Pengasas IKEA Meninggal Dunia di Sweden

LOGO: IKEA


GLOBAL: Pengasas syarikat pengeluar perabot terkemuka dunia IKEA, Ingvar Kamprad, meninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di Smaland, selatan Sweden.

Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan perkara itu disahkan melalui jurucakap rasmi syarikat IKEA.

IKEA bermula sebagai sebuah kedai di halaman rumah Kamprad yang menjual jam tangan dan kad Krismas.

IKEA ditubuhkan oleh Ingvar Kamprad di Almmhult, Sweden ketika berusia 17 tahun.

IKEA adalah akronim bagi perkataan 'Ingvar Kamprad, Elmtaryd, Agunnaryd' yang merujuk kepada tempat tinggalnya.

Perniagaan itu kemudiannya terus berkembang dan menjadi popular kerana menghasilkan rangkaian perabot yang direka dan dibungkus secara kompak, sekali gus mendapat pengiktirafan kerana mempromosi reka bentuk keperluan kediaman yang berkualiti dan moden.

Kamprad muncul sebagai salah seorang daripada usahawan terkaya di Eropah dan tinggal selama beberapa dekad di Switzerland. Mendiang berpindah ke Switzerland pada sekitar 1970-an untuk mengelak daripada kadar cukai tinggi di Sweden.

IKEA founder Ingvar Kamprad, pictured in 1970, has passed away aged 91

Namun, dia berpindah semula ke Sweden pada tahun 2013 selepas kematian isterinya, Margareta.

Pada tahun yang sama, Kampard berundur dari lembaga pengarah syarikat induk yang memegang jenama IKEA, dan mengetengahkan anak bongsunya untuk mengambil alih jawatan pengerusi.

Keluarga Kamprad masih berkuasa dalam struktur korporat yang membentuk rangkaian syarikat IKEA.

Kamprad mula berniaga pada usia yang muda berbekalkan modal wang yang diberikan oleh ayahnya sebagai hadiah kerana prestasi akademiknya di sekolah cemerlang.

Ketika menginjak usia dewasa, dia turut terlibat dalam gerakan Pro-Nazi Sweden Baru yang disifatkan sebagai satu kesilapan besar yang dia lakukan dalam hidup.

Kamprad telah menjual perabot gaya ‘Scandinavia’ dengan harga mampu milik untuk golongan muda.

IKEA kini dikenali dan disukai ramai kerana mengetengahkan rekabentuk senibina moden di dalam bidang perkakasan, perabot dan hiasan dalaman.

SUMBER: AGENSI

Maybank Naikkan Kadar Asas 0.25% Berkuatkuasa 29 Jan

Logo: MAYBANK


PERBANKAN : Maybank akan menyemak naik kadar asas (BR) kepada 3.25 peratus setahun daripada 3.0 peratus setahun manakala kadar asas pinjamannya (BLR) turut dinaikkan kepada 6.90 peratus setahun berbanding 6.65 peratus setahun berkuat kuasa 29 Jan 2018.

Dalam satu kenyataan, Maybank berkata langkah itu adalah seiring dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, kadar asas Islam juga akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus setahun daripada 3.0 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islam turut disemak naik n kepada 6.90 peratus setahun daripada 6.65 peratus setahun.

Kadar deposit tetap Maybank juga akan disemak naik antara 20 mata asas sehingga 25 masa asas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, bank itu akan terus menyokong para pelanggannya bagi memastikan peminjam tidak terjejas secara ketara dan pada masa sama membolehkan pendeposit meraih pulangan sewajarnya bagi deposit mereka.

"Para pelanggan kami juga perlu yakin bahawa bank ini akan terus menguruskan aset serta liabilitinya secara cekap bagi memastikan penetapan kadar faedah itu dilakukan secara bertanggungjawab pada setiap masa," katanya.

Pada 25 Januari 2018, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus daripada 3.0 peratus iaitu kenaikan pertama sejak 10 Julai, 2014.

Kali terakhir Maybank melakukan semakan semula BR adalah pada 15 Julai, 2016 apabila ia disemak turun kepada 3.0 peratus daripada 3.20 peratus. 

SUMBER: Bernama

Impian Miliki Kereta Dua Muka Depan

Roni mengambil masa selama tiga bulan dan melibatkan tiga tukang kimpal, tiga tukang cat serta beberapa mekanik untuk menyiapkan kereta tersebut. - Mikeshouts

IMPIAN PELIK
: Mungkin niatnya hanya mahu menyerlahkan kreativiti dan inovasi serta memiliki kereta impian yang pelik dan unik.


Namun impian seorang mekanik berusia 71 tahun di Indonesia lebur apabila pihak polis menarik kereta 'muka dua' yang dimilikinya.

