AirAsia Malaysia Kenakan Semula Surcaj Bahan Api mulai 8 Mac 2022


    Sumber Foto: Air Asia


PENERBANGAN | AirAsia Malaysia akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac, 2022 susulan kenaikan harga bahan api yang melepasi US$120 setong.


Syarikat penerbangan tambang murah itu berkata, pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang melepasi AS$120 (RM501.36) setong.


"Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac ini. Semua tempahan dibuat sebelum tarikh itu tidak akan terjejas," katanya dalam kenyataan media pada 5 Mac 2022.


AirAsia Malaysia berkata, kadar surcaj bahan api bagi semua laluan domestik dalam Malaysia adalah RM10, manakala bagi laluan antarabangsa bertempoh satu hingga dua jam pula sebanyak RM25.


Kadar untuk laluan antarabangsa dengan masa dua hingga tiga jam adalah RM25, manakala RM50 untuk tiga hingga empat jam dan RM60 untuk lebih daripada empat jam.


Berikut adalah kenyataan media penuh : 


AirAsia Malaysia kenakan surcaj bahan api berikutan kenaikan harga bahan api dunia


Berharap ia hanya langkah sementara, kekal komited untuk memberikan nilai terbaik kepada pengguna


SEPANG, 4 Mac 2022 – AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) akan mengenakan semula surcaj bahan api mulai 8 Mac 2022 untuk semua penerbangan domestik dan antarabangsanya. 


Pengenalan semula surcaj bahan api oleh AirAsia adalah untuk mengimbangi kenaikan harga bahan api yang telah melangkaui AS$120 setong sekarang.


AirAsia tidak mengenakan sebarang surcaj bahan api sejak memansuhkannya pada 2015. Sebaliknya, ia telah menyerap semua kenaikan kos bahan api ini padahal syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi. 


Kadar Surcaj Bahan Api AirAsia Malaysia berkuat kuasa 8 Mac 2022:



Surcaj bahan api ini akan dikenakan untuk semua tempahan penerbangan baharu yang dibuat pada dan selepas 8 Mac 2022. Semua tempahan yang dibuat sebelum 8 Mac 2022 tidak akan terjejas.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Syarikat penerbangan di seluruh dunia terjejas oleh kenaikan harga bahan api yang semakin terus meningkat disebabkan oleh keadaan di Eropah Timur serta  faktor luaran lain.


 Ini semua telah menyebabkan kami terpaksa mengenakan semula surcaj bahan api, walaupun kami telah berusaha sedaya upaya untuk memansuhkannya selama ini. 


“Sejak kali terakhir kami memansuhkan surcaj bahan api pada tahun 2015 berikutan harga bahan api global serendah AS$48 setong pada waktu itu, kami telah berdepan dengan beberapa lonjakan harga bahan api yang menyebabkan syarikat penerbangan lain mula mengenakan surcaj ini. 


Bagaimanapun, AirAsia telah menyerap kenaikan harga bahan api yang lalu untuk terus memberikan nilai terbaik kepada tetamu kami. Malangnya, keadaan semasa di mana harga bahan api telah melonjak lebih 160% daripada tahun 2015 telah menjadikan situasi ini tidak lagi mampan.


“Kami berharap langkah ini hanyalah sementara. AirAsia akan terus memastikan tambang kami kekal rendah walaupun terdapat surcaj bahan api. 


Seperti yang kita boleh lihat, syarikat-syarikat penerbangan lain telah pun melaraskan tambang dan meningkatkan caj bahan api dan caj pentadbiran untuk mengatasi kenaikan kos operasi seawal tahun 2018 lagi. 


Walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19, kami masih berjaya untuk mengawal kos operasi yang semakin meningkat dan terus menawarkan tambang rendah kepada semua.


“Kami akan terus memantau keadaan semasa dan pada masa yang sama memanfaatkan inovasi teknologi dan digital sebagai cara untuk mengawal kos dan menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua.”


Untuk rekod, AirAsia telah memansuhkan surcaj bahan api sebanyak dua kali sebelum ini. Ia mula memperkenalkan surcaj bahan api pada tahun 2005 dan memansuhkannya pada 2008, sebelum kemudian memperkenalkannya semula pada tahun 2011. 


