Harga Mentarang Didakwa 'Harga Kayangan'? Baca Rencana Ini Dahulu...


     Sumber Foto : Harian Metro



BERITA WARGA MAYA | Tular pendapat warga maya mendakwa harga mentarang mahal dan tidak masuk akal di media sosial.


Jadi untuk mengetahui sejauh mana kesukaran mendapatkan mentarang dan jerit-payah mendapatkan, di sini dikongsikan artikel berkenaan mentarang yang disiarkan di Harian Metro pada 18 September 2022.



Mentarang makin pupus


Sabak Bernam: Spesies mentarang kian berkurangan di perairan negara susulan beberapa faktor antaranya perbuatan manusia dan jangkitan penyakit.


Susulan itu, Jabatan Perikanan Selangor sedang berusaha membangunkan semula industri membabitkan kerang-kerangan termasuk mentarang yang menjadi sumber pendapatan bagi penduduk setempat.


Pengarah Perikanan Selangor Noraisyah Abu Bakar berkata, pihaknya akan membuat kajian semula bagi melihat keadaan ekosistem di sepanjang perairan negeri ini mengikut kesesuaian.


"Kalau diikutkan, kerang-kerangan bukan hanya spesies mentarang sahaja, malah ia membabitkan hidupan bercengkerang lain seperti kerang dan siput.


"Akan ada beberapa langkah termasuk kajian semula dari segi dasar. Ia termasuk membabitkan usaha penyelidikan oleh Jabatan Perikanan Selangor dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi memulihkan semula ekosistem di negeri ini," katanya kepada Harian Metro.


Pada masa sama sama katanya, beberapa siri mesyuarat bersama DOF dijalankan berhubung perkara itu.


Beliau berkata, pihaknya juga bercadang melakukan pembenihan mentarang susulan spesies itu semakin berkurangan.


"Antara punca mentarang berkurangan disebabkan beberapa perkara termasuk perbuatan manusia dan jangkitan penyakit.


"Untuk mengelakkan perkara ini berterusan, kami akan buat pembenihan sama seperti dilakukan untuk kerang dan ikan," katanya.


Sehubungan itu, Noraisyah berkata, kerjasama daripada semua pihak amat penting dalam menjayakan perkara itu.


"Contohnya, jika kerajaan negeri mahu gazetkan kawasan mentarang, kita sedia bekerjasama.


"Ini kerana kerang-kerangan tidak boleh ditentukan pada satu-satu kawasan sahaja kerana ia ada musim tertentu.


"Kebetulan di Sabak Bernam, mentarang adalah ikon atau identiti bagi daerah ini. Di tempat lain juga ada (spesies mentarang), tetapi tidak diwar-warkan.


"Begitu juga dengan kerang, kalau kata ada benih yang timbul di sesuatu tempat, belum tentu ia akan kekal di situ. Mungkin ia akan berpindah ke tempat lain terutama lokasi yang mempunyai ekosistem cantik," katanya.



Bekalan sukar diperoleh, harga makin naik


Sekinchan: Mentarang atau nama saintifiknya Pholas Orientalist dianggap anugerah alam buat penduduk dan peniaga makanan sekitar daerah Sekinchan dan Sabak Bernam di sini.


Pelbagai hidangan popular boleh dihasilkan daripada spesies hidupan laut bercengkerang ini antaranya bakar, goreng tepung, sambal, masak lemak dan tumis cili api.


Bagaimanapun beberapa faktor menyebabkan hidupan laut unik semakin sukar diperoleh selain menyebabkan harganya semakin meningkat di pasaran.


Peniaga Warung Amai Mentarang, Mohd Effindi Mahmad Kamal, 32, berkata, kepupusan spesies mentarang di laut sekitar daerah di sini, menyebabkan dia sukar untuk memenuhi permintaan pelanggan yang singgah ke warungnya,


Menurutnya, dia bergantung bekalan mentarang segar daripada dua pencari mentarang yang aktif di sekitar Kuala Selangor dan Sabak Bernam.


"Bagaimanapun mereka menghadapi kesukaran susulan kejadian air pasang mati yang menyebabkan mereka tidak dapat turun ke laut. Kadang-kadang saya terputus bekalan mentarang sehingga dua minggu.


"Apabila pelanggan datang ke kedai, saya terpaksa memberitahu tiada mentarang dijual. Ada pelanggan yang hampa dan tidak dapat merasai hidangan berkenaan.


"Akibatnya mereka terpaksa memilih menu hidupan laut lain seperti udang dan sotong serta belangkas," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, selain air laut pasang mati termasuk lumpur yang terlalu banyak di perairan Selangor menyebabkan mentarang sukar membiak dan mudah mati.


"Apabila perkara ini berlaku, pencari mentarang terpaksa 'berhijrah' ke kawasan lain (masih dalam sekitar daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor). Paling banyak mereka hanya mampu bawa pulang sekitar dua kilogram (kg) mentarang.


