AirAsia Lancar Jualan Lima Juta Tempat Duduk PERCUMA* Terbesar

   Sumber Grafik : AirAsia



PENERBANGAN | Syarikat tambang murah AirAsia menawarkan jualan lima juta tempat duduk PERCUMA* (tertakluk terma dan syarat) pada 19 September 2022 sempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.


Dalam kenyataan media pada 19 September 2022, syarikat itu berkata bermula 19 September sehingga 25 September, para tetamu boleh menikmati tawaran tambang penerbangan yang tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023. 


Jelasnya tempahan boleh dibuat dengan menekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau laman web.


"Jualan tempat duduk PERCUMA* ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.


"Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), dan India (New Delhi)," kata kenyataan media itu.











Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh AirAsia: 


KAMI KEMBALI TERBANG TINGGI! AirAsia lancar jualan tempat duduk PERCUMA* terbesar hari ini dengan 5 juta tempat duduk sedia ditempah


KUALA LUMPUR, 19 September 2022 - AirAsia menawarkan jualan lima juta tempat duduk PERCUMA* hari ini sempena meraikannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka Asia.


Mulai hari ini sehingga 25 September, para tetamu boleh menikmati tawaran tambang penerbangan yang tiada tandingan untuk destinasi di seluruh Asean dan lain-lain untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari dan 28 Oktober 2023. Tempahan boleh dibuat dengan menekan pada ikon ‘Flights’ di aplikasi airasia Super App atau laman web.


Jualan tempat duduk PERCUMA* ini tersedia untuk pelbagai destinasi domestik dan antarabangsa yang popular di seluruh Asean termasuk Langkawi, Pulau Pinang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc dan Singapura.


Kepada mereka yang ingin melancong lebih jauh, jualan ini juga tersedia bagi syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X dan Thai AirAsia X untuk penerbangan ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), dan India (New Delhi). 


Nikmati tambang termasuk semua sehala daripada RM499 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM1,499 untuk tempat duduk Premium Flatbed. Tempoh perjalanan adalah antara 3 Oktober 2022 dan 28 Oktober 2023.


Dengan penyambungan semula operasi semua syarikat penerbangan ke pasaran-pasaran utama, AirAsia X juga mengumumkan penerbangan terus baharu dari Kuala Lumpur ke Jeddah di Timur Tengah dan ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo di Jepun, yang akan dilancarkan pada bulan November dan Disember serta sedia untuk ditempah mulai sekarang. 


Laluan popular Kuala Lumpur ke Jeddah kembali di atas permintaan ramai akan mula beroperasi sebanyak enam kali seminggu bermula 14 November dengan tambang termasuk semua bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,999 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 14 November 2022 dan 25 Mac 2023. Penerbangan terus ke Tokyo (Haneda) dan Sapporo juga telah kembali! 


Nikmati tambang termasuk semua sehala daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi dan RM2,599 untuk tempat duduk Premium Flatbed bagi tempoh perjalanan antara 21 November 2022 dan 24 Mac 2023 untuk Tokyo dan 1 Disember 2022 dan 1 Februari 2023 untuk Sapporo. 


Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Kami teruja untuk kembali terbang tinggi dengan semangat baharu dan kami ingin meraikannya bersama-sama para tetamu yang terus menyokong kami. Walaupun COVID telah mengubah dunia selama-lamanya, kami masih menawarkan tambang rendah yang sama. 


Sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, kami berbangga kerana dapat menghubungkan orang ramai ke pelbagai destinasi. Kami juga akan terus mengutamakan para tetamu kerana mereka mendorong kami untuk menawarkan lebih nilai dan peluang kepada semua orang untuk terbang ke destinasi impian mereka.


“Sejak 21 tahun yang lalu, AirAsia telah membawa lebih 700 juta penumpang, dan hampir 100 juta tetamu pada setiap tahun sebelum pandemik melanda, merevolusikan industri dan menjadikan perjalanan udara berpatutan untuk semua. Kami berada di sini untuk anda ketika kami bermula, dan kami maish di sini untuk anda sekarang. 


Dengan pembukaan semula sempadan dunia dan sebagai persediaan ulang tahun ke-21 kami, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para tetamu kami yang setia bersama kami dengan kempen Tempat Duduk PERCUMA* terbesar ini. Selain menyambung semula banyak laluan utama, kami juga memperkenalkan laluan baharu menarik untuk semua.


