Pesawat MH370 Ditemui Di 'Google Earth' Ada Kesan Peluru? Benarkah?


Photo B: Daily Star Online


MISTERI. Kali ini entah kali ke berapa dunia digemparkan dengan teori unik dan ganjil mendakwa penemuan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Dalam laporan media terbaharu, pesawat penumpang MH370 yang hilang didakwa telah dikesan di Google Earth dalam keadaan berlubang ditembusi peluru, menurut satu teori luar biasa.

Seorang jurutera mekanikal Australia, Peter McMahon yang mendakwa telah bekerja dalam siasatan nahas selama lebih dari 25 tahun menegaskan dia telah menemui pesawat tersebut, lapor Daily Star yang mana laporan tersebut turut dipetik oleh portal-portal lain seperti mirror.co.uk dan thesundaily.

McMahon, 64, telah meneliti imej NASA dan Google Maps sejak pesawat itu hilang dan telah 'ditunjukkan' ke Round Island, utara Mauritius.

Penerbangan itu yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang, dipercayai di Lautan Hindi, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Australia, China dan Malaysia menamatkan pencarian yang menelan kos £115 juta pada Januari 2017.

Foto Sumber: Daily Star Online

Foto Sumber: Daily Star Online

Awal tahun ini, Malaysia bersetuju untuk membayar sehingga £50 juta kepada syarikat dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity jika berjaya menjumpai pesawat itu sebelum Jun.

Dia percaya pesawat itu terletak 10 kilometer di selatan pulau itu, yang belum diterokai oleh penyiasat.

Dalam satu gambar yang diambil, terdapat garisan rangka kelihatan seperti sebuah pesawat di bawah permukaan air.

McMahon berkata dia telah menghantar penemuannya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, yang mengesahkan ia berkemungkinan pesawat hilang tersebut.

Tetapi para pegawai Amerika dilaporkan mengarahkan mereka untuk terus melakukan carian di wilayah yang telah ditugaskan kepada mereka di Lautan Hindi.

McMahon memberitahu Daily Star Online bahawa empat orang Amerika telah dihantar ke Australia untuk melihat penemuan MH370 dan mendakwa mereka cuba menyembunyikan maklumat.

Selain bahagian utama, dia juga mendakwa telah menemui bahagian depan kabin di selatan Pulau Rodrigues, juga berhampiran Mauritius.

Ghyslain Wattrelos, yang kehilangan isterinya dan dua anak dalam tragedi tersebut, percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Ghyslain Wattrelos, who lost his wife and two children in the tragedy, also believes the plane was shot down. 

He believes Vietnam, Malayia and Thailand could be withholding vital information.

Ghyslain said: “All the military from these countries have seen the plane, if we believe that version. Why are they silent?


“I do not know, but there are also other countries that have information like England with Inmarsat, with Rolls-Royce, like the United States with Boeing and like the FBI who went the next day and took the pilot's flight simulator and never said anything to the investigators.

“Why this silence? There is something we do not want to say in this story.”


Daily Star Online has approached the Australian Government’s Joint Agency Co-Ordination Centre for comment. 


SUMBER: 
1. Daily Star Online
2. MStar Online

Fakta Syarikat Pengurusan Pelaburan Terbesar Miliki Dana RM279 Bilion

Foto Sumber: The Malaysian Reserve


BISNES: Memang pencapaian menakjubkan dan membanggakan. Setelah 40 tahun Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan, syarikat pengurusan pelaburan terbesar di Malaysia itu kini memiliki dana  dengan jumlah RM279 bilion.

Berikut adalah Fakta Menarik Berkenaan PNB:

1. Dengan jumlah dana sebanyak RM279 bilion, yang menariknya 98 peratusnya daripadanya dilaburkan di dalam negara untuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

2. Sebanyak 70 peratus daripada dana tersebut turut dilaburkan  dalam saham tersenarai atau public equity.

3. Pelaburan dalam saham tersenarai itu bernilai RM200 bilion merangkumi lebih 10 peratus daripada nilai modal pasaran syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

4. Ini termasuklah 10 syarikat strategik iaitu Maybank, Sime Darby Plantation, Sime Darby Berhad, Sime Darby Property, SP Setia, UMW Holdings, UMW Oil & Gas, CCM, CCM Duopharma dan MNRB.

