TAWARAN | AirAsia Tawar 10 Juta Tempat Duduk Promosi Lebih 130 Destinasi




  Sumber Grafik : AirAsia


AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di rantau ini.


Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk tambang asas sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan fi lain yang berkaitan.


Pada tahun ini, dengan penerbangan ke lebih 130 destinasi, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi destinasi pelancongan yang ditawarkan.


Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai 8 Jun hingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan dari 2 Sept 2024 hingga 8 Okt 2025, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini meneroka destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap serta banyak lagi secara percuma dan merangsang ekonomi tempatan.


Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar seterusnya menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.


Bagi mereka yang ingin pergi lebih jauh, Big Sale AirAsia kini sedang berlangsung, menawarkan tambang istimewa di AirAsia X untuk merasai pengalaman menakjubkan atau hidangan tempatan enak di Taipei, Xi'an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul dan banyak lagi.


Tambang rendah bermula serendah RM279 sehala termasuk semua.



Berikut Adalah Kenyataan Media Penuh : 


AirAsia tawar 10 juta Tempat Duduk PERCUMA* untuk destinasi menarik di seluruh rantau ini


KUALA LUMPUR, 8 Jun 2024 - AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA* dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau ini. Kempen ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan dan memperkukuh ekonomi di 130 destinasi pelancongan yang ditawarkan.


Kempen ini membolehkan pengembara di rantau ini menerokai destinasi menakjubkan seperti Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap serta banyak lagi secara percuma* dan merangsang ekonomi tempatan.


Para pengembara juga boleh mengambil peluang ini untuk melancong dalam negara ke Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Alor Setar seterusnya menyokong industri pelancongan dan ekonomi tempatan.


Bagi para pengembara yang ingin terbang lebih jauh, terokai destinasi antarabangsa dengan AirAsia X untuk merasai pengalaman menakjubkan atau hidangan tempatan enak di Taipei, Xi’an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul, dan banyak lagi. Tambang promosi ke pelbagai destinasi bermula daripada RM279** termasuk semua sehala.


Sempena kempen tempat duduk PERCUMA ini, AirAsia menganjurkan acara besar-besaran di Sunway Velocity, Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada hari ini hingga Ahad 9 Jun 2024. 


Acara ini menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk memenangi hadiah hebat termasuk penerbangan percuma, penginapan di hotel, barangan eksklusif dan banyak lagi daripada Santan, TTRacing, Montigo, Shihlin Taiwan Street Snacks, Everland Resort Korea, Elevete, Playmade dan Galaxy Macau Integrated Resort Andaz Macau.


Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Paul Caroll berkata: "Kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia ini bertujuan untuk terus menawarkan nilai terbaik kepada para tetamu kami di samping meningkatkan kesalinghubungan di seluruh rantau ini melalui rangkaian luas kami. Inisiatif ini juga dijangka akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau dan menyumbang kepada pemulihan sektor pelancongan selepas pandemik.


"Pada tahun ini sektor pelancongan Asean dijangka mengalami pemulihan yang lebih baik, di mana Malaysia menetapkan sasaran 27.3 juta pelancong asing dan Asean secara keseluruhan menjangka lebih 100 juta kehadiran pelancong. 


Justeru, kami berbesar hati untuk terus menawarkan perjalanan dengan tambang berpatutan bagi menyokong perniagaan tempatan seperti hotel, restoran, agensi pelancongan dan perniagaan runcit yang semakin berkembang mengikut permintaan perjalanan. 


Dalam pada kita memasuki penggal kedua pada tahun ini, kami berharap untuk terus menyumbang kesan ekonomi positif di pelbagai sektor melalui kempen ini, seterusnya memacu pertumbuhan industri pelancongan di rantau ini secara keseluruhan."


Kempen Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia bermula pada hari ini, 8 Jun 2024 pada jam 12 tengah hari (GMT+8). Semua penerbangan promosi boleh ditempah mulai hari ini sehingga 16 Jun 2024 hanya di aplikasi AirAsia MOVE (dahulu dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 2 September 2024 hingga 8 Oktober 2025.


Bagi meningkatkan pengalaman perjalanan, AirAsia juga menawarkan pakej tambahan kepada para tetamu yang menempah penerbangan mereka semasa tempoh promosi ini. Nikmati diskaun*** sehingga 70 peratus bagi elaun bagasi daftar masuk, hidangan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan insurans perjalanan.


Selain Tempat Duduk PERCUMA*, para tetamu AirAsia juga boleh menikmati tawaran hotel di aplikasi AirAsia MOVE. 


Tempah penginapan sekurang-kurangnya dua malam di hotel terpilih dan nikmati malam kedua dengan hanya RM9. 


Rancang percutian dengan penginapan terbaik di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina dari 10 Jun hingga 16 Jun 2024, untuk tempoh perjalanan antara 10 Jun hingga 31 Disember 2024.