Menurut laporan portal berita tempatan, Merdeka pada 27 Januari 2018 lalu Roni Gunawan dari Bandung berkata, dia selalu berimpian untuk memiliki kereta seperti itu.

Menurut laporan tersebut, Roni mencapai impiannya dengan mengimpal bahagian hadapan dua kereta jenama Toyota Vios menjadi satu.

Katanya, dia mengambil masa selama tiga bulan dan melibatkan tiga tukang kimpal, tiga tukang cat serta beberapa mekanik untuk menyiapkan kereta tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik di laman sosial oleh orang awam menunjukkan kereta unik itu boleh berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah merampas kenderaan tersebut dengan alasan ia melanggar peraturan keselamatan jalan raya. 

SUMBER BERITA:
1. Channel News Asia
2. MSTAR ONLINE


Daftar Sekarang Jika Mahu Undi PRU-14



INFO: Rakyat Malaysia yang mendaftar antara 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini hanya dapat mengundi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada pertengahan Mei 2018.

Proses pendaftaran pengundi mengambil masa setahun, bagaimanapun senarainya dikemaskini setiap tiga bulan.

Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kebiasaannya proses itu mengambil masa antara enam ke lapan minggu untuk tujuan pengesahan.

Ia bermakna, nama yang mendaftar pada suku pertama tahun ini hanya boleh ditambah ke senarai pengundi antara pertengahan atau akhir Mei ini.

Bagi yang memilih untuk menunggu dan hanya mendaftar pada suku ke dua tahun ini (1 April hingga 30 Jun), bermakna mereka hanya layak mengundi bermula pertengahan Ogos.

Tempoh lima tahun parlimen berakhir 24 Jun ini dan pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa 60 hari sebaik ia dibubarkan.

Menurut pegawai SPR, rakyat Malaysia masih berpeluang menunaikan tanggungjawab mengundi jika mendaftar pada suku pertama tahun ini.

"Tiada siapa tahu bila perdana menteri akan membubarkan parlimen walaupun pelbagai spekulasi dibuat mengenai tarikhnya.

"Sebaiknya rakyat negara ini yang layak tampil mendaftar, jika tidak akan terlepas peluang mengundi," katanya.

Sehingga suku ketiga tahun lalu, 14.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi.

Bagaimanapun, lebih tiga juta warganegara ini yang berusia lebih 21 tahun masih belum melaksanakan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan tanggungjawab pengundi, sila layari www.spr.gov.my

SUMBER ASAL: MSTAR ONLINE

Asteroid 2 Kali Ganda Menara KL Bakal Langgar Bumi Feb 2018?

Photo By: GETTY IMAGE

DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

MENGGEMPARKAN: Dunia astronomi digemparkan dengan tajuk besar bahawa sebuah asteroid mempunyai saiz dua kali ganda Menara Kuala Lumpur atau Burj Khalifa bakal melintasi dekat jaraknya dengan Bumi.

Ditularkan juga berita di laman sesawang dan media sosial saiz besar bakal berlanggar dengan Bumi seolah-olah filem Armageddon pada 4 Februari 2018 ini.

Namun Apa Fakta Sebenarnya?

Menurut laporan portal di FALAK ONLINE, kiraan trajektori asteroid yang diberi nama 2002 AJ129 ini menunjukkan pada 4 Februari 2018 nanti, ia akan melintasi Bumi pada jarak 10 kali ganda lebih jauh daripada jarak Bulan, iaitu lebih kurang 4.2 juta kilometer. 

Jarak purata Bulan ke Bumi ialah 384,400 km.

Pada jarak itu, ia tidak akan berlanggar dengan Bumi. Sebelum ini pun Bumi sering dilawati oleh banyak asteroid yang melintasi Bumi pada jarak yang lebih dekat dari 2002 AJ129 tu!

Cuma mungkin yang menambahkan kegelisahan pembaca ialah saiz asteroid tersebut. 

Photo by: GETTY IMAGE

Menurut Paul Chodas, pengurus Center of Near-Earth Object,  berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama 14 tahun sebelum ini, para saintis menganggarkan diameter asteroid ini ialah sekitar 0.5 hingga 1.2 km. 

Sebagai perbandingan, bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa berdiri pada ketinggian 0.82 km.

Secara amnya, setiap minggu ada sahaja batu-batu angkasa yang bergerak agak hampir dengan Bumi. Kebanyakan kecil, dan sekali-sekala ada yang agak besar. 

Objek-objek ini dikenali sebagai Near Earth Objects, dan pusat pemantauan utamanya ialah di Center of Near-Earth Object di Jet Propulsion Laboratory.

