Gegaran Gempa Bumi Di Sumatera Dirasai Di Lembah Klang

RANGKUMAN BERITA GEMPA BUMI GEGAR SEMENANJUNG MALAYSIA

Staf dan pelawat bangunan SUK di Shah Alam berhimpun di pekarangan premis itu ekoran gegaran akibat gempa yang melanda utara Sumatera pagi ini. — Foto oleh Jack Ooi


Satu gempa sederhana bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 11.01 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.7 Utara longitud 98.4 Timur. 367 km dari baratdaya Pulau Pangkor, Malaysia.

Gegaran dirasai Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Putrajaya, N. Sembilan & Melaka.

Orang ramai tidak perlu bimbang.


Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ),Menara PKNS turut mengalami 3 kali gegaran dan kesemua kakitangan diarahkan turun



BANGUNAN Kerajaan Komplek E, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya pagi ini dikejutkan dengan gegaran menyebabkan kesemua warga kerja kementerian diarahkan berkumpul di kawasan lapang untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini berlaku. - Foto NSTP




Tremors in Putrajaya

Staff at several government offices in Putrajaya rushed out of the building after tremors were felt from earthquakes in Sumatra on Tuesday



10-degree map showing recent earthquakes
Tuesday, 14 June 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 14 Jun - Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada 8:08 pagi.

Pusat gempa bumi terletak di 1.8º Utara dan 98.8º Timur, 330km Barat daya Klang, Selangor.

Gegaran dirasai di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama di sekitar negeri Selangor, Selatan Perak dan Melaka.

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor mengalami gegaran sekitar jam 8.08 pagi ini dan semua kakitangan yang sudah memasuki premis berkenaan diarah keluar.

Gegaran terasa di Kompleks E2 Putrajaya,semua diarahkan mengosongkan bangunan sehingga bangunan disahkan selamat.

Difahamkan gegaran itu dirasakan kira-kira seminit lamanya.

Tiada ancaman Tsunami.

10-degree map showing recent earthquakes

Tremors felt in KL after Sumatra earthquake

UPDATED @ 09:44:21 AM 14-06-2011
June 14, 2011

People wait outside an evacuated Selangor SUK building, which has now been given the all-clear by the fire department. — Picture by Teng Chang Khim

KUALA LUMPUR, June 14 — Residents in several parts of the city reported tremors following a 5.5 magnitude earthquake in northern Sumatra this morning.

The earthquake at 8.08am Malaysian time was at a depth of 78km and 6km north of Rantauprapat, according to meteorological agencies.

The epicentre of the earthquake was 330km northeast of Klang.

The tremors were felt in some high-rises and houses in the Bangsar and Damansara suburbs. Residents of Selangor, southern Perak and Malacca also reported tremors.

However, no tsunami alarm was issued.

The Sumatra temblor came a day after twin earthquakes struck Christchurch in New Zealand


BANGUNAN SUK SHAH ALAM RASAI GEGARAN GEMPA BUMI


Lebih 800 kakitangan SUK Shah Alam terpaksa mengosongkan bangunan selepas merasai gegaran di menara pejabat setinggi 24 tingkat itu.

Loceng kecemasan turut dibunyikan pada kira-kira jam 8 pagi dan kakitangan diarahkan supaya turun dan berkumpul di satu ruang di luar bangunan berkenaan.

Salah seorang kakitangan, Raja Kamariah Raja Maarof, berkata beliau dan rakannya merasai gegaran ketika berada di tingkat 5 bangunan tersebut.

Pada mulanyanya, beliau dan seorang rakannya tidak menjangkakan bahawa gegaran tersebut berpunca daripada gempa bumi, kata Raja Kamariah.

“Gegaran berlaku dalam beberapa saat, Kami rasa pening, melihat manila kad digantung atas siling bergerak, kami berpandangan sesama sendiri.

“Selepas beberapa minit gegaran pertama kemudiannya penggera kebakaran berbunyi dan kami bergegas keluar daripada bangunan.

“Bila sampai dibawah kami melihat sebuah jentera bomba sudah berada diluar perkarangan bangunan,” katanya ditemui Komunitikini.

Sementara itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersetuju dengan cadangan Bomba untuk membenarkan kakitangan bangunan SUK masuk balik selepas jam 2 tengahari.

” Gegaran keempat dijangka akan lebih kuat,” katanya menerusi laman sosial twitter.

Komunitikini mendapati kakitangan itu dilihat memasuki bangunan tersebut kira-kira jam 2 tengah hari tadi.

Memetik laporan Bernama hari ini, beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.

Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.


