Posts

Showing posts from November 8, 2016

Hillary Clinton atau Donald J. Trump? Siapa menang 'Shadow Government' tetap kuasai dunia

Image
OLEH MOHD EZLI MASHUT

Henry Ford :
''Jika terdapat sesuatu yang tidak kena dalam sesebuah negara, anda akan dapati ia dari Yahudi-Freemason.''
(The International Jew, 1922)

KUASAI AMERIKA KUASAI DUNIA

Pemilihan Presiden Amerika Syarikat ke-45 sama ada Hillary Clinton atau Donald J Trump tidak memberikan harapan baru kepada dunia khususnya keamanan dunia dan nasib umat Islam.

Siapa yang bakal mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2017 ini peneraju White House bakal terjawab apabila rakyat Amerika mengundi pada 8 November.

Beliau juga menjadi 'pemegang kunci' yang boleh melancarkan senjata nuklear kepada mana-mana negara dan boleh mengarahkan perang bila-bila dan di mana sahaja.

Ketika ini terdapat kira-kira 16,300 senjata nuklear di seluruh dunia yang mana daripada jumlah itu, 7,300 milik Amerika Syarikat (AS), Rusia (8,000), China (240), Perancis (300), United Kingdom (225), Israel (80), India (80-100), Pakistan (90-110) dan Korea Utara (1…