Kereta Terbang: Semakin Realiti, Peluang Jadi Jurutera Kenderaan Masa Depan

Photo By: GIZMODO


OLEH: MOHD EZLI MASHUT

Pada 1940 Henry Ford meramalkan: “Mark my word: a combination airplane and motorcar is coming. You may smile, but it will come.”

FANTASI. Kisah kereta boleh terbang di udara pada suatu masa adalah kisah sains fiksyen namun perkembangan semasa dunia mutakhir ini ia semakin menjadi realiti.

Pada masa kini, pelbagai syarikat di dunia kini berlumba-lumba membuat pelaburan untuk merealisasikan hasrat itu dengan pelbagai prototaip serta boleh dimiliki pengguna.

Sekiranya anda mahu masuki bidang pengangkutan masa hadapan, anda mungkin boleh cuba menyertai kelas pertama 'jurutera kereta terbang' dalam program nanodegree baru di Udacity yang diketuai oleh Sebastian Thrun, bekas ketua program kereta memandu sendiri Google.

Udacity sudah menawarkan nanodegree dalam kenderaan memandu sendiri, dan sekarang, Thrun melancarkan program  kereta terbang. Ia akan berjalan selama dua minggu 12 minggu, yang pertama memberi tumpuan kepada robotik udara dan yang kedua pada sistem udara pintar. 

Setiap sesi berharga $ 1,200, tetapi pelajar yang memohon sebelum 7 Februari 2018 boleh mengambil yang pertama untuk $ 899.

UBER TECHNOLOGIES menyasarkan menjelang 2020 untuk menguji kenderaan boleh terbang di Dubai dan Dallas.


Photo By: GEEK WIRE

Agensi Berita Bisnes Antarabangsa BLOOMBERG melaporkan Uber bakal bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan terbang dan juga hartanah, termasuk rangkaian pengecasan elektrik.

Bagi merealisasikan inisiatif itu, Uber mengambil jurutera dari Agensi Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika (NASA) bagi membangunkan inisiatif itu yang dikenali sebagai Uber Elevate.

Melalui Uber Elevate, ia dijangka akan mengurangkan kesesakan pada jalan raya, disamping menjadikan tempoh perjalanan lebih singkat, termasuk memudahkan pengguna ke sesuatu lokasi dengan mudah.

Perkembangan ini selari dengan sejumlah syarikat lain yang turut melihat kepada arena sama.

Minggu ini menyaksikan Kitty Hawk memperlihatkan produk mereka, selain mana kita telah melihat Dubai bekerjasama dengan syarikat dron untuk membawa pengguna ke lokasi.


AIRBUS PERKENAL PROTOTAIP PROP.UP

Sementara syarikat Airbus turut memperkenalkan prototaip kereta terbangnya yang dikenali sebagai Pop.Up ketika Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-87 baru-baru ini.

Airbus menyifatkan Pop.Up sebagai kenderaan yang mampu bergerak dalam dua keadaan berbeza sebagai model pertama seumpamanya menggunakan tenaga elektrik.


Photo By: SLASH GEAR

Kenderaan itu dikatakan sifar pelepasan dengan konsep membantu mengurangkan kesesakan jalan raya selain memberikan satu kelainan dalam dunia automotif.

Airbus Pop UPKonsep pemanduan Pop.Up berdasarkan sistem Artificial Intelligence (AI) yang akan menentukan sendiri idea perjalanan terbaik kepada pengguna, melalui jalan darat atau udara.

Apabila penumpang tiba ke destinasi, kapsul Pop.Up akan kembali ke stesen caj semula untuk menunggu penumpang seterusnya. Pop.Up direka dengan kabin gentian karbon dua tempat duduk selain dilengkapi dengan lapan rotor dan menggunakan tenaga bateri sepenuhnya.

Kabin Pop.Up juga menggunakan cermin sepenuhnya bagi memberikan pengalaman kepada pengguna. Ia direka dengan gentian karbon monocoque berukuran 2.6 meter panjang, 1.4 meter tinggi, dan 1.5 meter lebar.


AEROMOBIL MAHU BINA KERETA TERBANG AUTOMATIK

Selain itu, pihak syarikat AeroMobil juga turut mengatakan ingin hadir dengan kenderaan terbang yang boleh dipandu automatik, tetapi tiada sebarang tarikh diberikan untuknya buat masa ini.

AeroMobil, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pembangunan kenderaan yang boleh terbang telah pun memperlihatkan prototaip terkini mereka.


Photo By: Inhabitat

Melalui prototaip AeroMobil, ia memperlihatkan sayap terbang yang boleh dilipat ke belakang apabila ia digunakan sebagai kenderaan, dan perlu membuka sayap sekiranya ingin terbang.

Secara kasar, ia memerlukan jarak sehingga 200meter sekiranya ingin terbang, dan lebih kurang 50 meter ketika ingin mendarat.


FIRMA ISRAEL SASAR 2020 SIAP KERETA TERBANG

Sebuah firma teknologi Israel yakin mampu menyiapkan kereta terbang atau dron berpenumpang bergelar “Cormorant” seberat 1,500 kilogram, dan sedia dipasarkan pada 2020, selepas 15 tahun membangunkannya.

Cormorant sebelum ini dikenali sebagai “Air Mule” merupakan sebuah kenderaan tanpa pemandu udara (UAV) atau kereta terbang bersaiz sebuah kereta penumpang.

cormorant-2Ia mampu mengangkut bebanan seberat 500 kilogram dan bergerak pada kelajuan 185 kilometer sejam, Cormorant ini dibangunkan oleh Yavne, syarikat Urban Aeronautics di Israel.

Cormorant merupakan sebuah UAV maju yang berlepas dan mendarat menegak VTOL dengan rotor pengangkat dalaman yang membolehkannya untuk terbang di dalam kawasan hutan, bandar atau pergunungan di mana helikopter tidak dapat beroperasi.


BERSEDIAKAH KITA?

Setiap pembaharuan dan inovasi memerlukan penyesuaian. Maka sudah tiba masanya undang-undang jalan raya juga mengambil kira dan mengkaji untuk memastikan kereta terbang nanti disediakan garis panduan dan peraturan penggunaannya.

Ia untuk tidak ketinggalan jurutera dan pereka di Malaysia wajar berani meneroka teknologi kereta terbang supaya di masa hadapan rakyat Malaysia tidak hanya menjadi pengguna tetapi adalah pelopor dan perintis penggunaan teknologi ini.

PROTON dan PERODUA perlu mempunyai pasukan penyelidikan dan pembangunan untuk membina kereta terbang sendiri. Semoga impian ini jadi kenyataan.

NOTA: Artikel ini adalah kemaskini daripada Penulis yang pertama kali diterbitkan di Portal SelangorKini pada 26 April 2017: LINK ASAL: https://selangorkini.my/2017/04/kereta-terbang-semakin-jadi-realiti/

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...