PNB juga memiliki pelaburan dalam lebih 40 syarikat teras seperti TM, Axiata, MMC, TNB dan BIMB Holdings di mana PNB memiliki lebih 10 peratus ekuiti atau nilai pelaburan lebih RM1 bilion dalam syarikat tersebut.

5. Keluarga PNB juga sebenarnya ramai dengan peringkat PNB dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sahaja ada lebih 1,500 orang.

Separuh daripada mereka merupakan anak muda di bawah umur 40 tahun dan kalau dicampur kesemua warga syarikat strategik, jumlahnya lebih besar melebihi 179,000 orang.

Separuh di Malaysia dan separuh lagi di luar negara. Dan 50,000 daripada mereka merupakan rakyat Malaysia.

6. Dari segi gender diversity, majoritinya adalah dari kalangan wanita. Syarikat  strategik PNB mematuhi keperluan 30 peratus ahli Lembaga Pengarah dari  kalangan wanita.

Malah tiga daripada 10 syarikat Strategik kami dipengerusikan oleh wanita, iaitu Datuk Mohaiyani Shamsuddin Pengerusi Maybank, Datuk Normala Abdul Samad, Pengerusi CCM dan Tan Sri Siti Sa'adiah pula Pengerusi CCM Duopharma.

Salah seorang daripada tiga Timbalan Presiden PNB adalah wanita iaitu Datin Paduka Kartini. Malah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita pun, kita ada iaitu Puan Nik Fazila, CEO CCM.

7. Pada November 2016, pelan strategik PNB 2017-2022 yang dinamakan 'Strive 15' yang menyasarkan PNB menjadi sebuah Firma Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.

Kini, seluruh warga PNB bekerja dengan gigih melaksanakan kesemua 15 inisiatif strategik di bawah tiga teras strategik iaitu Meningkatkan Pulangan Secara Mampan, Pengurusan Pelaburan Yang Berkesan dan Memacu Kecemerlangan Operasi.

8. Kesemuanya berjalan lancar dan membuahkan pelbagai kejayaan, termasuklah peningkatan pendapatan yang membolehkan PNB membayar dividen dan bonus sebanyak 7.25 peratus serta bonus khas satu peratus untuk 10,000 unit pertama sempena ulang tahun PNB yang ke-40.

Ini melibatkan sejumlah RM14.4 bilion dividen untuk tahun 2017 dan lebih RM172 billion jumlah terkumpul dividen yang telah dibayar kepada para pelabur sejak PNB ditubuhkan.

9. Sempena menyambut ulang tahun PNB ke-40 ini, bakti dan pengorbanan barisan kepimpinan PNB yang lalu dihargai bermula dengan Allahyarham Tun Ismail Ali yang akan menjangkau usia 100 tahun ini sekiranya masih bersama hari ini.

Tun Ismail juga merupakan orang Malaysia pertama yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengerusi pertama apabila PNB ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sehingga 17 Oktober 1996.

Selepas itu, Allahyarham Tun Ismail terus menjadi Penasihat kepada PNB sehingga beliau meninggal dunia pada 6 Julai 1998.

10. Pengerusi PNB yang kedua, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan semua Ketua-ketua Pegawai Eksekutif yang terdahulu iaitu Tan Sri Desa Pachi, Tan Sri Khalid Ibrahim, Dato' Sri Mohd Hilmey dan Tan Sri Hamad Kama Piah yang telah membina PNB sehingga menjadi sebuah institusi nasional yang berintegriti.


SUMBER: Kenyataan media Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar pada 18 MAC 2018

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...