Mufti: Lebih Baik Elak FB Live & I.G Ketika Tawaf

Foto Sumber: MATAF EXPANSION PROJECT


ISU: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berpendapat hukum membuat lintas langsung menerusi laman sosial Facebook atau Instagram ketika tawaf dan sa'ie dibolehkan namun adalah lebih baik perbuatan itu ditinggalkan oleh jemaah haji atau umrah demi menumpukan ibadah kepada Allah SWT.

"Ini kerana tawaf dan sa'ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan khusyuk kepada Allah SWT," katanya.

Menurut Zulkifli, pandangan beliau adalah berdasarkan hadis nabi diriwayatkan Imam al-Tirmizi: "Tawaf mengelilingi Kaabah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barang siapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik."

"Kebanyakan ahli ilmu termasuk Imam al-Tirmizi juga berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.

"Saya berpendapat perlakuan badan yang menjaga tatasusila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa'ie," katanya dalam artikel berjudul 'Tawaf Sambil Live Facebook Atau Instagram' disiarkan di laman web rasminya.

Berikut Adalah Kenyataan Penuh: 

Soalan:


Apakah hukum menunaikan tawaf sambil melakukan live facebook atau IG?

Jawapan:

Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami berpendapat melakukan aksi seperti di atas adalah dibolehkan tetapi alangkah baiknya ditinggalkan. Ini kerana tawaf dan juga sa’ie termasuk dalam ibadat yang sepatutnya ditumpukan dalam acara ibadat seperti berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi SAW dan tawajjuh hati kepada Allah SWT.

Nabi SAW bersabda:

الطَّوَافُ حَوْلَ البَيْتِ مِثْلُ الصَّلاَةِ ، إِلاَّ أَنَّكُمْ تَتَكَلَّمُونَ فِيهِ ، فَمَنْ تَكَلَّمَ فِيهِ فَلاَ يَتَكَلَّمَنَّ إِلاَّ بِخَيْرٍ

Maksudnya: “Tawaf mengelilingi Ka’bah seperti solat, hanya saja kamu (boleh) bercakap dalam tawaf. Barangsiapa berkata tatkala tawaf hendaklah mengucapkan ucapan yang baik.”

Riwayat al-Tirmizi (960)

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh pendapat kebanyakan ahli ilmu, antaranya:

Kata Imam al-Tirmizi: “Dan yang beramal atas perkara ini di sisi kebanyakan ulama'. Justeru mereka berpendapat bahawa sunat seseorang yang sedang melakukan tawaf supaya tidak bercakap kecuali kerana keperluan atau kerana zikir kepada Allah atau kerana ilmu.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 2/285)

Perlakuan badan yang menjaga tatasusila serta adab ketika tawaf dengan memenuhi syarat serta hati yang sentiasa kehambaan dan tawaduk kepada Allah hendaklah diwujudkan ketika tawaf atau sa’ie. Justeru, marilah sama-sama kita menginsafi diri terutamanya ketika beribadat kepada Allah SWT seperti tawaf dan sa’ie ini.

Semoga Allah kurniakan haji atau umrah kita sebagai yang mabrur. Ameen.



SUMBER: FB MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Gelombang Panas: Angka Korban Meningkat Kepada 70 di Kanada

Foto Sumber: GETTY IMAGE


CUACA EKSTREM: Gelombang panas yang melanda Kanada terus meragut nyawa apabila jumlah korban dilaporkan terus meningkat.

Dalam perkembangan terbaharu, Agensi Berita Antarabangsa AFP melaporkan seramai 70 penduduk dilaporkan maut apabila gelombang panas melanda Quebec di timur Kanada, iaitu meningkat berbanding 54 mangsa, sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan wilayah, daripada jumlah itu, seramai 34 mangsa dilaporkan maut di Montreal.

Gelombang panas melanda timur Kanada sejak Julai lalu, tetapi kes kematian hanya dicatatkan di Quebec, berikutan paras suhu yang tinggi dan cuaca terik.

