Penjelasan Dutch Lady Berkenaan Dutch Lady Curious

Photo by: DUTCH LADY


KENYATAAN MEDIA: Dutch Lady Malaysia mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan produk Dutch Lady Curious (900g) dengan nombor kelompok 1023C7WA.

Tindakan ini diambil berhubung aduan kesihatan yang diterima daripada pelanggan. Insiden tersebut telah mencetuskan perbincangan yang hangat di media sosial.

Sejurus selepas menerima aduan, Dutch Lady melancarkan tindakan segera untuk menghubungi pelanggan dan menjalankan semakan terperinci. 

Selaras dengan prosedur syarikat, sampel produk telah diperoleh daripada pelanggan dan dihantar ke makmal dalaman dan juga pusat pengujian bebas yang diiktiraf untuk proses ujian.

Dutch Lady juga telah bertemu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan bekerjasama dengan rapat dalam usaha mengatasi perkara ini. Keputusan penuh akan diumumkan selepas proses siasatan diselesaikan.

"Bagi pihak Dutch Lady Malaysia, kami mengambil berat insiden seperti ini dan memberi jaminan kepada para pengguna bahawa kesihatan dan kesejahteraan mereka sentiasa menjadi keutamaan kami. 

Buat masa ini, penemuan awal daripada proses kawalan kualiti dalaman menunjukkan bahawa produk kami tidak mempunyai sebarang kekurangan dari segi kualiti dan susu kami selamat untuk diminum," kata Tarang Gupta, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia.

Keraguan Terhadap Kesahihan Produk

Berhubung perkara yang dipersoalkan di saluran media sosial baru-baru ini, Dutch Lady juga ingin menangani spekulasi yang telah dibangkitkan mengenai pembungkusannya.

Tambah Gupta, "Kami menyedari bahawa maklumat yang tidak tepat telah mula disebarkan di media sosial ketika para netizen berkongsi kebimbangan mereka. 

Bagi melindungi kepentingan pelanggan, kami perlu memperbetulkan spekulasi terhadap beberapa butiran pembungkusan kami yang telah disalah-anggap sebagai penunjuk produk palsu."

Dutch Lady ingin menjelaskan bahawa ciri-ciri di bawah terdapat dalam semua produk Dutch Lady yang sahih.

• Kod kelompok yang bermula dengan nombor 100, 101, 102 dan 103

• Tarikh luput yang berakhir dengan (R), (W1), (W2), dan (W3)

• Variasi pembungkusan yang mepunyai perkataan “Calcium” dan “Kalsium” 

• Variasi pembungkusan yang menunjukkan logo FrieslandCampina bersama dan tanpa kotak putih

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat atau menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan orang awam. 

Kami menggalakkan pengguna untuk merujuk kepada pusat perkhidmatan pelanggan kami sebelum memapar atau berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai produk Dutch Lady, sila hubungi Careline Dutch Lady di 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com.


Grafik Oleh: DUTCH LADY
KENYATAAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan, sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama Dutch Lady Curious yang kini tular di laman sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan itu susulan pihaknya menerima aduan berhubung pek promosi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak jenama terkenal itu yang didakwa menyebabkan masalah kesihatan kepada bayi selepas mengambil produk berkenaan.

“Pengadu memaklumkan bahawa anak beliau mengalami simptom ruam merah di bahagian leher dan kelangkang, batuk, cirit-birit dan demam panas setelah mengambil produk susu tepung berkenaan.

“Justeru, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keselamatan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak terbabit.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi Kementerian Kesihatan.

Iaitu melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq,” katanya.,” katanya dalam kenyataan hari ini. -

===================================================

Dutch Lady Malaysia confirms that it is currently investigating a case involving its Dutch Lady Curious (900g) product with the specific batch no. 1023C7WA.

The investigation was initiated in response to a health complaint lodged by a consumer and the incident has since triggered a widespread discussion and speculation on social media.

Upon receiving the complaint, Dutch Lady launched immediate action to contact the consumer and conducted internal checks. In line with its procedure, a sample of the product was obtained from the consumer and sent to both its internal lab and a certified independent laboratory for testing.

Dutch Lady has also met with the Ministry of Health and is working closely with them to resolve this matter. An announcement will be made when the full investigation has been completed.



“At Dutch Lady Malaysia, we take incidences like these seriously and reassure our consumers that their health and well-being is always our highest priority. At this point, our initial findings from the internal quality control process show that there are no quality deviations in the product and our milk is safe to be consumed,” said Tarang Gupta, Managing Director of Dutch Lady Malaysia.

