetapi bumi itu sendiri mencair di bawah kesan gegaran yang kuat.

Fenomena ini dipanggil pencairan yang sering dipantau oleh pakar-pakar gempa bumi.

Gempa kadang-kadang melanda dengan kesan yang cukup kuat hingga partikel-partikel tanah menjadi longgar dan larut bersama air dan tanah itu sendiri mula menjadi cecair.

Di beberapa tempat tanah telah menaik beberapa meter menelan rumah dan mengangkat kereta hingga ke bumbung.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan seorang mangsa yang selamat, Muzair. 34, hanya mampu menyelamatkan sisa-sisa yang tinggal dari rumahnya yang dihanyutkan tanah.

Dia kemudiannya berpaut pada sebatang balak yang turut hanyut bersama pergerakan tanah itu.

“Rumah saya dihanyutkan beberapa meter dari atas ke bawah sana. Rumah jiran saya pula bertindih antara satu sama lain,” katanya kepada AFP.

Katanya, apabila gempa pertama melanda ia memecahkan tanah, kemudian gempa kedua melanda menyebabkan tanah berpusing diikuti dengan lebih 170 gempa susulan selepas itu.

“Tanah mula berubah dan tiba-tiba melonjak ke atas. Tanah itu naik lalu menimbus rumah. Sebuah rumah naik ke atas dan sebuah lagi tenggelam ke bawah,” katanya.

Lima daripada ahli keluarga Muzair masih lagi hilang.

"The soil was churning and then suddenly rose up," he said. "The soil somehow just rose and buried the houses."

"One house rose up, while the other houses sunk and became much lower."

Five of his family members are still missing.

Di beberapa tempat lain pula dibanjiri oleh air yang keluar daripada rekahan besar di bumi.

“Saya belum menemui kawan saya sejak gempau bumi empat hari lalu,” kata seorang lelaki yang mundar-mandir di kawasan runtuhan itu mencari tanda-tanda mangsa yang masih hidup.


Foto Sumber: Twitter CGTN
 
Foto Sumber: Twitter



Apa itu Soil Liquefaction?

Soil Liquefaction adalah fenomena di mana tanah tepu atau tepu sebahagian besarnya kehilangan kekuatan dan ketegangan sebagai tindak balas kepada tekanan yang dikenakan, biasanya gempa bumi yang kuat menggoncang atau perubahan tiba-tiba dalam keadaan tekanan, menyebabkan ia bertindak seperti cecair.


Foto Sumber: Britannica.com


Bagaimana  Soil Liquefaction berlaku?

Pencairan berlaku di tanah tepu, iaitu tanah di mana ruang antara zarah-zarah individu sepenuhnya diisi dengan air. Air ini menimbulkan tekanan pada zarah-zarah tanah yang mempengaruhi bagaimana zarah-zarah itu sendiri ditekan bersama. 

Sebelum gempa bumi, tekanan air agak rendah. Walau bagaimanapun, goncangan gempa dapat menyebabkan tekanan air meningkat ke titik di mana zarah-zarah tanah dapat bergerak dengan mudah antara satu sama lain.

Kejadian Pernah Terjadi Sebelum Ini

Pada 1906 gempa bumi San Francisco, misalnya, banyak kerosakan yang berlaku di tanah tebus yang penuh dengan sedimen dari San Francisco Bay. Cecair mengisi menyebabkan bangunan runtuh.

Tanah yang tidak stabil dan berair juga boleh mengalir seperti lumpur. Malah tanah yang lembap boleh runtuh dan slaid. Video yang diambil selepas kejadian gempa bumi pada hari Jumaat menunjukkan tanah runtuh yang cetek, dan dalam beberapa rakaman keseluruhan landskap kelihatan perlahan bergerak kerana tanah cair.

Dalam gempa kuat, air bertekanan boleh dipaksa keluar daripada sedimen. Dalam gempa bumi 9.2 magnitud 1964 di Alaska, sebagai contoh, penduduk di Valdez - sebuah bandar yang dibina di atas sedimen glasial yang longgar - melaporkan melihat lembaran air yang menjalar 20 kaki ke udara ketika tanah mengguncang. 

Kadang kala pasir berair dapat dikeluarkan juga, sebuah fenomena yang dipanggil pasir mendidih.

1,700 Rumah, Bangunan ‘Ditelan’ Pasir Jerlus

Agensi Berita Channel News Asia melaporkan sejumlah kira-kira 1,700 buah kediaman tenggelam akibat pasir jerlus selepas berlaku gempa bumi sekuat 7.5 skala Richter di Palu pada Jumaat yang mengorbankan lebih 1,200 orang
Pasir jerlus itu juga menyebabkan banyak bangunan runtuh.

Berdasarkan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pasir jerlus atau liquefaction merupakan satu fenomena yang menyaksikan tanah mempunyai ciri seperti air akibat gegaran kuat berlaku ketika gempa bumi.


Pasir jerlus berlaku apabila gempa meningkatkan tekanan air dalam tanah yang tepu menyebabkan ikatan partikel tanah atau pasir menjadi longgar menjadikan tanah berpasir lembut seperti berair.

Di kawasan kejiranan Palu iaitu Balaroa, kira-kira 1,700 rumah ditelan bumi kerana pasir jerlus, kata agensi penyelamat kebangsaan.

Beberapa imej satelit di daerah Petobo iaitu sebelah selatan Lapangan Terbang Palu menunjukkan satu lagi kawasan perbandaran menyaksikan bangunan ranap.

Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, apabila gempa berlaku, lapisan bawah permukaan bumi menjadi berlumpur dan mudah jerlus.

“Kompleks perumahan di Petobo kebanyakannya seperti tenggelam di dalam tanah. Kami anggarkan 744 buah rumah di sana,” kata beliau.

Sementara itu, fenomena pasir jerlus sering berlaku di kawasan tambakan terletak hampir dengan laut atau sungai.

Di timur bandar Urayasu di Jepun yang dibentuk daripada kerja-kerja tambakan, kira-kira 86 peratus kawasannya dengan pasir jerlus selepas berlaku gempa bumi kuat pada 2011.

Pihak berkuasa Jepun mengambil masa selama enam tahun untuk memperbaiki banyak kerosakan termasuk sistem pembentungan bawah tanah, kemudahan gas dan air di bandar tersebut.


Sementara itu, pakar tanah menyatakan bahawa pasir jerlus merupakan satu keadaan biasa berlaku terutamanya selepas gempa bumi kuat seperti di Christchurch, New Zealand pada 2010 dan 2011.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...