"Seboleh-bolehnya, kami mahu sajikan juadah mentarang segar kepada pelanggan. Namun jika keadaan mendesak, kami terpaksa mendapatkan bekalan mentarang sejuk beku.


"Kami pernah pergi ke Lumut, Perak, semata-mata untuk mengambil bekalan mentarang sejuk beku yang diimport dari Indonesia. Malangnya, kualitinya tidak setanding dengan mentarang segar," katanya.


Mohd Effindi yang berniaga sejak dua tahun lalu turut memaklumkan, kualiti mentarang sejuk beku boleh dibezakan dengan kualiti mentarang segar, khususnya ketika dibakar.


"Kita tidak tahu berapa lama ia disimpan sebelum dijual. Apabila kita bakar, rasa manisnya hilang.


"Kalau orang yang biasa makan mentarang segar, mereka boleh membezakan rasa dan kelainannya," katanya.


Menurut Mohd Effindi, harga mentarang pada ketika ini jauh berbeza jika dibandingkan dua tahun lalu.


"Disebabkan spesis ini sukar didapati, harganya meningkat. Di kedai saya, satu kilogram mentarang yang siap dimasak berharga RM 50.


"Sebelum ini, kami menjualnya pada harga RM 40 sekilogram. Tidak mustahil satu hari nanti harganya akan terus naik berikutan harga ditetapkan pembekal adalah sekitar RM 50 sekilogram," katanya.


Sementara itu peniaga Restoran Faridah Mentarang Bakar, Sazali Zainal, 63, mengakui sukar mendapatkan stok mentarang segar menyebabkan dia terpaksa mempelbagaikan jualan seperti belangkas, siput pepahat, kupang, lala selain ikan bakar.


"Besar kemungkinan boleh terjadi (mentarang pupus). Sebab ada sesetengah pencari mengutip mentarang yang masih kecil.


"Harap Jabatan Perikanan Selangor pantau perkara itu sebelum spesies kerang-kerangan ini hanya tinggal nama sahaja," katanya yang berniaga bersama isteri, Faridah Abd Rahman, 55, sejak 2010.


Kata Sazali, dia juga mengakui harga pasaran mentarang tidak menentu ketika ini.


Sazali berkata, dia juga mengambil mentarang dari luar kawasan iaitu dari Kuala Perlis, Perlis selain bekalan sejuk beku dari Indonesia.



'Hari-hari dalam lumpur, selut'


Sekinchan: Bergelumang dengan lumpur, selut dan tanah liat adalah rutin harian Arbain Amri, 59, yang menjadikan aktiviti mencari mentarang sebagai sumber pendapatan.


Mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pencari mentarang, Arbain berkata, musim mentarang sejak kebelakangan ini tidak menentu berikutan haiwan bercengkerang itu tidak kekal di sesuatu lokasi.


Masih mengekalkan kaedah lama, dia berkata, tong ikan yang diubah suai menjadi penarik boleh memuatkan kira-kira 40 kilogram (kg) mentarang dalam satu-satu masa.


"Antara cabaran yang dihadapi kami ketika mencari mentarang ialah menunggu air pasang besar surut.


"Sebaik air surut, kami perlu berjalan dan mengesot lebih 100 meter menggunakan tangan untuk menangkap spesis hidupan ini di dalam lumpur," katanya kepada Harian Metro.


                        Sumber Foto : Harian Metro 


Arbain berkata, mentarang yang ditangkap menggunakan tangan adalah lebih baik berbanding menggunakan peralatan moden.


"Ini kerana mentarang adalah spesies yang lembut dan cengkerangnya mudah pecah," katanya.


Pada masa sama, katanya, dia dan pencari mentarang lain pernah berdepan detik cemas apabila cuaca buruk tiba-tiba berlaku ketika mereka keluar mencari mentarang.


"Kejadian berlaku di Sungai Lang, Sabak Bernam. Ketika itu air laut sedang surut. Namun angin kencang disusuli ombak besar muncul mendadak menyebabkan paras air laut kembali meningkat.


"Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk tidak turun ke laut sehingga cuaca benar-benar sesuai," katanya.


Menurutnya, dia keluar ke laut seawal jam 5.30 pagi, untuk menangkap mentarang.


Arbain berkata, dia dan rakan lain akan pergi ke beberapa lokasi sekitar daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor untuk mengumpulkan mentarang sebelum dijual kepada peniaga dan pemilik restoran sekitar daerah ini.


Artikel Ini Disiarkan Harian Metro pada: September 18, 2022 @ 8:01am

Rishi Sunak Sebagai Perdana Menteri Britain: Apa Yang Anda Perlu Tahu

   Sumber Foto : CNBC


GLOBAL | LONDON : Rishi Sunak bakal menjadi Perdana Menteri Britain pertama membabitkan pemimpin dari luar selepas beliau memenangi persaingan untuk memimpin Parti Konservatif.