Beberapa Kawasan Di Pantai Barat Bergegar Ekoran Gempa Bumi Di Sumatera

globe showing location of 10-degree map

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar ibu negara, Putrajaya, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan mengalami gegaran ekoran insiden gempa bumi yang berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan gempa bumi bermagnitud 5.5 pada skala Ritcher di Sumatera Utara dikesan pada pukul 8.08 pagi ini manakala gempa bumi kedua bermagnitud 5.7 dilaporkan berlaku pada 11.01 pagi.

Ekoran kejadian gempa bumi itu, beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran.

Kejadian gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut Jabatan Meteorologi.

Bernama dihujani panggilan daripada orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berhubung gegaran berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Bomba Jabatan Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata pihak bomba mendapat panggilan daripada orang ramai menghuni beberapa bangunan tinggi, yang melaporkan merasai gegaran.

Antara bangunan di ibu negara yang merasai gegaran pada pukul 11 pagi ialah Wisma Bernama, Menara Kenanga, ibu pejabat Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Megan Avenue.

Azizan berkata gegaran di dalam bangunan amat dirasai terutama dari tingkat lapan bangunan ke atas.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

Penolong Editor Meja Penyuntingan Bahasa Inggeris Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama, M. Govind Nair, 60, berkata beliau merasai gegaran itu ketika sedang menjalankan tugasnya menyunting berita di mejanya.

"Saya rasa gegaran itu kira-kira lima hingga enam saat. Saya juga rasa kerusi tempat duduk saya bergoyang sedikit dan selepas itu saya rasa pening-pening," katanya.

Pembantu tadbir Infolib Bernama Mohd Wahid Md Som, 53, berkata beliau merasakan gegaran itu kira-kira 10 saat.

"Saya tak terfikir mahu berlari keluar kerana gegaran itu hanya terasa sedikit dan sekejap. Walaupun ada sedikit rasa takut, saya tawakal," katanya, yang bertugas di tingkat lapan Wisma Bernama.

Di PUTRAJAYA, gegaran beberapa saat dirasai di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pegawai Perhubungan Awam MOSTI, Noriza Nazri berkata semua petugas di bangunan itu diarahkan meninggalkan premis berkenaan dan diarahkan berada di pekarangan bangunan sementara menunggu dibenarkan kembali memasuki bangunan.

Di KUALA SELANGOR, Meor Anas, 46, seorang Eksekutif Kejuruteraan di loji air Sungai Selangor berkata gegaran kecil terasa semasa beliau berada di pejabatnya kira-kira pukul 11 pagi.

"Gegaran beberapa saat itu terasa ketika saya berada di tempat duduk saya. Masa itu saya terlihat air di dalam balang (dispenser air) berkocak sedikit dan fail di atas meja saya sedikit bergerak," katanya.

Di SHAH ALAM, petugas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini meninggalkan pejabat masing-masing dan berkumpul di dataran dan kawasan lapang berhampiran bangunan setelah merasai gegaran pada kira-kira 8 pagi dan sekali lagi pada pukul 11 pagi.

Rahmah Abdul, 45, yang bertugas di tingkat 18 bangunan itu berkata kipas dan mejanya tiba-tiba bergoyang ketika dia baru hendak memulakan tugas.

"Saya panik sebab nampak semua bergoyang. Saya dan beberapa kawan terus turun," katanya ketika ditemui di dataran Bangunan SAAS.

Abdul Rahman Ahmad, 36, berkata semua petugas dibenarkan naik semula ke pejabat masing-masing selepas pemeriksaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Namun, kira-kira pukul 11 satu lagi gegaran dirasakan dan semua petugas diarahkan turun semula ke dataran oleh pihak pengurusan Bangunan SAAS.

Pengurus Komunikasi Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Hashimah Che Mat Din, yang kebetulan menghadiri mesyuarat di tingkat 21 bangunan SAAS, turut merasai gegaran itu.

"Kami diminta meninggalkan bangunan dan turun segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sehingga pukul 12 tengah hari, tinjauan Bernama mendapati petugas di bangunan itu masih berkumpul di dataran dan kawasan lapang bangunan SAAS.

Seorang penduduk di Kampung Meru, Klang, Suziela Che Mat memaklumkan rumahnya mengalami gegaran dalam kejadian itu.

"Katil di dalam bilik rasa bergegar, waktu itu saya sedang membaca buku di atas katil. Saya juga nampak air masak dalam botol (terletak di meja bersebelahan) bergoncang," kata suri rumah itu.

