Daftar Sekarang Jika Mahu Undi PRU-14



INFO: Rakyat Malaysia yang mendaftar antara 1 Januari hingga 31 Mac tahun ini hanya dapat mengundi jika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan pada pertengahan Mei 2018.

Proses pendaftaran pengundi mengambil masa setahun, bagaimanapun senarainya dikemaskini setiap tiga bulan.

Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kebiasaannya proses itu mengambil masa antara enam ke lapan minggu untuk tujuan pengesahan.

Ia bermakna, nama yang mendaftar pada suku pertama tahun ini hanya boleh ditambah ke senarai pengundi antara pertengahan atau akhir Mei ini.

Bagi yang memilih untuk menunggu dan hanya mendaftar pada suku ke dua tahun ini (1 April hingga 30 Jun), bermakna mereka hanya layak mengundi bermula pertengahan Ogos.

Tempoh lima tahun parlimen berakhir 24 Jun ini dan pilihan raya umum perlu diadakan dalam masa 60 hari sebaik ia dibubarkan.

Menurut pegawai SPR, rakyat Malaysia masih berpeluang menunaikan tanggungjawab mengundi jika mendaftar pada suku pertama tahun ini.

"Tiada siapa tahu bila perdana menteri akan membubarkan parlimen walaupun pelbagai spekulasi dibuat mengenai tarikhnya.

"Sebaiknya rakyat negara ini yang layak tampil mendaftar, jika tidak akan terlepas peluang mengundi," katanya.

Sehingga suku ketiga tahun lalu, 14.8 juta rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi.

Bagaimanapun, lebih tiga juta warganegara ini yang berusia lebih 21 tahun masih belum melaksanakan tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan tanggungjawab pengundi, sila layari www.spr.gov.my

SUMBER ASAL: MSTAR ONLINE

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...