Status Hagia Sophia Diubah Menjadi Masjid: Erdogan

FOTO SUMBER: Hürriyet Daily News

PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Muzium Hagia Sophia Istanbul akan diubah menjadi masjid.


"Ayasofya (Haghia Sophia) tidak lagi dipanggil sebuah muzium, statusnya akan berubah, kami akan menyebutnya sebuah masjid," kata Erdogan semasa program televisyen secara langsung, lapor Agensi Berita Turki ANADOLU NEWS AGENCY.

Hagia Sophia, yang digelar "Wonder of the World" oleh sejarawan, adalah salah satu muzium yang paling banyak dikunjungi di dunia dari segi sejarah seni dan seni bina.

Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun. Pada tahun 1453, ia telah diubah menjadi masjid oleh Fatih Sultan Mehmet apabila Uthmaniyyah menakluki Istanbul.

Berikutan kerja pemulihan semasa era Uthmaniyyah dan penambahan menara oleh arsitek Mimar Sinan, Hagia Sophia menjadi salah satu monumen yang paling penting dalam seni bina dunia.


FOTO SUMBER: pixabay.com
FAKTA MENARIK MENGENAI HAGIA SOPHIA

1. Hagia Sophia merupakan salah satu keajaiban seni bina tertua yang masih berdiri sehingga hari ini. Awalnya dikenali sebagai 'Megale Ekklesia', sehingga abad ke-5 ia bertukar nama sebagai Hagia Sophia, 'Ayasofya' atau 'holy wisdom' pada zaman pemerintahan empayar Rome Timur. 

2. Ia dibina oleh Emperor Konstantios, ia pernah dibakar disebabkan kerusuhan yang berlaku pada tahun 404 akibat perbalahan antara permaisuri Eudoksia dan bapa patriark Loannes Chrysostomos, yang dibuang negeri, dan pernah diruntuhkan pada tahun 532 disebabkan kerusuhan Nika. 

3. Seni bina hari ini dibina oleh arkitek Isodoros dan Anthemios yang terkenal pada zaman pemerintahan Justinianos (527-564). Ia merupakan lambang kehebatan dan kemegahan Justianos terhadap terhadap Jerusalem.

4. Proses pembinaan Hagia Sophia sangat teliti dengan reka bentuknya yang menghubungkan struktur luaran dan dalaman bagi mengukuhkan kubah pusat (the big dome) dengan seni bina pelan tradisional basilika. 

5. Keseluruhan Hagia Sophia mempunyai 104 kolum, 40 di bahagian bawah dan 64 di galeri atas. Proses penstrukturan juga amat rumit. Hanya kepingan seni bina yang terbaik digunakan untuk pembinaan ini. 

6. Tiang dinding dan struktur dinding dalam binaan ini diambil dari wilayah berbeza di sekitar Anatolia dan Syria (Aspendus dan Ephessus). 

7. Marmar putih di dalaman hagia Sophia diambil daripada pulau Marmara, batu marmar seperti guli merah di dinding berasal dari Afyon, dan jalur hijau 'porphyry' berasal dari Pulau Euboea(Greece). 

8. Manakala, hampir semua dinding hagia sophia kecuali dilindungi oleh marmar dihiasi dengan mosaik yang sangat indah. Emas, perak, kaca dan batu berwarna digunakan untuk membuat Mosaik.

9. Selepas Penaklukan kota Konstantinople oleh Fatih Sultan Mehmet (1451-1481), pada 1453. Hagia Sophia telah diubah suai menjadi masjid. Strukturnya diperkukuh dan dilindungi. Tiang tambahan dipasang pada zaman empayar Uthmaniyah akibat kerosakan struktur daripada gempa bumi. 

9. Madrasah dibina dibahagian utara Hagia Sophia. Dan menara yang direka dilaksanakan oleh arkitek Mimar Sinan. Dan pada abad ke-16 dan ke-17, mihrab, minbar dan maqsurah dan tempat Muazzin dibina. 

10. Namun semasa pentadbiran Mustafa Kemal Ataturk, Hagia Sophia diubah menjadi muzium sejak 1 Februari 1935.

11. Hagia Sophia–bererti “Kebijaksanaan Suci”, dikenal juga dengan nama Sancta Sophia dalam bahasa Latin, atau Aya Sofya dalam bahasa Turki.

12. Untuk pertama kalinya, dalam 85 tahun terakhir, ayat suci Alquran dikumandangkan dari Muzium Hagia Sophia atau Aya Sofia. Ayat-ayat suci Alquran itu dilantunkan pada Jumat dalam rangkaian acara sebuah pameran kesenian kaligrafi.

13. Pada Jumat 10 April 2015 itu, ayat suci Alquran dikumandangkan oleh Ali Tel, imam Masjid Ahmed Hamdi Akseki. Seremoni pembukaan acara tersebut dihadiri oleh sejumlah tertinggi Turki, termasuk Badan Urusan Agama Turki, Mehmet Gormez.

SUMBER:
1. ANADOLU NEWS AGENCY
2. Facebook AKU DAN ISTANBUL

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...