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui menurut laporan REUTERS pada 25 Oktober 2022.


Berapa usia Rishi Sunak dan apakah latar belakangnya?


Dilahirkan pada 12 Mei 1980, Sunak kini berusia 42 tahun.


Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2015 mewakili kawasan Richmond dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara kepada Perbendaharaan dan Canselor Perbendaharaan ketika Boris Johnson menjadi Perdana Menteri.



Sebagai Canselor semasa pandemik COVID-19, antara pencapaian beliau yang paling diiktiraf ialah skim cuti dan program 'Eat Out To Help Out'.


Selepas tamat pengajian, Sunak bekerja di bank pelaburan Goldman Sachs sebelum berpindah ke pengurusan dana lindung nilai dan menjadi rakan kongsi dalam Pengurusan Dana Pelaburan Kanak-kanak.


Ketika berusia 29 tahun, beliau membantu dalam menubuhkan firma pelaburan swasta, Theleme Partners sebelum bekerja dengan bapa mertuanya, yang juga jutawan N R Narayana Murthy, sebagai Pengarah Catamaran Ventures.


Di manakah Rishi Sunak berasal dan di mana beliau menetap?


Sunak berasal dari Southampton tetapi mempunyai beberapa rumah termasuk di Kensington, Yorkshire Utara, Santa Monica, California, dan sebuah flat di tengah London.


Siapa ibu bapa Sunak?


Ibu bapanya beragama Hindu dan berketurunan Punjabi, bapa Rishi ialah Yashvir dan ibunya ialah Usha.


Yashvir dilahirkan dan dibesarkan di Kenya dan bekerja sebagai doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya dilahirkan di Tanzania dan bekerja sebagai ahli farmasi selain turut menguruskan farmasi .


Sunak adalah anak sulung daripada tiga beradik.



Siapakah isteri dan anak Rishi Sunak?


Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy, pada 2009 di mana majlis perkahwinan mereka diadakan di Bangalore selama dua hari.


Isterinya menguruskan label fesyennya sendiri, Akshata Designs, dan juga pengarah firma modal usaha niaga yang diasaskan bapanya.


Akshata ialah anak kepada jutawan N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys.


Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Krishna dan Anoushka.


Apakah dasar Sunak dan apa yang disokongnya?


Ketika Sunak bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dengan Liz Truss berikutan pengunduran Boris Johnson, beliau memfokuskan terhadap imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya. Namun kini Sunak mempunyai lebih banyak krisis kewangan di tangannya.


Beliau komited dengan skim Rwanda UK dan memberi bayangan untuk melaksanakan skim itu di negara lain.


Sunak juga memperjuangkan berhubung penghijrahan dengan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa.


POLITIK


Sunak perlu menangani pelbagai krisis ekonomi dan politik sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran.


Beliau ditugaskan untuk memimpin negara yang berdepan cabaran kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan jutaan rakyatnya menjadi lebih miskin.


Sunak menggantikan Liz Truss yang berundur selepas hanya enam minggu memegang jawatan Perdana Menteri berikutan pelan ekonominya menggugat pasaran kewangan dan menaikkan kos sara hidup pengundi.


Selepas dipilih sebagai Perdana Menteri, Sunak memberitahu negara itu menghadapi 'cabaran ekonomi yang mendalam' berkata "Kita kini memerlukan kestabilan dan perpaduan, dan keutamaan saya adalah untuk membawa parti dan negara kita bersama," katanya.


Sunak, seorang daripada ahli politik terkaya di Westminster, dijadual dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Raja Charles.


Bekas penganalisis Goldman Sachs itu akan menjadi Perdana Menteri pertama Britain yang berasal dari India.


Pilihan raya di seluruh negara tidak perlu diadakan untuk dua tahun lagi, tetapi menurut parti pembangkang pengundi kini harus diberikan peluang bersuara. Parti Buruh mengetuai kerajaan dengan memperoleh lebih daripada 30 mata dalam beberapa tinjauan pendapat.


REAKSI


Ramai masyarakat India gembira dengan kejayaan Sunak iaitu seorang Hindu, ke jawatan tertinggi Britain.


Perdana Menteri India Narendra Modi menggelarnya sebagai penghubung antara kedua-dua negara. "Ucapan istimewa Deepavali ditujukan buat penghubung antara India dan UK, di mana hubungan sejarah dua negara ini boleh ditranformasukan kepada rakan kongsi moden," katanya.


Ramai warga Britain mempunyai susur galur dari Asia menjunjung tinggi Sunak sebagai tonggak budaya.


PASARAN


Harga bon kerajaan Britain meningkat dengan mendadak selepas Sunak menang dalam persaingan untuk menggantikan Truss, menghapuskan sekurang-kurangnya satu punca ketidakpastian bagi pelabur bon.


