NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
AirAsia Lanjut Pembatalan Sementara Penerbangan Dari Dan Ke Wuhan
Pembatalan sementara semua penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China dilanjutkan sehingga akhir bulan depan.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata pelanggan dengan tempahan penerbangan dari dan ke semua destinasi di tanah besar China boleh memperoleh akaun kredit atau pulangan bayaran penuh.
"Destinasi tertentu dalam rangkaian penerbangan AirAsia telah mengenakan larangan perjalanan untuk pelanggan berdasarkan kewarganegaraan, bandar asal, sejarah perjalanan atau tujuan perjalanan.
"Pelanggan disaran menyemak dengan kerajaan atau pejabat kedutaan masing-masing sebelum memulakan perjalanan," kata syarikat itu.
Menurut kenyataan itu, pelanggan yang terjejas dengan perubahan penerbangan dan larangan perjalanan boleh memilih akaun kredit, mengekalkan nilai tambang dalam akaun AirAsia BIG Loyalty mereka untuk perjalanan akan datang atau pulangan bayaran penuh.
Menurut kenyataan itu, akaun kredit hanya terpakai untuk semua penerbangan dari dan ke tanah besar China sehingga 15 Feb (atau 29 Feb untuk penerbangan dari dan ke Wuhan sahaja) bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 28 Jan.
Pulangan bayaran penuh hanya terpakai untuk semua penerbangan dari dan ke tanah besar China sehingga 15 Feb dan penerbangan balik dari 16 hingga 29 Feb untuk tiket yang dikeluarkan sebelum 28 Jan.
AirAsia pada 23 Jan mengumumkan pembatalan sementara semua penerbangannya dari Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket ke Wuhan, China sehingga hari ini berikutan kebimbangan koronavirus Wuhan.
Menurut syarikat itu, ia memantau keadaan dan berhak mengumumkan polisi selanjutnya berdasarkan perkembangan terkini.
Untuk maklumat dan perkembangan terkini, orang ramai boleh mengikuti AirAsia di Twitter (@AAAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia), atau menghubungi pasukan sokongan pelanggan di support.airasia.com.
SUMBER: BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
TERKINI
Ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-78
NATIONAL STATEMENT OF THE PRIME MINISTER OF MALAYSIA AT THE GENERAL DEBATE OF THE 78TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY NEW YO...

-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Oleh : Mohd Ezli Mashut & ChatGPT Pendahuluan Gempa bumi merupakan salah satu bencana alam yang berlaku secara tiba-tiba dan membawa da...