Sepanjang minggu lalu, suhu setinggi 36 Darja Celsius dilaporkan di Quebec dan Ontario, dan suhu dijangka meningkat semula di Montreal pada hari 9 Julai, dengan 'humidex' dijangka membuatnya merasa seperti pada hari 9 Julai.

Montreal di Quebec melihat suhu meningkat kepada 45C (113F) dengan kelembapan ketika lapan belas orang mati di bandar.

Foto Sumber: www.theweathernetwork.com/


Perdana Menteri Justin Trudeau berkata dalam tweet: "Fikiran saya adalah dengan orang tersayang mereka yang telah meninggal di Quebec semasa gelombang panas ini. Suhu rekod dijangka terus di Kanada tengah dan timur, jadi pastikan anda tahu bagaimana melindungi diri anda dan keluarga anda. "

Gelombang panas bermula pada 29 Jun sebagai amaran haba masih berlaku di selatan Quebec, Ontario dan seluruh wilayah Atlantik.

Pada 2010, kira-kira 100 penduduk di Montreal akibat cuaca panas. 

SUMBER: AFP & EXPRESS.CO.UK

Kawah Gunung Berapi Ijen Pancar Cahaya Biru Takjubkan Pelancong

Foto Sumber: DAILY MAIL


INFO TRAVEL: Pernahkan anda melihat cahaya biru muncul di gunung berapi. Suasana demikian pasti membuatkan kita teruja dan mahu menyaksikan apakah ia benar atau sekadar fantasi imaginasi.

Tetapi sebenarnya ia benar-benar wujud. Gunung berapi Kawah Ijen di wilayah Banyuwangi, Jawa Timur yang turut yang dikenali sebagai ‘gunung berapi biru’ menjadi tumpuan pelancong apabila memancarkan cahaya berwarna biru dari dalam gunung berkenaan.

Gambar-gambar yang disiarkan portal Daily Mail menunjukkan gunung tersebut memancarkan cahaya biru sehingga 4.8 meter tinggi ke udara dalam pelbagai bentuk.

Menurut pakar, cahaya biru itu bukan daripada lahar gunung berapi yang mempunyai warna sama seperti gunung berapi lain namun cahaya itu adalah daripada gas yang dikeluar­kan oleh gunung terbabit.

Kawah Ijen mengandungi gas sulfur yang tinggi dan apabila terdedah kepada oksigen di udara serta bertembung dengan lahar akan memancarkan cahaya biru.

Gunung tersebut menyimpan gas sulfur yang tertinggi di dunia.

Foto Sumber: DAILY MAIL

Tidak seperti gunung berapi biasa yang dilihat menghamburkan lahar berwarna merah pada siang hari, cahaya biru Kawah Ijen hanya boleh dilihat pada waktu malam.

Gambar-gambar menarik yang disiarkan oleh portal tersebut telah diambil oleh Donny Nugraha Pratama, 32, dari Tangerang, Indonesia.

Foto Sumber: DAILY MAIL


SUMBER: DAILY MAIL & UTUSAN ONLINE

Zuckerberg Miliki Kekayaan RM329 bilion, Ketiga Terkaya Di Dunia

Financial Tribune

PENCAPAIAN: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg melakar satu lagi kejayaan menakjubkan apabila kini mendahului tokoh pelaburab terkemuka dunia Warren Buffet, sekaligus menjadi individu ketiga terkaya di dunia.

Melalui data dihimpunkan Bloomberg, Mark Zuckerberg kini mempunyai kekayaan bernilai $81.6 bilion (~RM329 bilion).

Dengan kekayaan ini, Mark Zuckerberg yang berusia 34 tahun ini hanya dibelakang Jeff Bezos (pengasas Amazon) dan juga Bill Gates (pengasas Microsoft).

Mark Zuckerberg kini mempunyai beberapa aplikasi yang aktif digunakan ramai dibawah beliau, termasuk Facebook, Instagram dan juga WhatsApp. 

Pada tahun ini, ia dilihat pihak Facebook lebih memfokuskan kepada Instagram dengan format perkongsian “Stories” yang semakin popular.

SUMBER: BLOOMBERG

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...