Pulau Boracay, Filipina Dibuka Semula 26 Oktober

Foto Sumber: Industry.co.id

INFO TRAVEL: Filipina mengumumkan membuka semula pusat peranginan terkenal, pulau Boracay kepada pelancong bermula 26 Oktober 2018 ini.

Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan keputusan itu dibuat selepas ditutup selama enam bulan bagi membaiki kerosakan akibat kehadiran pelancong yang tidak terkawal.

Pada April 2018 lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan pulau berkenaan ditutup sebagai usaha besar-besaran bagi memulihkan kemudahannya, selain mengekang pembangunan melampau sehingga ia digelar ‘loji kumbahan’.

Apabila dibuka semula, kemungkinan hanya segelintir hotel dan restoran dibenarkan beroperasi, selain langkah menguat kuasaan undang-undang lebih ketat di pantai, termasuk mengehadkan kedatangan pelancong dalam usaha memulihkan semula reputasi pulau itu.

Kesemua langkah ini bertujuan melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang dikatakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Foto Sumber: Tribunnews.com

Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat, berkata beliau berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka ‘budaya pelancongan lestari’ di Filipina.

“Ini bermakna kita mengambil kira kesan tindakan keadaan semasa dan pada masa depan ke atas alam sekitar,” katanya kepada wartawan Jumaat lalu.

Pulau Boracay pernah dikategorikan majalah pelancongan sebagai antara pantai terbaik di dunia.

SUMBER: AFP

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...