Helikopter NURI terhempas di Tawau












Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di atas bumbung sebuah dewan yang masih dalam pembinaan di Sekolah Kebangsaan Balung, Tawau, pagi ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk. 


Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.

TUDM: Helikopter NURI mendarat cemas

Sementara itu, Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan media berkata helikopter itu membuat pendaratan cemas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau pada jam 9.35 pagi.

Helikopter yang membawa 14 penumpang berlepas pada jam 7.35 pagi membuat latihan penerbangan harian biasa.

“Semua anak kapal dan penumpang helikopter tersebut selamat,” kata kenyataan itu.

Katanya TUDM menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan mengawal kawasan sebelum mengambil tindakan bagi membawa keluar helikopter dari kawasan insiden.

“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian,” katanya.













Gambar: Sumber FB/Twitter

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...