AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk Harga Promosi, Ada Serendah RM1

   Foto AirAsia

INFO Travel | AirAsia kini menawarkan lima juta tempat duduk pada harga promosi yang disertakan pelbagai diskaun hotel dan produk bebas cukai.

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata, tambang promosi ahli yang ditawarkan pada harga serendah RM1 adalah bagi penerbangan sehala Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Pulau Pinang serta serendah RM36 bagi penerbangan termasuk ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh.

“Penerbangan dengan AirAsia X (syarikat penerbangan jarak jauh, tambang rendah AirAsia Bhd) pula serendah RM199 bagi penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu dan lain-lain.

“Bagi tujuan keselesaan, kemudahan katil rata premium Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju ditawarkan pada harga serendah RM699,” kata kenyataan itu.

Tempahan boleh dilakukan melalui airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia mulai 11 hingga 17 Mac 2019 bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.

SUMBER -BERNAMA

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...