Malaysia Airlines Tawar Diskaun 50 Peratus

FOTO: MALAYSIA AIRLINES


MALAYSIA Airlines menawarkan potongan harga sehingga 50 peratus untuk kadar tambang bermula 28 April hingga 8 Mei nanti melalui kempen Ultimate Travelicious Deals.

Ketua Pegawai Perolehannya, Ignatius Ong berkata, pelanggan yang merancang perjalanan ke destinasi antarabangsa berpeluang menikmati kadar tambang bagi kelas Ekonomi serendah RM379 ke Phuket, Kochi (dari RM399) dan Bali (RM629).

“Malah, bagi perjalanan ke China, kami menawarkan tambang serendah RM589 ke Nanjing, dari RM689 (Hong Kong) dan dari RM1,089 (Shanghai).

“Bagi laluan ke Perth, kami menawarkan tambang bermula dari RM999, Seoul (dari RM1,099), Tokyo (dari RM1,199) dan London (dari RM2,499),” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, menurutnya pelanggan yang tidak membawa sebarang bagasi tambahan boleh menikmati tambang Economy Lite bagi destinasi domestik yang bermula pada harga serendah RM69 ke Pulau Pinang dan Langkawi, dari RM99 (Kuching) dan dari RM159 (Kota Kinabalu).

“Tawaran ini sah untuk perjalanan dari 29 April 2019 hingga 31 Mac 2020,” katanya.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...