15 Pengalaman 'Ngeri' Di Lapangan Terbang

Foto Sumber: Travel Kompas


INFO PENERBANGAN: PENGANGKUTAN udara merupakan kaedah perjalanan yang paling cepat dan selesa.

Jika anda kerap menggunakan kapal terbang, anda pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pemeriksaan keselamatan yang perlahan, waktu menunggu yang lama, penangguhan penerbangan, kerosakan bagasi, kakitangan lapangan terbang yang tidak membantu serta macam-macam hal lagi.

Berikut merupakan 15 kisah pengalaman terburuk di lapangan terbang yang dikongsi oleh penumpang pesawat menerusi laman web Reddit.

1) Alatan bantuan pernafasan dirosakkan dengan pemutar skur

Seorang penumpang mendedahkan ejen TSA mengendalikan mesin CPAP (continous positive airway pressure) yang digunakan untuk individu yang memiliki masalah pernafasan dengan menggunakan pemutar skru.

Menurut penumpang itu, dia perlu menggunakan CPAP bagi mengelakkan dia meninggal dunia sewaktu tidur dalam penerbangan.

Ujarnya, ejen berkenaan bertindak menggunakan pemutar skru kerana dia tidak pernah melihat alatan itu sebelum ini.

Setelah membuat aduan kepada penyelia ejen berkenaan, mereka akhirnya membayar kos untuk menggantikan CPAP penumpang tersebut.

Cuba anda bayangkan jika mesin itu rosak dan penumpang tersebut meninggal dunia gara-gara tindakan ejen berkenaan.

2) Anjing hampir mati kerana penerbangan ditunda

Sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu, dua anak dan seekor anjing berdepan dengan pengalaman buruk apabila jadual penerbangan mereka ditangguhkan selama 14 jam.

Lebih teruk, mereka tersadai di dalam bangunan yang terpisah dari terminal utama yang mana keadaan sangat tidak selesa.

Di situ, tiada pendingin hawa, kedai makanan mahupun tempat duduk.

Walaupun memohon supaya dipindahkan ke terminal utama, mereka tidak dibenarkan.

Disebabkan itu, anjing keluarga itu hampir mati kerana kepanasan di dalam sangkar.

3) Seluar terlondeh sewaktu pemeriksaan

Seorang penumpang mengalami detik memalukan apabila seluar yang dipakainya terlucut sewaktu melalui mesin pengimbas bagi pemeriksaan kesihatan di sebuah lapangan terbang.

4) Kereta merempuh kaunter di lapangan terbang

Seorang pekerja kereta sewa di lapangan terbang mendedahkan cerita mengenai lelaki tua yang terbabas sehingga merempuh kaunter sewaan tempat dia bertugas.

Namun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

5) Penerbangan 10 jam bertukar ke 27 jam

"Saya perlu menaiki tiga penerbangan untuk ke destinasi yang dituju.

"Penerbangan pertama ditunda lima jam menyebabkan saya ketinggalan untuk menaiki pesawat kedua.

"Disebabkan itu, penerbangan selama 10 jam menjadi 27 jam dan saya terpaksa bermalam di lapangan terbang," dedah seorang penumpang.

6) Tiada penjaga, tidak boleh naik pesawat

"Kami merupakan kanak-kanak bawah umur yang tidak ditemani penjaga.

"Walaupun tiba dua jam lebih awal, pihak lapangan terbang mengambil masa sejam setengah untuk memeriksa kami.

"Setekah selesai pemeriksaan, pintu pesawat sudahpun ditutup dan kami tidak dapat menaiki pesawat," ujar penumpang berkenaan.

7) Anggota Kastam salah sangka

"Saya mengalami keracunan makanan pada hari terakhir percutian. Sewaktu melalui kastam, saya dah ayah ditarik ke tepi dan ditahan selama tiga jam sehingga terlepas penerbangan.

"Mereka mengesyaki sesuatu kerana saya berpeluh. Saya memberitahu yang saya makan sisa makanan sewaktu berparti sehingga mengalami keracunan.

