NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Anak muda 39 tahun jadi Presiden Perancis, fakta menarik perlu diketahui!
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT
"A new page of our history has turned this evening, I want that page to be one of hope and refound trust, the renewal of our public life, will be at the base of what I do from the very first day of our presidency." : Emmanuel Macron- Louvre in Paris - 8 MEI 2017
Siapa pemuda berumur 39 tahun itu?
Nama penuhnya adalah Emmanuel Jean-Michel Frédéric Macron. Beliau lahir pada 21 Disember 1977. Sekarang beliau berumur 39 tahun. Beliau adalah bekas kakitangan awam dan pernah menjadi pelabur perbankan.
Belajar falsafah di Paris Nanterre University dan Master dalam Hal Ehwal Awam di Sciences Po, dan menamatkan pengajian the École nationale d'administration (ENA) in 2004.
Diusia 39 tahun, Macron menjadi Presiden Perancis termuda dalam sejarah sejak Napoleon Bonaparte.
Macron jadi Pengasas Partai En Marche!
Parti En Marche! diasaskan pada 6 April 2016. Macron mendirikan parti ini sebagai sebuah parti sosial-liberal politik di Perancis. Pada waktu itu, beliau sebagai Menteri Ekonomi dan Kewangan. Kini parti tersebut dipimpin oleh Catherine Barbaroux.
Sekarang keahlian En Marche sudah mencecah 285,000 dalam masa 13 bulan.
Gerakan ini bakal dijenamakan semula menjadi La République En Marche" pada 15 Julai.
Parti itu merancang untuk bertanding sebanyak 577 kerusi parlimen pada pilihan raya akan dayang dan menjangkakan 50 peratus calon dari kalangan wanita.
Pro Imigran, Membela Komuniti Muslim
Pada topik imigran, Emmanuel Macron cenderung pro-imigran. Beliau memilih menolak menutup sempadan Perancis daripada “serbuan” para imigran.
Selain itu, Macron juga membela komuniti Muslim yang mengalami perlakuan tidak adil di Eropah.
"Tidak ada agama yang menjadi masalah di Perancis hari ini,” kata Macron dalam sebuah demonstrasi di bulan Oktober 2016.
”Jika negara bersikap neutral, kita memiliki kewajiban untuk membiarkan semua orang mempraktikkan agama mereka dengan harga diri,” katanya.
Apa yang Emmanuel Macron buat untuk menang pilihanraya Presiden Perancis sejak 13 bulan lalu? INI PALING PENTING DIKAJI!
1. Menggerakkan sukarelawan yang selama ini tidak pernah terlibat dalam politik dengan latar belakang berbeza.
2. Gerak kerja kempennya dianggap bukan memihak kepada pihak haluan kira atau kanan.
3. Cara kempen yang dianggap satu revolusi daripada gerak kerja sistem lama dan parti politik malahan gaya kempen 'ala gerila' yang lebih fleksibel, pantas bergerak serta cepat membuat keputusan.
4. Secara kasarnya gaya kempen adalah 'door-to-door operation' apabila pasukan sukarelawan berdialog dengan masyarakat awam apa yang tidak kena dengan sistem di Perancis.
5. Melaksanakan penyertaan bersama secara atas talian. Ia lebih kepada gerak mula penubuhan seperti syarikat teknologi beroperasi berbanding sistem klasik politik.
6. Memanfaatkan sistem teknologi digital untuk memahami data sistem pengundian dan sasaran pengundi.
7. Tanpa sebarang asas kewangan seperti parti politik, gerakan itu dibiayai melalui derma yang dibenarkan undang-undang pada €7,500 (£6,370) seorang.
8. Sebanyak €6.5 juta berjaya dikumpulkan dengan purata derma €250 atau kurang. Malahan Macron membuat pinjaman peribadi sebanyak €8 juta.
9. Para sukarelawan bertemu dan berdialog dengan pengundi sasaran memperdebatkan polisi Kerajaan Perancis pada peringkat akar umbi di seluruh negara.
“There’s a freedom, there’s no hierarchy, it’s about spurring on your team of volunteers, it’s so much more human and we feel like we’re building something together,” said Garcia, 49, who preferred canvassing with En Marche!
“I joined because I don’t want the same old people running politics. We need change, people from civil society,” said Sophie Solmini, 44, a former Socialist party canvasser who had taken time off from her housing association job to volunteer for Macron “seven days a week from 7am to 2am” from her council flat.
Apa Manifesto Macron:
1. Melaksanakan reformasi terhadap sistem kebajikan dan pencen untuk rakyat.
2. Mahu memperkukuh usaha melawan keganasan dengan meningkatkan perbelanjaan pertahanan serta menambah lebih 10,000 anggota polis untuk memerangi ancaman terrorisme.
3. Pro kepada dasar Kesatuan Eropah dan berjanji meletakkan kembali status Perancis sebagai tunjang kekuatan EU.
4. Mahu memperkukuh kerjasama diplomatik dengan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Rusia, Iran, Turki dan Arab Saudi serta menyelesaikan isu Syria.
5. Mengurangkan perbelanjaan awam. Memotong cukai perniagaan serta memberikan insentif kepada firma yang menawarkan kerja tetap serta mewujudkan keusahawanan baru.
6. Menetapkan kerja selama 35 jam seminggu dengan sistem fleksibel berdasarakan kawasan. Negeri akan mengambil urusan isu insuran pengangguran.
AKHIRNYA: Beliau berjaya memperolehi 66.1 peratus undian semasa pemilihan Presiden meninggalkan Marine Le Pen yang hanya memperolehi 33.0 peratus undian.
Belum pernah berlaku dalam sejarah moden Pemilihan Presiden Perancis apabila jawatan itu dimenangi individu dinaungi sistem parti politik dibelakangya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...