Tapak Baharu Deposit Emas, Tembaga Dijumpai Di Madinah Dengan Nilai Pelaburan RM2.4 Bilion

  Sumber Foto Hiasan : Saudi Gazette


GLOBAL | JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan penemuan tapak baharu untuk deposit emas dan tembaga di wilayah Madinah.


Menurut Kajian Geologi Saudi, yang diwakili oleh Pusat Kajian dan Penerokaan Mineral, bahawa penemuan emas itu berada dalam sempadan kawasan Aba Al-Raha, Umm Al-Barrak Hejaz, wilayah Madinah, lapor Saudi Press Agency (SPA) pada 18 September 2022.


Ia turut menyatakan tembaga ditemui di empat tapak di wilayah Wadi Al-Faraa juga di Madinah.


Penemuan baharu itu dijangka menarik pelabur domestik dan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara berkenaan.


Ini akan ditambah kepada senarai penemuan semasa 2022, yang akan mempercepatkan kadar pelaburan perlombongan di negara itu, sekali gus menyokong Wawasan 2030 dan ekonomi Arab Saudi.


Penemuan tapak deposit bahan mineral berharga di pelbagai lokasi itu juga akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, dengan kemasukan pelabur tempatan dan antarabangsa untuk membuat pelaburan dalam sektor perlombongan yang berkembang maju.


Lokasi yang bakal menjadi kawasan perlombongan itu dilaporkan mempunyai saiz pelaburan yang dijangkakan bernilai AS$533 juta (RM2.4 bilion) dan boleh membuka peluang lebih 4,000 pekerjaan.


Pada Jun 2022, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman mengumumkan bahawa keutamaan negara adalah untuk sektor penyelidikan termasuk pembangunan mampan dalam sektor perlombongan.


Pada Januari 2022, Pengerusi Persatuan Koperasi Ahli Geologi Arab Saudi Profesor Abdulaziz bin Labon, memberitahu SPA bahawa negara itu mempunyai sekurang-kurangnya 5,300 lokasi mineral sama ada yang berbentuk logam atau bukan logam, bahan binaan, batu hiasan dan batu permata. 



Saudi Arabia announces new discovery of gold and copper ore in Madinah


JEDDAH: The Kingdom of Saudi Arabia on Thursday announced the discovery of new sites for gold and copper ore deposits in the Madinah region.


According to the Saudi Press Agency (SPA), the Saudi Geological Survey, represented by the Survey and Mineral Exploration Centre, said that the discoveries of gold ore were within the boundaries of Aba Al-Raha, the shield of Umm Al-Barrak Hejaz, in the Madinah region.


Copper ore was also discovered at four sites in the Al-Madiq area in the Wadi Al-Faraa region in Madinah.


These discoveries represent promising potentials for special copper deposits, from the mineral chalcocite (Cu2S), which is scattered, as well as some secondary copper carbonate minerals.


These will be added to the list of discoveries during 2022, which will accelerate the pace of mining investment in the Kingdom, and thus, will support the Kingdom's Vision 2030 and the national economy. 


These discoveries in various locations in Saudi Arabia will contribute to the development of the national economy, with the influx of local and international investors to make investments in the thriving mining sector.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...