Bangunan KWSP Terbakar: Maklumat Selamat, Percikan Api Punca?

Gambar BH ONLINE

NASIONAL: Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari 13  Februari 2018.

Media melaporkan asap tebal serta api kelihatan dari bangunan berkenaan yang dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan.

Kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sebanyak lapan jentera bomba terbabit dalam operasi memadam kebakaran di bangunan berkenaan.

Usaha memadam dilakukan kira-kira 43 anggota dan pegawai JBPM dari Balai Bomba Damansara, Balai Bomba Pelabuhan Klang, Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Pantai.

Menerusi maklumat awal yang diterima, sebanyak 40 peratus kawasan bangunan enam tingkat itu terbakar dan api masih belum berjaya dipadamkan.

Lapisan Dinding Mudah Bangunan KWSP Mudah Terbakar Punca?

Penggunaan lapisan luar bangunan yang mudah terbakar menjadi punca kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Jalan Gasing.

Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata, kebakaran bermula pukul 11 pagi ketika kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di luar tingkat satu bangunan.

“Ada kerja-kerja yang menggunakan api dilakukan yang telah memulakan percikan api lantas membakar luar dinding bangunan.

“Ditambah dengan faktor cuaca yang panas dan berangin membuatkan api bertambah marak dengan cepat,” katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas kerja pemadaman selesai dilakukan, lapor UTUSAN ONLINE.

Tambah Soiman lagi, lima peratus bangunan luar KWSP dari tingkat satu hingga enam terbakar dan tidak melibatkan bahagian dalam bangunan.

“Semua pekerja dan pelanggan selamat dan tiada yang terperangkap. Cuma asap sahaja yang masuk ke dalam bangunan,” jelasnya.


MAKLUMAT SELAMAT

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran yang berlaku.

Agensi itu dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya akan sentiasa memantau situasi kebakaran itu serta memaklumkan sebarang perkembangan setelah operasi cawangan dibuka semula.


“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP juga menjelaskan cawangannya itu telah ditutup buat sementara waktu sehingga diumumkan kelak berikutan kejadian kebakaran tersebut.

“Pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatkan untuk menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut,” jelasnya.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP.

Pejabat KWSP Petaling Jaya Ditutup Sementara

Operasi di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini ditangguhkan buat sementara waktu sehingga Jabatan Bomba dan Penyelamat selesai menjalankan pemeriksaan susulan insiden kebakaran yang berlaku hari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish berkata bagaimanapun pencarum yang biasa berurusan di pejabat KWSP di sini boleh mendapatkan sebarang khidmat dan urusan serupa di mana-mana cawangan lain yang berhampiran.

"Buat masa ini kita kena tutup sementara sehingga arahan daripada pihak bomba yang seterusnya sebagai langkah keselamatan," katanya kepada pemberita, lapor BERNAMA.

Beliau berkata pihaknya memberi jaminan sebarang pengkreditan dividen kepada pelanggan tidak akan terjejas berikutan kebakaran berkenaan.

"Pencarum dan majikan tidak perlu risau... memang data dilindungi dan ada - backup'," katanya.

SUMBER: BERNAMA


JENIS INSIDEN: KEBAKARAN BANGUNAN KWSP PJ 

TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN : 13.02.2018 (1153)

SAMPAI LOKASI : 1158

ALAMAT : BANGUNAN KWSP, JALAN GASING, 46598 PETALING JAYA, SELANGOR


BALAI TERLIBAT: 
BBP SEK 7 PJ (2xFRT, 1xEMRS), 
BBP DAMANSARA (1xFRT), 
BBP P/KLANG (1xTTL), 
BBP HANG TUAH (1xFRT, 1xTTL), 
BBP PANTAI (1xFRT)

JUMLAH : 6xFRT, 2xTTL

JUMLAH ANGGOTA : TPgB - 1, PBK II - 3, PB - 39


SUMBER BERITA: UTUSAN/BH ONLINE/BOMBA









GAMBAR SUMBER: FACEBOOK/ WHATSAPP

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...