Suziela, 25, berkata dia berasa pening selepas mengalami gegaran itu. - BERNAMA

Magnitude 5.6 NORTHERN SUMATRA, INDONESIA
Tuesday, June 14, 2011 at 03:01:27 UTC

Earthquake LocationWorld Location
Earthquake Location
Major Tectonic Boundaries: Subduction Zones -purple, Ridges -red and Transform Faults -green

Earthquake Location
Major Tectonic Boundaries: Subduction Zones -purple, Ridges -red and Transform Faults -green


BANGUNAN SUK Selamat Diduduki - Jurutera

Laporan : TV Selangor


SHAH ALAM 14 JUN : Perasaan cemas dan panik menyelubungi kira- kira 927 pekerja dan pelawat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila berlaku gegaran akibat dua gempa bumi berskala ritcher 5.9, di Sumatera Utara, Indonesia.

Kejadian yang berlaku kira- kira jam 8:08 pagi dan 11:01 pagi itu bagaimanapun tidak mengakibatkan apa- apa kecederaan.

Gegaran tersebut turut dirasai di beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama di sekitar negeri Selangor, Selatan Perak dan Melaka.

Semua kakitangan diarahkan untuk mengosongkan bangunan tersebut sehingga keadaan benar- benar selamat.

Ketua Balai Bomba Seksyen 15, Shah Alam, Mohd Hisyam Sidek berkata jarak antara Sumatera Utara dengan Klang hanyalah 232 arah Barat Daya namun beliau mengesahakan tiada ancaman Tsunami dicatatkan.

Pusat gempa bumi terletak di 1.8º Utara dan 98.8º Timur, 330 km dari Barat Daya Klang, Selangor.

"Pada jam 8.00 pagi berlaku gegaran di Utara Sumatera pada skala 5.9 skal ritcher. Di mana Klang adalah 232 arah Barat Daya. Tiada ancaman Tsunami. Walaubagaimanapun terdapat gegaran di beberapa tempat termasuk bangunan ini," kata Hisyam.

Hisyam mengesahkan ketika kejadian terdapat kira- kira 927 pekerja dan pelawat berada didalam bangunan tersebut. Sebaik sahaja gegaran berlaku, kesemua mereka diarahkan mengosongkan bangunan tersebut.

"Anggaran 927 orang pekerja dan juga pelawat berkumpul ditempat yang telah dikhaskan. Alhamdullillah tindakan pantas dan cepat pihak ERT banyak membantu bomba dalam mengelpasti jumlah pekerja yang ada disini," katanya lagi.

Hisyam berkata, gegaran yang berlaku tidak sampai satu minit adalah perkara biasa. Akan tetapi ia menjadi perkara luar biasa di Malaysia berikutan negara ini jarang berlaku gegaran seumpama itu.
"Gegaran tidak lama kurang dari satu minit. Tapi sebab Malaysia tidak biasa dengan gegaran ini, jadi timbul perasaan cemas dan panik," katanya.

Jurutera Bangunan SUK, Wan Syazli Wan Ismail ketika ditemui Tv Selangor berkata, hasil siasatan teliti yang dibuat, bangunan itu selamat untuk diguna dan boleh beroperasi seperti biasa.

"Hasil daripada siasatan dengan bomba tadi, kami dapati bangunan ini selamat digunakan," kata Syazli.



Two quakes hit Sumatra, tremors felt in S'gor, Malacca, Perak, NS, Putrajaya, KL

Firemen carrying out checks at several government buildings in Putrajaya after the tremors Tuesday

Calls came pouring in from Selayang Hospital, KLCC building and other highrises in the Klang Valley as many residents ran out of their buildings

However, there was no tsunami threat, said the Malaysian Meteorological Department.

Information about damage or casualties has yet to come in.

Meanwhile, Bernama reported that Kuala Lumpur Fire and Rescue Department assistant director of the fire division Azizan Ismail said people in several high-rise buildings in the city called in to report the tremors.

Among the buildings in Kuala Lumpur where the tremors were felt at about 11am were Wisma Bernama, Menara Kenanga, the Tenaga Nasional Bhd (TNB) headquarters and Megan Avenue.

Azizan said the tremors were more intense from the eighth floor upwards, but added that there were no reports of damage.

M. Govind Nair, 60, Bernama's assistant editor at the English Sub-Editing Desk at Wisma Bernama, said he felt the tremors at about 11 am.

"The tremors lasted for five to six seconds. My chair shook a bit, and then I felt a little dizzy," he said.

Bernama's Infolib administrative assistant Mohd Wahid Md Som, 53, said he felt the tremors for about 10 seconds.

"I did not think of rushing out of the building because the tremors only lasted for a short while. I was a little afraid but remained calm," said Mohd Wahid who works on the eighth floor.

In PUTRAJAYA, the tremors were felt at the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI).

MOSTI Public Relations Officer Noriza Nazri said all employees were instructed to leave the building, and they were seen waiting outside until they were allowed to return.

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...