Hasil bon kerajaan Britain selama sepuluh tahun jatuh ke paras terendah sejak 'bajet mini' bekas menteri kewangan Kwasi Kwarteng pada 23 September.


Sterling menyokong berita kemenangan Sunak.


Jangkaan bagi terma jangka sederhana bagaimanapun masih kurang jelas. "Oleh kerana pasaran masih berada dalam fasa 'ketakutan', mereka mahu melihat beberapa tindakan yang jelas dan tegas, mungkin lebih daripada yang mereka perlukan (jika) kita tidak mengalami semua kekalutan ini sejak beberapa minggu lepas," kata Pengarah Institut Kajian Fiskal, Paul Johnson.


EKONOMI


Timbalan Gabenor Bank of England, Dave Ramsden berkata kredibiliti dikembalikan kepada penggubalan dasar ekonomi British, berdasarkan pemulihan dalam pasaran bon kerajaan.


Ahli ekonomi kanan UK di Capital Economics di London, Ruth Gregory, berkata: "Kejatuhan dalam hasil bernilai emas berikutan Sunak akan menjadi Perdana Menteri UK mengurangkan peluang penyatuan fiskal yang ketara. Walaupun begitu, Perdana Menteri baharu masih perlu bekerja keras untuk memulihkan kestabilan di mata pasaran kewangan."


APA DI SEBALIK KRISIS?


Pasaran kewangan Britain menjunam ke tahap gawat pada 23 September selepas menteri kewangan yang baharu ketika itu Kwasi Kwarteng mengumumkan berbilion pound pemotongan cukai yang tidak dibiayai.


Bank of England terpaksa membuat pembelian bon kecemasan untuk membendung penjualan mendadak dalam pasaran bon kerajaan Britain bernilai $2.3 trilion (RM10.9 trillion) yang mengancam malapetaka dalam industri pencen dan meningkatkan risiko kemelesetan.


Pengganti Kwarteng, Jeremy Hunt membatalkan hampir semua rancangan ekonomi dan mengurangkan skim sokongan tenaga besar Truss, yang diumumkan pada bulan September, dalam pusingan U yang bersejarah untuk cuba memulihkan keyakinan pelabur.


Campur tangan BoE menyerlahkan segmen yang semakin meningkat dalam sektor pencen Britain iaitu pelaburan yang didorong oleh liabiliti. 


Sumber- REUTERS/ 25 OKT 2022

BERITA GLOBAL | Britain Bakal Dapat PM Umur 42 Tahun Dalam Masa Terdekat?

    Sumber Foto: facebook Rishi Sunak 


Rishi Sunak dilahirkan di Southampton kepada ibu bapa berketurunan India yang berhijrah ke Britain dari Afrika Timur pada 1960-an, Sunak mendapat pendidikan di Kolej Winchester.


Beliau melanjutkan pelajaran dalam falsafah, politik dan ekonomi (PPE) di Lincoln College, Oxford, dan kemudiannya memperoleh MBA dari Stanford University di California sebagai Fulbright Scholar.


Semasa belajar di Stanford, beliau bertemu dengan bakal isterinya Akshata Murty, anak perempuan N. R. Narayana Murthy, ahli perniagaan bilionair India yang mengasaskan Infosys.


Sunak dan Murty ialah orang terkaya ke-222 di Britain, dengan kekayaan gabungan sebanyak £730m pada 2022. Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerja untuk Goldman Sachs dan kemudiannya sebagai rakan kongsi di firma dana lindung nilai, Pengurusan Dana Pelaburan Kanak-kanak dan Rakan Kongsi Tema.


Sunak telah dipilih ke Dewan Rakyat untuk Richmond di Yorkshire Utara pada pilihan raya umum 2015, menggantikan William Hague.


Sunak menyokong Brexit dalam referendum 2016 mengenai keahlian EU. Beliau dilantik ke kerajaan kedua Theresa May sebagai Setiausaha Rendah Parlimen bagi Kerajaan Tempatan dalam rombakan 2018. 


Beliau mengundi tiga kali menyokong perjanjian pengeluaran Brexit Mei. Selepas Mei meletak jawatan, Sunak menyokong kempen Boris Johnson untuk menjadi pemimpin Konservatif. 


Selepas Johnson dipilih dan dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau melantik Sunak sebagai Ketua Setiausaha Negara kepada Perbendaharaan. Sunak menggantikan Sajid Javid sebagai Canselor Exchequer selepas peletakan jawatannya dalam rombakan kabinet Februari 2020.


Sebagai Canselor, Sunak menonjol dalam tindak balas kewangan kerajaan terhadap pandemik COVID-19 dan kesan ekonominya, termasuk skim Pengekalan Pekerjaan Coronavirus dan Makan di Luar untuk Membantu. Dia meletak jawatan sebagai canselor pada 5 Julai 2022, memetik perbezaan dasar ekonominya dengan Johnson dalam surat peletakan jawatannya.


