Jepun Pasport Paling Berkuasa Di Dunia, Malaysia Ke-10

Foto Sumber: mysumber.com


INFO TRAVEL: Indeks Pasport Henley 2018 menobatka Jepun sebagai negara dengan pasport paling berkuasa di dunia seterusnya mengenetepikan Singapura.

Menurut indeks oleh firma Henley & Partners, Jepun menerima perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 190 buah negara.

Singapura yang kini jatuh di tempat kedua mempunyai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan di 189 buah negara, kata firma itu di laman webnya. 

Jepun menambah satu lagi negara dalam senarai perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan selepas Vietnam memberikan kelebihan tersebut kepada Jepun.

Sementara itu, Malaysia menduduki tempat ke-10 dengan 180 negara memberikan perjalanan Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Iraq dan Afghanistan berada di kedudukan terendah dengan hanya 30 buah negara yang boleh dikunjungi oleh rakyatnya.

Indeks Pasport Henley merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Visa Bebas dan Visa Ketibaan.

Kedudukan ini berdasarkan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kajian dalaman.

Malaysia Airlines Tawar Program MHexplorer Kepada Penuntut

Foto: MAS

INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Malaysia Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama dunia yang menawarkan program perjalanan digital sepenuhnya untuk penuntut MHexplorer yang memudahkan golongan berkenaan mengurus serta merancang perjalanan sendiri.

Menerusi program itu, mereka dapat menikmati diskaun tambang perjalanan sehingga 20 peratus bagi tempoh sepanjang tahun dengan tambahan elaun bagasi 10 kilogram untuk semua kelas penerbangan, satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma, promosi kawan istimewa serta keluarga selain faedah 'Enrich miles.'

Ketua Pegawai Hasil Kumpulannya, Ignatius Ong berkata setakat ini, seramai 1.2 juta belia dan penuntut menggunakan khidmat Malaysia Airlines.

"Angka ini terus meningkat dan atas dasar ini, dirasakan sesuai untuk kami menawarkan program khusus untuk golongan ini bagi memenuhi keperluan perjalanan mereka. Mereka boleh menikmati manfaat yang kami tawarkan menerusi MHexplorer ini tidak kiralah sama ada perjalanan itu bagi tujuan santai atau untuk pendidikan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa ini, MHexplorer disediakan untuk perjalanan dalam Malaysia, Australia dan United Kingdom sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

Penuntut berusia 18 hingga 26 tahun boleh mendaftar bagi program MHexplorer di www.malaysiaairlines.com/MHexplorer.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...