*Tambang promosi Tempat Duduk PERCUMA hanya terpakai untuk TAMBANG ASAS sahaja, tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tambang promosi bermula daripada RM29 sehala (Domestik) dan RM60 sehala (Antarabangsa). Tertakluk pada terma dan syarat lain.


**Tambang termasuk semua adalah untuk perjalanan sehala sahaja daripada RM279, termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain yang berkenaan. Tertakluk pada terma dan syarat lain.


***Harga mungkin berbeza bergantung kepada lapangan terbang tempatan untuk harga bagasi daftar masuk dan pilihan tempat duduk. Tertakluk pada terma dan syarat lain.



AirAsia FREE* Seats returns with 10 million seats guaranteed across the region


KUALA LUMPUR, 8 June 2024 - AirAsia FREE* Seats campaign returns with 10 million promotional seats as part of the airline’s efforts to continue supporting tourism and stimulating economic growth across the region. This year, with flights to over 130 destinations on sale, the campaign aims to enhance connectivity and bolster the economies of numerous travel hotspots.


The campaign enables travellers in the region to explore stunning hidden gems such as Da Nang, Pattaya, Medan, Guwahati, Siem Reap and more for free*, effectively driving tourists to these areas. This is on top of domestic destinations in Malaysia like Kuching, Penang, Langkawi, and Alor Setar, where holidaymakers and travellers can head to exciting places and savour local delicacies while supporting the tourism industry and local economies.


For those who wish to fly beyond Asia and explore our medium-haul destinations, AirAsia’s Big Sale is now on, offering special fares on AirAsia X to experience the skyscrapers or scrumptious local delights in Taipei, Xi’an, Perth, Almaty, Tokyo, Seoul, and more. Low fares start from as low as RM279** all-in one-way.


In celebration of the highly-anticipated campaign, AirAsia is hosting a spectacular ‘Claw-some FREE Seats’ event at Sunway Velocity in Kuala Lumpur. 


Running for two days from today and ending on 9 June 2024, this event offers attendees the thrilling experience of being part of a giant human claw machine, where they can win fantastic prizes including free flights, hotel stays, exclusive merchandise and more courtesy of Santan, TTRacing, Montigo, Shihlin Taiwan Street Snacks, Everland Resort Korea, Elevete, Playmade and Galaxy Macau Integrated Resort Andaz Macau.


Paul Carroll, Group Chief Commercial Officer of AirAsia Group said: “The AirAsia FREE* Seats campaign aims to fulfil our promise of delivering the best value for our guests while enhancing travel connectivity across the region with our extensive network. This initiative is a powerful driver of regional economic growth, and contributes towards revitalising tourism sectors as countries catch up on post-pandemic growth opportunities.


“This year, Asean tourism is expected to see a significant rebound, with Malaysia targeting 27.3 million foreign tourists and Asean as a whole anticipating over 100 million tourist arrivals. By facilitating affordable travel, we help local businesses - from hotels and restaurants to tour operators and retail shops - thrive amid recovering global travel demands. 


As we enter the second half of the year, we look forward to generating a positive economic ripple effect across various sectors through this campaign, contributing to the overall growth and resilience of the regional tourism industry.”​


The AirAsia FREE* Seats campaign and Big Sale start today, 8 June 2024 at 12pm (GMT+8). All flights on sale are available for booking until 16 June 2024 only on airasia.com or the AirAsia MOVE app (formerly airasia Superapp) for travel from 2 September 2024 up until 8 October 2025.



To enhance your travel experience, the airline is offering a bundled add-ons deal for guests who book their flights during the promotional period. Save up to 70%*** on baggage allowance, in-flight meals, seat selection, and travel insurance. Don’t miss this chance and pre-book now!


In addition to the FREE* Seats, AirAsia guests can enjoy great hotel deals as well on AirAsia MOVE. Book a minimum of two nights’ stay at selected hotels and get your second night for just RM9. Explore the best stays in Malaysia, Indonesia, Thailand and the Philippines from 10 June till 16 June 2024, for the travel period between 10 June till 31 December 2024.


*The FREE Seat is only applicable for the BASE FARE, excluding airport taxes, MAVCOM fee, fuel surcharges and other applicable fees. All-in fare starts from RM29 one-way (Domestic) and RM60 one-way (International). Other terms and conditions apply.


**All-in one-way fares start from RM279 and are inclusive of airport taxes, MAVCOM fee, fuel surcharges, and other applicable fees. Other terms and conditions apply. 


*** Prices may vary depending on local airports for checked baggage and seat selection. Other terms and conditions apply.

TERKINI

Strategi, Tip Beli Tiket Penerbangan Harga Menarik dan Jadikan Kembara Menyeronokkan

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Membeli tiket penerbangan dengan harga menarik dan merancang kembara yang unik serta menyeronokkan memerluka...