COVID-19: Angka Kematian Dunia Hampiri 462,000



PARIS: Sekurang-kurangnya 461,665 maut akibat COVID-19 sejak pandemik itu mula dikesan di China pada Disember lalu.

Berdasarkan data rasmi diperoleh daripada pihak berkuasa negara dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), AFP melaporkan sekurang-kurangnya 8,742,490 kes jangkitan direkodkan di 196 negara dan wilayah.

Data yang dikumpul sehingga Sabtu turut merekodkan sekurang-kurangnya 4,064,300 pesakit pulih.

Bagaimanapun jumlah itu dipercayai hanya mewakili sebahagian kecil daripada jumlah sebenar kes jangkitan berikutan banyak negara hanya menjalankan ujian ke atas kes serius dan bergejala.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, sekurang-kurangnya 4,743 kes kematian dan 183,333 kes baharu jangkitan direkodkan di seluruh dunia.

Negara yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam adalah Brazil dengan 1,206 kes, diikuti Amerika Syarikat (AS) (702) dan Mexico (647).

AS terus menjadi negara paling terjejas teruk dengan 119,460 kematian daripada 2,240,617 kes dengan sekurang-kurangnya 606,715 disahkan pulih.

Brazil merekodkan kes kematian kedua tertinggi di peringkat global dengan 48,954 kematian daripada 1,032,913 kes; Britain (42,589 kematian daripada 303,110 kes); Itali (34,610 kematian daripada 238,275 kes); dan Perancis (29,633 kematian daripada 196,594 kes.

Negara yang merekodkan kes tertinggi berbanding jumlah penduduknya adalah Belgium dengan 84 kematian per 100,000 penduduk, diikuti Britain (63), Sepanyol (61), Itali (57) dan Sweden 50.

China, tidak termasuk Hong Kong and Macau melaporkan 4,634 kematian dan 83,352 kes jangkitan.

Eropah secara keseluruhannya merekodkan 192,432 kematian daripada 2,506,305 kes; AS dan Kanada (127,915 kematian daripada 2,341,576 kes); Amerika Latin dan Caribbean (91,835 kematian daripada 1,966,918 kes); Asia (28,255 kematian 992,857 kes); Asia Barat (13,260 kematian daripada 630,463 kes); Afrika (7,837 kematian daripada 295,528 kes) dan Oceania (131 kematian daripada 8,846 kes). 

SUMBER: AFP/21 JUN 2020

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...