Concerns on Counterfeit Products

In light of recent questions raised on social media channels, Dutch Lady is also addressing speculations that have been brought up regarding its packaging.

Gupta adds, “We’re aware that inaccurate information has started spreading on social media as netizens share their concerns. In the interest of our consumers, we need to correct speculations that have mistakenly identified certain packaging details as counterfeit indicators.”

Dutch Lady would like to clarify that the below are all authentic Dutch Lady products:

• Batch codes beginning with 100, 101, 102 and 103
• Expiry dates that end with (R), (W1), (W2) and (W3)
• Packaging variants with both spellings of “Calcium” and “Kalsium”
• Packaging variants showing the FrieslandCampina logo with and without a white box
In the meantime, the public are advised not to make or spread false information that could cause further public distress unnecessarily. 

We encourage concerned consumers to verify their information with our careline before posting or sharing on social media.

For further questions on Dutch Lady products, please contact the Dutch Lady Careline at 1800-88-1191 or via email at dutchladycareline@frieslandcampina.com.


SUMBER: FACEBOOK DUTCH LADY

Bangunan KWSP Terbakar: Maklumat Selamat, Percikan Api Punca?

Gambar BH ONLINE

NASIONAL: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari 13  Februari 2018.

Media melaporkan asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

Menerusi maklumat awal yang diterima, sebanyak 40 peratus kawasan bangunan enam tingkat itu terbakar dan api masih belum berjaya dipadamkan.

Lapisan Dinding Mudah Bangunan KWSP Mudah Terbakar Punca?

Penggunaan lapisan luar bangunan yang mudah terbakar menjadi punca kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Gasing.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran bermula pukul 11 pagi ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di luar tingkat satu bangunan.

“Ada kerja-kerja yang menggunakan api dilakukan yang telah memulakan percikan api lantas membakar luar dinding bangunan.

“Ditambah dengan faktor cuaca yang panas dan berangin membuatkan api bertambah marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas kerja pemadaman selesai dilakukan, lapor UTUSAN ONLINE.

Tambah Soiman lagi, lima peratus bangunan luar KWSP dari tingkat satu hingga enam terbakar dan tidak melibatkan bahagian dalam bangunan.

“Semua pekerja dan pelanggan selamat dan tiada yang terperangkap. Cuma asap sahaja yang masuk ke dalam bangunan,” jelasnya.


MAKLUMAT SELAMAT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran yang berlaku.

Agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan sentiasa memantau situasi kebakaran itu serta memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.


“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP juga menjelaskan cawangannya itu telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran tersebut.

“Pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut,” jelasnya.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP.

Pejabat KWSP Petaling Jaya Ditutup Sementara

Operasi di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan pemeriksaan susulan insiden kebakaran yang berlaku hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata bagaimanapun pencarum yang biasa berurusan di pejabat KWSP di sini boleh mendapatkan sebarang khidmat dan urusan serupa di mana-mana cawangan lain yang berhampiran.

"Buat masa ini kita kena tutup sementara sehingga arahan daripada pihak bomba yang seterusnya sebagai langkah keselamatan," katanya kepada pemberita, lapor BERNAMA.

Beliau berkata pihaknya memberi jaminan sebarang pengkreditan dividen kepada pelanggan tidak akan terjejas berikutan kebakaran berkenaan.

"Pencarum dan majikan tidak perlu risau... memang data dilindungi dan ada - backup'," katanya.

SUMBER: BERNAMA


JENIS INSIDEN: KEBAKARAN BANGUNAN KWSP PJ 

TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN : 13.02.2018 (1153)

SAMPAI LOKASI : 1158

ALAMAT : BANGUNAN KWSP, JALAN GASING, 46598 PETALING JAYA, SELANGOR


BALAI TERLIBAT: 
BBP SEK 7 PJ (2xFRT, 1xEMRS), 
BBP DAMANSARA (1xFRT), 
BBP P/KLANG (1xTTL), 
BBP HANG TUAH (1xFRT, 1xTTL), 
BBP PANTAI (1xFRT)

JUMLAH : 6xFRT, 2xTTL

JUMLAH ANGGOTA : TPgB - 1, PBK II - 3, PB - 39


SUMBER BERITA: UTUSAN/BH ONLINE/BOMBA









GAMBAR SUMBER: FACEBOOK/ WHATSAPP

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...