Peletakan jawatan Sunak, bersama-sama dengan peletakan jawatan Javid sebagai Setiausaha Kesihatan, membawa kepada peletakan jawatan Johnson di tengah-tengah krisis kerajaan.


Sunak juga berulang kali memberi amaran bahawa rancangan Truss adalah melulu dan akan memburukkan lagi inflasi yang tinggi selama beberapa dekad dan menjejaskan keyakinan pasaran di United Kingdom (UK).


Ternyata ramalan Sunak benar dan beliau kini muncul sebagai calon kegemaran dalam kalangan penggubal undang-undang dan barisan ahli Parlimen.


Sunak yang peletakan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pada Julai lalu, membantu mempercepatkan kejatuhan Johnson, sudah melepasi ambang 100 penggubal undang-undang yang diperlukan untuk maju ke peringkat seterusnya, apabila mendapatkan 142 sokongan, menurut Sky News.


Agensi Berita REUTERS pada 24 Oktober 2022 melaporkan Sunak bakal dinamakan ketua Parti Konservatif sekali gus menjadi Perdana Menteri melainkan calon Penny Mordaunt mencapai sokongan melebih 100 Ahli Parlimen.



BERITA TERGEMPAR | Operasi MOSSAD Gagal Di Kuala Lumpur Dapat Liputan Meluas Di Israel Dan Antarabangsa

Laporan Ekslusif NST pada 18 Oktober 2022 berkenaan MOSSAD dalang dalam penculikan warga Palestin di Kuala Lumpur.


Kegagalan operasi Agensi Perisikan Israel (Mossad) di Kuala Lumpur, Malaysia mendapat liputan meluas di media Israel dan Palestin serta beberapa portal berita antarabangsa.


Ia berkaitan dengan penculikan warga Palestin di ibu negara yang dilaporkan dilakukan oleh warga tempatan dan dikatakan didalangi oleh agensi perisikan Israel (Mossad).


Dalam satu pendedahan EKSLUSIF NST pada 18 Oktober 2022/Selasa melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, MOSSAD di negara Malaysia.


Perkara tersebut terbongkar selepas 2 orang rakyat Malaysia ditahan kerana terlibat dalam satu kes penculikan melibatkan warga Palestin pada akhir September lalu.


Rangkaian Mossad itu dipercayai didalangi warga tempatan, difahamkan diketuai oleh seorang wanita tempatan berusia pertengahan 30-an.


Difahamkan, wanita itu dilatih sebagai penyiasat persendirian sebelum dipercayai direkrut oleh ejen Mossad, sejurus sebelum 2018.


Ini adalah tahun yang sama ejen Mossad menembak mati Fadi Mohamed al-Batsh, 35, seorang profesor Palestin dan ahli Hamas.


Wanita Malaysia itu kemudiannya dihantar menjalani latihan di luar negara termasuk di Eropah untuk menguasai seni pengintipan.


Difahamkan, untuk tujuan itu, wanita itu telah diberikan kira-kira RM120,000.


Dalam kejadian penculikan pada bulan September 2022 di Kuala Lumpur, wanita itu dipercayai menubuhkan pasukan pengawasan untuk mengekori dua warga Palestin. Dia dikatakan mempunyai beberapa lelaki tempatan bekerja untuknya.


Berikut adalah beberapa portal di Israel dan antarabangsa yang melaporkan berita berkenaan :



1. Report: Malaysian Police Free Kidnapped Gazan, Arrest Mossad Agents



According to the reports, the man is from the Gaza Strip and was kidnapped in September by Malaysian nationals who had been recruited and trained by the Israeli intelligence agency in Europe


https://www.haaretz.com/israel-news/2022-10-17/ty-article/report-malaysian-police-free-kidnapped-gazan-arrest-mossad-agents/00000183-e79a-da6b-a1fb-ffbf48960000





2. Malaysian forces free Gazan after alleged Mossad abduction in Kuala Lumpur – report

https://www.timesofisrael.com/malaysian-forces-free-gazan-after-alleged-mossad-abduction-in-kuala-lumpur-report/





3. Report: Mossad tried abducting Hamas operatives in Malaysia


https://www.jpost.com/israel-news/article-719892





4. BREAKING: Malaysian Authorities Arrest Mossad Agents, Free Kidnapped Palestinian in Kuala Lumpur



https://www.palestinechronicle.com/breaking-malaysian-authorities-arrest-mossad-agents-free-kidnapped-palestinian-in-kuala-lumpur/



5.  Malaysian media says Israel’s Mossad behind kidnapped Palestinian


Israel’s intelligence agency Mossad is believed to be behind the abduction of a Palestinian man who was snatched from a street in the capital Kuala Lumpur and interrogated before being freed by police, a Malaysian news organisation has reported.