“Teruskan setia bersama kami untuk melihat kami terbang lebih tinggi dan memacu ke hadapan dengan pelbagai pengumuman menarik akan datang sempena sambutan ulang tahun ke-21 kami.”


Promosi tempat duduk PERCUMA* tersedia secara eksklusif di aplikasi airasia Super App dan laman web sehingga 25 September 2022.


Untuk maklumat terkini mengenai penerbangan, pelancongan dan gaya hidupi, ikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.


*Tambang termasuk semua daripada RM23 untuk penerbangan domestik


*Tambang termasuk semua daripada RM54 untuk penerbangan di rantau Asean (Termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)


*Tertakluk kepada terma dan syarat.




WE ARE BACK! PAINTING THE SKIES RED AirAsia’s Biggest Ever FREE Seats* Sale Launches Today 5 Million FREE Seats* Up For Grabs As All Airlines Flying High Once Again



Kuala Lumpur, 19 September 2022 - AirAsia is celebrating its rapid comeback as all airlines are flying sky high once again. Five million FREE* seats go on sale today to mark the milestone proving as always, AirAsia is Asia’s low fare leader, enabling everyone to fly.   


For a limited time, from today until 25 September, value seekers can snap up unbeatable flight deals across Asean and beyond for travel between 1 January 2023 and 28 October 2023 by clicking on the ‘Flights’ icon on the airasia Super App or website.


The FREE* seats are available now on many popular domestic and international destinations across Asean including Langkawi, Penang, Johor Bahru, Krabi, Phu Quoc and Singapore.  


For those who’d like to spread their wings further, fares are also on sale on the longer haul AirAsia sister airlines AirAsia X and Thai AirAsia X where flights to South Korea, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), and India (New Delhi)  are also on sale from just RM499 for economy seats and from RM1,499 for premium flatbed seats for travel between 3 October 2022 and 28 October 2023 (all inclusive of taxes and charges). 


As all airlines continue to resume operations in key markets, AirAsia X also today announced new direct flights from Kuala Lumpur to Jeddah in the Middle East and to Tokyo (Haneda), and Sapporo in Japan, launching in November and December this year which are on sale now. 



Back by popular demand, the Kuala Lumpur to Jeddah route will operate six times weekly starting from 14 November with all-in-fares starting from only RM1,799 for economy and MYR2,999 for premium flatbed for a travel period between 14 November 2022 to 25 March 2023. 



Direct flights to Tokyo (Haneda) and Sapporo are also back! One-way flights  are on sale today from just RM599 (inclusive of taxes and fees) for economy and RM2,599 for premium flatbed for a travel period between 21 November 2022 to 24 March 2023 for Tokyo and 1 December 2022 to 1 February 2023 for Sapporo.



Karen Chan, Group Chief Commercial Officer of AirAsia, said,“It is great to be back, better, stronger and more united than ever before, a unity we hope to share with the masses who’ve greatly supported us all these years. 


While COVID changed the world forever, some things never change. As the people’s airline that prides itself on connecting people to places, AirAsia continues to put our guests  at the core of everything we do, and this is what drives us to create more value deals and opportunities for everyone to  fly. 


“In the last 21 years, AirAsia has carried more than 700 million passengers, and nearly 100 million guests annually pre-pandemic, revolutionising the industry and giving everyone access to affordable air travel. We were here for you then when we started, and we are here for you now. 


With the progressive re-opening of borders and in preparation of our 21st anniversary, we wish to thank our loyal passengers who have stood by us and flew with us with the biggest ever FREE Seats* campaign. Not only have we resumed many of our much-loved routes, we’re also introducing new and exciting ones for greater value and choice. 


“Watch this space and spot us around Kuala Lumpur as we continue to paint the skies and the ground red, for more exciting announcements in the upcoming months as part of our 21st anniversary celebrations.”


The FREE* seats promotion is available exclusively on the airasia Super App and website, until 25 September 2022.


Stay up to date on the latest in flights, travel, lifestyle and more following @flyairasia on Instagram/Facebook or @airasia on WeChat/Weibo for the latest updates.  For a seamless and enhanced experience, download your airasia Super App from the Apple App Store, Google Play Store, or Huawei AppGallery. 


*All-in fare from RM23 for domestic flights

*All-in fare from RM54 for flights within Asean (Includes airport taxes, MAVCOM fee, fuel surcharges and other applicable fees)

*T&Cs apply.

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...