"Kastam menyangka saya menyeludup sesuatu, Akhirnya kami dilepaskan namun terpaksa menunggu enam jam untuk penerbangan seterusnya," ujar lelaki berkenaan.

8) Ditahan dalam penerbangan

"Saya ditahan kerana kesalahan kecil melibatkan dadah di apartmen. Setelah enam bulan berlalu, saya tidak didakwa dan kes dilupakan begitu sahaja.

"Namun, sewaktu menaiki penerbangan sekembalinya dari melancong, saya ditahan di atas pesawat dan saya digari," ujarnya.

Dakwaan akhirnya digugurkan, malah polis yang menahannya di dalam pesawat turut bingung kenapa dia perlu ditahan dalam penerbangan atas kesalahan yang sudah lama berlalu itu.

9) Terbang beberapa jam ke destinasi sama

"Saya dalam penerbangan dari Alaska ke California. Setelah beberapa minit kru memberitahu pihak lapangan terbang mengesan bahawa pesawat kami tidak mempunyai tekanan udara.

"Kapten memberitahu bahawa jika tidak mempunyai tekanan udara, mereka sendiri yang akan merasainya. Namun sebagai langkah keselamatan, mereka terpaksa mendengar arahan lapangan terbang.

"Setelah beberapa jam, mereka akhirnya terpaksa mendarat di Alaska semula. Apa yang lebih mengejutkan, mereka tidak terbang jauh sebaliknya hanya berpusing di sekitar lapangan terbang untuk membakar minyak sebelum kembali mendarat di situ," dedah penumpang itu.

10) Tersalah masuk tandas

"Sewaktu di lapangan terbang Cancun, saya perlu menggunakan tandas. Sewaktu masuk, saya melihat lelaki tua berbangsa Mexico ada di situ.

"Saya menghampirinya dan memberitahu dia tersalah masuk ke tandas wanita."

Rupa-rupanya, wanita itu yang tersalah masuk ke tandas lelaki.

Dia mula sedar setelah melihat tempat membuang air kecil berdiri yang dikhususkan untuk orang lelaki.

11) Hidu najis anjing dalam pesawat

"Dalam penerbangan dari London ke Tokyo, seekor anjing berak di dalam pesawat.

"Anak kapal bergegas membersihkan najis itu. Dua jam kemudian, ia berak sekali lagi. Kami terpaksa menghidu najis anjing sepanjang penerbangan," dedah penumpang itu.

12) Pengsan dalam penerbangan

"Saya pengsan sewaktu di dalam pesawat sewaktu mahu ke tandas. Sedar-sedar sahaja, saya berada di bahagian belakang pesawat sambil dikelilingi anak kapal.

"Sehingga kini saya tidak tahu kenapa saya pengsan," ujarnya.

13) Berbogel sewaktu pemeriksaan keselamatan

Seorang lelaki bertindak membuka semua pakaiannya sewaktu melalui imbasan keselamatan di lapangan terbang.

"Kamu anggota keselamatan mesti nak tengok saya berbogel, ayuh saya bantu anda," ujar lelaki itu sebelum membuka semua pakaian.

Tindakannya menyebabkan berlakunya barisan panjang di pemeriksaan itu.

14) Hampir tertinggal kucing

"Sewaktu kecil, kami sekeluarga berpindah ke luar negara. Jadi, kami turut membawa kucing bersama.

"Sewaktu kapal terbang sedang mengundur di lapangan terbang di Denver, saya melihat kereta kecil mengejar pesawat.

"Rupa-rupanya pengendali bagasi terlupa memasukkan kucing kami ke dalam pesawat," ujar individu tersebut.

15) Bagasi tersadai dalam ribut

"Saya sedang menaiki penerbangan dari Paris ke Atlanta. Pesawat terpaksa membuat pusingan sebelum mendarat kerana ribut sedang melanda.

"Setelah menaiki penerbangan sambungan, rupa-rupanya bagasi saya tidak dimasukkan ke dalam pesawat.

"Ia ditemui berada di atas jalan dan basah akibat ribut berkenaan. Ia dihantar kepada saya tiga hari kemudian," dedah seorang penumpang.


SUMBER: MSTAR ONLINE/ Reddit

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...