Orbit asteroid 2002 AJ129 berbanding dengan planet-planet dalaman. Simulasi Sky Safari 5 Pro. KREDIT: FALAK ONLINE

APA KATA NASA?

Asteroid 2002 AJ129 will make a close approach to Earth on February 4, 2018 at 1.30pm PST (4.30pm EST / 21.30 UTC).

Asteroid 2002 AJ129 will make a close approach to Earth on Feb. 4, 2018 at 1:30 p.m. PST (4:30 p.m. EST / 21:30 UTC). At the time of closest approach, the asteroid will be no closer than 10 times the distance between Earth and the Moon (about 2.6 million miles, or 4.2 million kilometers).

2002 AJ129 is an intermediate-sized near-Earth asteroid, somewhere between 0.3 miles (0.5 kilometers) and 0.75 miles (1.2 kilometers) across. 

It was discovered on Jan. 15, 2002, by the former NASA-sponsored Near Earth Asteroid Tracking project at the Maui Space Surveillance Site on Haleakala, Hawaii. 

The asteroid’s velocity at the time of closest approach, 76,000 mph (34 kilometers per second), is higher than the majority of near-Earth objects during an Earth flyby. 

The high flyby velocity is a result of the asteroid’s orbit, which approaches very close to the Sun -- 11 million miles (18 million kilometers). Although asteroid 2002 AJ129 is categorized as a Potentially Hazardous Asteroid (PHA), it does not pose an actual threat of colliding with our planet for the foreseeable future.

“We have been tracking this asteroid for over 14 years and know its orbit very accurately,” said Paul Chodas, manager of NASA’s Center for Near-Earth Object Studies at the Jet Propulsion Laboratory, Pasadena, California.  

“Our calculations indicate that asteroid 2002 AJ129 has no chance — zero — of colliding with Earth on Feb. 4 or any time over the next 100 years.”

JPL hosts the Center for Near-Earth Object Studies for NASA's Near-Earth Object Observations Program, an element of the Planetary Defense Coordination Office within the agency's Science Mission Directorate.

More information about asteroids and near-Earth objects can be found at:

https://cneos.jpl.nasa.gov

https://www.jpl.nasa.gov/asteroidwatch

For more information about NASA's Planetary Defense Coordination Office, visit:

https://www.nasa.gov/planetarydefense

For asteroid and comet news and updates, follow AsteroidWatch on Twitter:

twitter.com/AsteroidWatch

DC Agle
Jet Propulsion Laboratory, Pasadena, Calif.
818-393-9011
agle@jpl.nasa.gov

2018-011                                                             

Last Updated: Jan. 20, 2018
Editor: Tony Greicius


SUMBER:
1. FALAK ONLINE
2. NASA

Kereta Terbang: Semakin Realiti, Peluang Jadi Jurutera Kenderaan Masa Depan

Photo By: GIZMODO


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Pada 1940 Henry Ford meramalkan: “Mark my word: a combination airplane and motorcar is coming. You may smile, but it will come.”

FANTASI. Kisah kereta boleh terbang di udara pada suatu masa adalah kisah sains fiksyen namun perkembangan semasa dunia mutakhir ini ia semakin menjadi realiti.

Pada masa kini, pelbagai syarikat di dunia kini berlumba-lumba membuat pelaburan untuk merealisasikan hasrat itu dengan pelbagai prototaip serta boleh dimiliki pengguna.

Sekiranya anda mahu masuki bidang pengangkutan masa hadapan, anda mungkin boleh cuba menyertai kelas pertama 'jurutera kereta terbang' dalam program nanodegree baru di Udacity yang diketuai oleh Sebastian Thrun, bekas ketua program kereta memandu sendiri Google.

Udacity sudah menawarkan nanodegree dalam kenderaan memandu sendiri, dan sekarang, Thrun melancarkan program  kereta terbang. Ia akan berjalan selama dua minggu 12 minggu, yang pertama memberi tumpuan kepada robotik udara dan yang kedua pada sistem udara pintar. 

Setiap sesi berharga $ 1,200, tetapi pelajar yang memohon sebelum 7 Februari 2018 boleh mengambil yang pertama untuk $ 899.

UBER TECHNOLOGIES menyasarkan menjelang 2020 untuk menguji kenderaan boleh terbang di Dubai dan Dallas.


Photo By: GEEK WIRE

Agensi Berita Bisnes Antarabangsa BLOOMBERG melaporkan Uber bakal bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan terbang dan juga hartanah, termasuk rangkaian pengecasan elektrik.

Bagi merealisasikan inisiatif itu, Uber mengambil jurutera dari Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika (NASA) bagi membangunkan inisiatif itu yang dikenali sebagai Uber Elevate.