Malaysia’s New Straits Times reported on Tuesday that the Palestinian computer programmer was bundled into one of two waiting cars by four men involved in the “snatch-and-grab” operation on the night of September 28.


https://www.aljazeera.com/news/2022/10/18/malaysia-media-says-israels-mossad-behind-kidnapped-palestinian


Berikut adalah pendedahan EKSLUSIF oleh NST berkenaan penculikan didalangi MOSSAD :



1. Mossad used locals to kidnap Palestinian

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841460/mossad-used-locals-kidnap-palestinian



2. Malaysian woman ran Israeli spy ring

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841465/malaysian-woman-ran-israeli-spy-ring



3. 'Be vigilant of foreign spies'

https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841463/be-vigilant-foreign-spies


     Sumber Grafik : NST


Pencipta Pendrive Pertama Dunia Anak Kelahiran Sekinchan

  Sumber Foto : UTAR



INSPIRASI | Kecil, ringan dan mudah dibawa itu gambaran awal kepada kecanggihan pemacu kilat USB. Bayangkan pelbagai dan banyak dokumen digital boleh dibawa pada satu-satu masa hanya dengan menyimpannya menggunakan 'Pendrive'.


Pemacu kilat USB ialah peranti yang digunakan untuk penyimpanan data yang merangkumi memori flash dan antara muka Universal Serial Bus (USB) bersepadu. Kebanyakan pemacu kilat USB boleh tanggal dan boleh tulis semula. Secara fizikal, mereka adalah kecil, tahan lama dan boleh dipercayai.


Pemacu kilat USB pertama muncul di pasaran pada tahun 2000 dengan kapasiti storan 8 megabait (MB), perkembangan maju pemacu kini (2022) datang dalam kapasiti antara 8 gigabait (GB) dan 1 terabait (TB), bergantung pada pengilang dan tahap kapasiti masa hadapan dijangka mencapai 2 TB.


Tahukah anda, disebaliknya, orang yang memperkenalkan  teknologi USB untuk storan dengan penciptaan single-chip USB adalah seorang rakyat Malaysia.



Usahawan teknologi kelahiran SEKINCHAN, SELANGOR Datuk Pua Khein Seng — terkenal kerana mencipta pemacu denyar USB cip tunggal atau pemacu pen pertama di dunia kira-kira 22 tahun lalu (tahun 2000) ketika dia baru berusia 27 tahun.


Selepas menamatkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Pin Hwa di Klang, Selangor, pada 1992, anak seorang petani, dengan hanya USD4,000 di dalam poketnya, meninggalkan negara pada usia 19 tahun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dalam bidang kejuruteraan kawalan elektrik di Chiao Tung Kebangsaan. Universiti di Taiwan.


Hari ini, Pua ialah pengerusi Phison Electronics Corp, sebuah syarikat teknologi Taiwan berbilion-bilion yang diasaskannya bersama empat rakan kongsi pada tahun 2000 dan telah disenaraikan di Taipei Exchange empat tahun kemudian.


Menariknya, nama Phison berasal daripada bahasa Cina yang bermaksud "sekumpulan orang yang bersatu", yang menandakan lima pengasas bersamanya. 


Selama bertahun-tahun, kumpulan itu telah berkembang daripada perniagaan pemacu pen yang dipacu pengguna untuk menjadi penyedia penyelesaian storan berasaskan NAND bersepadu dipacu aplikasi.





Kejayaan Phison Electronics Corporation


Phison Electronics Corporation ditubuhkan pada November 2000 di Hsinchu, Taiwan. Bermula dengan IC pemacu kilat USB cip tunggal yang pertama di dunia, Phison kini merupakan peneraju pasaran dalam controllers dan aplikasi NAND Flash termasuk USB, SD, eMMC, PATA, SATA, PCIe dan UFS.


Syarikat itu menghantar lebih 600 juta controllers ke seluruh dunia setiap tahun dan melebihi AS2.2 bilion dolar dalam hasil jualan (2021). Sebagai penyedia penyelesaian jumlah kilat NAND, Phison juga menawarkan perkhidmatan sistem dan OEM/ODM untuk nama jenama utama.


Memandangkan NAND Flash sedang menjejak pantas ke fasa baharu aplikasi pengguna, perindustrian dan perusahaan, Phison meneruskan inovasinya pada teknologi baru muncul seperti storan terbenam, pemacu keadaan pepejal dan produk keselamatan.


Phison kini mempunyai lebih 2,600 pekerja dan berusaha untuk mempercepatkan penggunaan teknologi NAND Flash di seluruh industri.


