Kegagalan operasi Agensi Perisikan Israel (Mossad) di Kuala Lumpur, Malaysia mendapat liputan meluas di media Israel dan Palestin serta beberapa portal berita antarabangsa.
Ia berkaitan dengan penculikan warga Palestin di ibu negara yang dilaporkan dilakukan oleh warga tempatan dan dikatakan didalangi oleh agensi perisikan Israel (Mossad).
Dalam satu pendedahan EKSLUSIF NST pada 18 Oktober 2022/Selasa melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, MOSSAD di negara Malaysia.
Perkara tersebut terbongkar selepas 2 orang rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dalam satu kes penculikan melibatkan warga Palestin pada akhir September lalu.
Rangkaian Mossad itu dipercayai didalangi warga tempatan, difahamkan diketuai oleh seorang wanita tempatan berusia pertengahan 30-an.
Difahamkan, wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum dipercayai direkrut oleh ejen Mossad, sejurus sebelum 2018.
Ini adalah tahun yang sama ejen Mossad menembak mati Fadi Mohamed al-Batsh, 35, seorang profesor Palestin dan ahli Hamas.
Wanita Malaysia itu kemudiannya dihantar menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah untuk menguasai seni pengintipan.
Difahamkan, untuk tujuan itu, wanita itu telah diberikan kira-kira RM120,000.
Dalam kejadian penculikan pada bulan September 2022 di Kuala Lumpur, wanita itu dipercayai menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengekori dua warga Palestin. Dia dikatakan mempunyai beberapa lelaki tempatan bekerja untuknya.
Berikut adalah beberapa portal di Israel dan antarabangsa yang melaporkan berita berkenaan :
1. Report: Malaysian Police Free Kidnapped Gazan, Arrest Mossad Agents
According to the reports, the man is from the Gaza Strip and was kidnapped in September by Malaysian nationals who had been recruited and trained by the Israeli intelligence agency in Europe
2. Malaysian forces free Gazan after alleged Mossad abduction in Kuala Lumpur – report
3. Report: Mossad tried abducting Hamas operatives in Malaysia
https://www.jpost.com/israel-news/article-719892
4. BREAKING: Malaysian Authorities Arrest Mossad Agents, Free Kidnapped Palestinian in Kuala Lumpur
5. Malaysian media says Israel’s Mossad behind kidnapped Palestinian
Israel’s intelligence agency Mossad is believed to be behind the abduction of a Palestinian man who was snatched from a street in the capital Kuala Lumpur and interrogated before being freed by police, a Malaysian news organisation has reported.
Malaysia’s New Straits Times reported on Tuesday that the Palestinian computer programmer was bundled into one of two waiting cars by four men involved in the “snatch-and-grab” operation on the night of September 28.
Berikut adalah pendedahan EKSLUSIF oleh NST berkenaan penculikan didalangi MOSSAD :
1. Mossad used locals to kidnap Palestinian
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841460/mossad-used-locals-kidnap-palestinian
2. Malaysian woman ran Israeli spy ring
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841465/malaysian-woman-ran-israeli-spy-ring
3. 'Be vigilant of foreign spies'
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841463/be-vigilant-foreign-spies