Melalui Uber Elevate, ia dijangka akan mengurangkan kesesakan pada jalan raya, disamping menjadikan tempoh perjalanan lebih singkat, termasuk memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi dengan mudah.

Perkembangan ini selari dengan sejumlah syarikat lain yang turut melihat kepada arena sama.

Minggu ini menyaksikan Kitty Hawk memperlihatkan produk mereka, selain mana kita telah melihat Dubai bekerjasama dengan syarikat dron untuk membawa pengguna ke lokasi.


AIRBUS PERKENAL PROTOTAIP PROP.UP

Sementara syarikat Airbus turut memperkenalkan prototaip kereta terbangnya yang dikenali sebagai Pop.Up ketika Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-87 baru-baru ini.

Airbus menyifatkan Pop.Up sebagai kenderaan yang mampu bergerak dalam dua keadaan berbeza sebagai model pertama seumpamanya menggunakan tenaga elektrik.


Photo By: SLASH GEAR

Kenderaan itu dikatakan sifar pelepasan dengan konsep membantu mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberikan satu kelainan dalam dunia automotif.

Airbus Pop UPKonsep pemanduan Pop.Up berdasarkan sistem Artificial Intelligence (AI) yang akan menentukan sendiri idea perjalanan terbaik kepada pengguna, melalui jalan darat atau udara.

Apabila penumpang tiba ke destinasi, kapsul Pop.Up akan kembali ke stesen caj semula untuk menunggu penumpang seterusnya. Pop.Up direka dengan kabin gentian karbon dua tempat duduk selain dilengkapi dengan lapan rotor dan menggunakan tenaga bateri sepenuhnya.

Kabin Pop.Up juga menggunakan cermin sepenuhnya bagi memberikan pengalaman kepada pengguna. Ia direka dengan gentian karbon monocoque berukuran 2.6 meter panjang, 1.4 meter tinggi, dan 1.5 meter lebar.


AEROMOBIL MAHU BINA KERETA TERBANG AUTOMATIK

Selain itu, pihak syarikat AeroMobil juga turut mengatakan ingin hadir dengan kenderaan terbang yang boleh dipandu automatik, tetapi tiada sebarang tarikh diberikan untuknya buat masa ini.

AeroMobil, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan yang boleh terbang telah pun memperlihatkan prototaip terkini mereka.


Photo By: Inhabitat

Melalui prototaip AeroMobil, ia memperlihatkan sayap terbang yang boleh dilipat ke belakang apabila ia digunakan sebagai kenderaan, dan perlu membuka sayap sekiranya ingin terbang.

Secara kasar, ia memerlukan jarak sehingga 200meter sekiranya ingin terbang, dan lebih kurang 50 meter ketika ingin mendarat.


FIRMA ISRAEL SASAR 2020 SIAP KERETA TERBANG

Sebuah firma teknologi Israel yakin mampu menyiapkan kereta terbang atau dron berpenumpang bergelar “Cormorant” seberat 1,500 kilogram, dan sedia dipasarkan pada 2020, selepas 15 tahun membangunkannya.

Cormorant sebelum ini dikenali sebagai “Air Mule” merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV) atau kereta terbang bersaiz sebuah kereta penumpang.

cormorant-2Ia mampu mengangkut bebanan seberat 500 kilogram dan bergerak pada kelajuan 185 kilometer sejam, Cormorant ini dibangunkan oleh Yavne, syarikat Urban Aeronautics di Israel.

Cormorant merupakan sebuah UAV maju yang berlepas dan mendarat menegak VTOL dengan rotor pengangkat dalaman yang membolehkannya untuk terbang di dalam kawasan hutan, bandar atau pergunungan di mana helikopter tidak dapat beroperasi.


BERSEDIAKAH KITA?

Setiap pembaharuan dan inovasi memerlukan penyesuaian. Maka sudah tiba masanya undang-undang jalan raya juga mengambil kira dan mengkaji untuk memastikan kereta terbang nanti disediakan garis panduan dan peraturan penggunaannya.

Ia untuk tidak ketinggalan jurutera dan pereka di Malaysia wajar berani meneroka teknologi kereta terbang supaya di masa hadapan rakyat Malaysia tidak hanya menjadi pengguna tetapi adalah pelopor dan perintis penggunaan teknologi ini.

PROTON dan PERODUA perlu mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan untuk membina kereta terbang sendiri. Semoga impian ini jadi kenyataan.

NOTA: Artikel ini adalah kemaskini daripada Penulis yang pertama kali diterbitkan di Portal SelangorKini pada 26 April 2017: LINK ASAL: https://selangorkini.my/2017/04/kereta-terbang-semakin-jadi-realiti/

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...