Kekuatan kejuruteraan Phison yang luar biasa membolehkan syarikat itu menjadi pemain utama dalam persatuan penetapan piawaian industri. Syarikat itu juga adalah pengasas kumpulan Open NAND Flash Interface (ONFI) dan juga Lembaga Persatuan SD dan Persatuan UFS.


Kelebihan daya saing Phison terdiri daripada strategi korporat yang cemerlang, pasukan R&D yang sangat cekap, teknologi terkemuka, proses pembangunan produk yang cekap dan diperakui ISO, portfolio paten yang kukuh, strategi pemasaran yang lengkap, produk khusus yang kompetitif dan sokongan pelanggan yang cemerlang.


Sama ada reka bentuk IC, penyepaduan sistem, penyesuaian atau pembuatan, pakej penyelesaian keseluruhan syarikat itu boleh memuaskan hati pelanggan.


Ini membolehkan syarikat itu menembusi pasaran di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Afrika, Australia, Rusia, Jepun, Korea, India, China, Taiwan dan tempat lain di dunia.



Dalam temu bual eksklusif, Pua memberitahu The Edge pada November 2021 bahawa industri elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak mempunyai ekosistem matang untuk reka bentuk litar bersepadu (IC).


Beliau menggalakkan anak muda Malaysia yang berminat untuk meneruskan kerjaya dalam reka bentuk cip untuk menyertai syarikatnya di Taiwan, yang menyediakan mereka persekitaran kondusif untuk belajar dan memupuk bakat mereka.


“Sudah 10 tahun saya tidak melakukan temu bual dengan media Malaysia. Hari ini, saya memutuskan untuk melakukan temu duga ini kerana saya mempunyai satu objektif — saya mahu anak muda Malaysia tahu bahawa jika mereka tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dalam mereka bentuk IC, 


"kami mengalu-alukan mereka untuk menyertai Phison. Kami akan mengupah dan melatih mereka untuk menjadi pereka IC,” kata lelaki berusia 47 tahun itu, yang mempunyai 2.31 peratus kepentingan dalam syarikat itu.



Beliau Merupakan Orang Yang Mencipta Pen Drive


Pada bulan November 2000, Pua Khein-Seng dan seorang sahabat tempatan bekerjasama dengan tiga jurutera dari Taiwan untuk menubuhkan Phison Electronics Corp.


Pada asalnya, Pua Khien Seng ke Taiwan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, dan kekal menetap dan menubuhkan syarikat di sana. Enam bulan selepas penubuhan syarikat tersebut, mereka berjaya mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan teknologi 'single-chip controller flash controller'.


Syarikat Phison juga meningkat naik dengan pantasnya serta melancarkan Pen Drive pada Jun 2001, dan mendapatkan kembali segala modal mereka pada Ogos 2001. Bermula daripada September 2001, segala pendapatan diterima oleh mereka adalah berupa pendapatan bersih.


Pada masa itu, beliau dan rakannya hanya berusia 27 tahun. Dengan bantuan kerjasama dari rakan niaga, mereka berupaya memasuki pasaran Eropah dan Amerika disamping berjaya mendapatkan Toshiba sebagai pemegang saham syarikat terbesar.


Menariknya, dikhabarkan Pua Khien-Seng tidak diterima masuk ke universiti tempatan dan cadangan untuk membangunkan Pen Drive juga tidak diluluskan dan tidak mendapat sokongan dana dari kerajaan Persekutuan Malaysia ketika itu.


Perkara ini dikatakan sebagai salah satu sebab mengapa beliau berhijrah ke Taiwan pada tahun 2000 dan menubuhkan syarikat disana.


Semoga kisah kejayaan ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak Malaysia untuk berjaya meneroka pelbagai bidang dan membawa kemakmuran kepada ekonomi Malaysia.






Kajian Dapati Malaysia Ke-12 Terbawah Jalan Raya Terburuk Dunia


    Sumber Grafik: Laman Sesawang : Zutobi



ANALISIS KAJIAN | Malaysia disenarai pada kedudukan ke-12 terbawah dalam kalangan 59 negara yang memiliki jalan raya terburuk global dalam senarai dikeluarkan melalui laporan kajian bertajuk 'Worst and Best Roads - US and International Ranking' yang dijalankan firma pendidikan pemandu, Zutobi.


Menurut data firma itu yang dikeluarkan pada 29 September 2022, kualiti jalan raya di Malaysia menurun lebih 5 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah kematian jalan raya direkod kedua tertinggi iaitu 22.76 bagi setiap 100,000 orang.


Selain Malaysia, Kuwait disenarai negara yang mempunyai jalan raya terburuk dunia, diikuti Costa Rica, Georgia, Panama dan New Zealand.


Kuwait juga mempunyai jumlah kematian jalan raya ketiga tertinggi bagi setiap 100,000 orang iaitu hampir 19.


Kajian menganalisis keseluruhan 59 negara itu memberikan Malaysia skor keselamatan keseluruhan 3.32 daripada 10 berdasarkan empat faktor iaitu kualiti jalan raya, peningkatan kualiti jalan raya, kematian jalan raya, dan saiz relatif rangkaian jalan raya.


Data sama menyenaraikan Singapura sebagai negara yang merekodkan skor keseluruhan tertinggi kualiti jalan raya iaitu 9.44 daripada 10.


Singapura juga dilaporkan merekodkan kadar kematian jalan raya paling sedikit iaitu 1.69 bagi setiap 100,000.


Selain Singapura, empat lagi negara yang mencatatkan skor kualiti jalan raya paling tinggi ialah Belanda dengan 8.62 daripada 10, diikuti Switzerland (8.58 peratus), Japan (8.41) dan Denmark (7.59).


Laporan Zutobi berasingan yang diterbitkan Mei 2022 meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berbahaya untuk memandu bersama Thailand, India, Argentina, AS dan Afrika Selatan.


Namun, Malaysia mempunyai bilangan kematian jalan raya paling rendah berkaitan alkohol iaitu hanya 0.1 peratus, walaupun antara negara yang mempunyai had kepekatan alkohol darah paling longgar untuk pemandu iaitu 0.08 peratus.



Berikut Adalah Laporan Berkenaan : 


Countries with the worst roads


    Sumber Grafik: Laman Sesawang : Zutobi

International Roads


Out of all the countries in the world, 59 were analyzed, these were either OECD member nations or countries with a score of eight or higher on the HDI. Further nations were removed from the rankings, as there was incomplete or missing data in those places. The road quality score is calculated using these factors: road quality, improvements in road quality, road deaths, and the relative size of the road network.


1 – Kuwait, total road quality score of 1.33/10:


The country with the worst quality roads is Kuwait. The road quality score has dropped by more than 20% in five years, it was 4.6 in 2014 then dropped to 3.7 by 2019. Kuwait also has the third highest number of road traffic deaths per 100,000 people, almost 19.


2 – Costa Rica, total road quality score of 2.24/10:


There are five fewer people per 100,000 dying on the roads in Costa Rica, but the road quality score is 0.7 lower in the Central American nation than it was in Kuwait. Moreover, the road quality score of 3/10 is the lowest of any country studied.


3 – Georgia, total road quality score of 2.33/10:


Georgia sits right at the crossroads of Europe and Asia; the capital city, Tbilisi is within 500 miles of both the Black Sea and the Caspian Sea. Georgia ranked in the bottom 15 countries for all but one category.


4 – Panama, total road quality score of 2.54/10:


Panama borders Costa Rica, they have slightly nicer roads, but they still had a low score of just over 2.5. The road quality in Panama is getting worse, dropping by over 5% from 4.7 to 4.5 in 5 years. There are 13.99 road traffic death rates per 100,000 of the population on Panama’s highways.


5 – New Zealand, total road quality score of 2.93/10:


The roads in New Zealand are often mountainous, winding and narrow due to the nature of the spectacular landscape the country is famous for. These roads can be challenging to drive, and they have deteriorated by over 9% in the past five years, in 2014 they scored 5, but this dropped to 4.5 by 2019, one contributing factor could be the 2016 Kaikoura earthquake which destroyed a large section of the state highway 1 (New Zealand’s biggest road).  




Countries with the best roads



1 – Singapore, total road quality score of 9.44/10:


Singapore has by far the highest overall road score, as it is the only nation to score higher than 9/10. It has the best road quality, as well as the fewest road traffic deaths, 1.69 per 100,000 people.


2 – Netherlands, total road quality score of 8.62/10:


The Netherlands has the second best roads in the world, despite having better roads than Singapore in 2014 they have since been surpassed. The Netherlands ranked in the top ten for all but one of the categories.


3 – Switzerland, total road quality score of 8.58/10:


The Swiss roads are only 0.4 points behind the Dutch roads, which edges them into third place in the rankings. Switzerland has some spectacular alpine drives such as the Furka Pass, and thankfully these epic roads are kept in good quality.


4 – Japan, total road quality score of 8.41/10:


Japan is the final country to have roads with a higher overall score than 8/10. Japan ranks in the top five countries for road quality, road traffic deaths, and the length of road per 100,000 km2.


5 – Denmark, total road quality score of 7.59/10:


The final entry into the top five is Denmark, which achieved a score of 7.59. Denmark has quite low speed-limits for non-motorway rural roads, as they are all set at 80 kmh (51 mph). Also, there are only 2.21 deaths on the road per 100,00 people. 



Methodology

Global


The area of each country and the length of its road network were sourced from Worlddata.info. We then calculated the km of road per 100,000 km2


The road quality score per country was sourced from TheGlobalEconomy.com, we collected data from the most recent recorded year (2019), and five years earlier (2014).


Berikut adalah kedudukan keselurahan negara dalam kajian








TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...