Harga bahan api mencapai kemuncak pada AS$78 setong pada 2015, namun AirAsia bertindak serta-merta menghapuskan surcaj bahan api sebaik sahaja harganya mencecah AS$48 setong pada tahun tersebut.


AirAsia Malaysia reintroduces fuel surcharges due to escalating fuel prices


Airline hopes it’s only temporary, remains committed to giving guests best value


SEPANG, 5 March 2022 – AirAsia Malaysia (flight code AK) will be reintroducing fuel surcharges beginning 8 March 2022 for all its domestic and international flights. The reintroduction of the fuel surcharge by AirAsia is to offset the escalating jet fuel prices, which has exceeded US$120 per barrel.


AirAsia has not been charging fuel surcharges since it was abolished in 2015. The airline has instead been absorbing the oil price increase over the years, while other carriers were already adjusting fares and increasing fuel and admin charges to counter rising operating costs as early as 2018.


AirAsia Malaysia Fuel Surcharge rates effective 8 March 2022:




The fuel surcharges will be applicable for new flight bookings made on and after 8 March 2022. All bookings made prior to 8 March 2022 will not be affected.


AirAsia Malaysia CEO Riad Asmat said: “Airlines the worldover are affected by the rising oil prices and the continuous upward spiral caused by the situation in Eastern Europe and other external factors have made it imperative for us to reintroduce the fuel surcharge, despite our best efforts to resist it for as long as we could. 


“Since we last abolished fuel surcharges in 2015 when the global fuel price was as low as US$48 a barrel, we have faced numerous occasions when the fluctuations have caused other airlines to start imposing surcharges. 


However, at AirAsia, we have been absorbing past increases in oil prices to continue to provide the best value to our guests. Unfortunately, the current situation where the oil price has shot up more than 160% than what it was in 2015 has made it no longer sustainable. 


“We hope this will only be a temporary measure. AirAsia will continue to ensure our fares remain as low as possible despite the fuel surcharge while other carriers were already adjusting fares and increasing fuel and admin charges to counter rising operating costs as early as 2018. 


Even when faced with the devastating Covid-19 pandemic, we still managed to deflect the rising operational costs and continued to offer low fares to the people.


“We will continue to monitor the situation and at the same time capitalise on technological and digital innovations as ways to keep costs at bay and make air travel affordable for everyone.”


For the record, AirAsia has twice removed its fuel surcharge in the past. It first introduced fuel surcharge in 2005 and abolished it in 2008, and later reintroduced it in 2011. 


In 2015 the jet fuel price was at its high of US$78 per barrel but AirAsia decided to immediately remove the fuel surcharge as soon as the price went down to around US$48 per barrel that year.

Korea Utara Lancar Ujian Kesembilan Peluru Berpandu Balistik Untuk 2022

    Sumber Foto: New York Times


GLOBAL | SEOUL: Korea Utara pada 5 Mac 2022/ Sabtu melepaskan sekurang-kurangnya satu 'projektil tidak dikenal pasti', dipercayai ujian senjata kesembilan negara bersenjata nuklear itu tahun 2022, kata tentera Korea Selatan.


"Korea Utara melepaskan projektil yang tidak dikenali dikenal pasti ke arah timur," kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan, tanpa mendedahkan butiran lanjut, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 5 Mac 2022/Sabtu.


Pyongyang melakukan tujuh ujian senjata yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada Januari lalu, termasuk peluru berpandu paling berkuasa sejak 2017, apabila pemimpinnya, Kim Jong Un mengumpan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ketika itu, Donald Trump dengan beberapa pelancaran provokatif.


Tahap diplomasi merosot sejak itu dan walaupun dikenakan sekatan antarabangsa, Pyongyang tetap menggandakan pembangunan ketenteraan.


Pada Januari 2022, Korea Utara mengancam untuk meninggalkan moratorium yang dikuatkuasakan sendiri untuk menguji senjata jarak jauh dan nuklear.


28 Februari 2022/ Isnin, Pyongyang berkata Korea Utara menjalankan ujian 'berkepentingan besar' ke arah membangunkan satelit peninjau, sehari selepas Seoul mengatakan pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik.


Sementara itu, penganalisis meramalkan secara meluas Pyongyang akan berusaha memanfaatkan 'kesibukan' AS terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine dengan melakukan lebih banyak ujian.


Ukraine yang muncul daripada Perang Dingin dengan stok senjata nuklear era Soviet yang cukup besar, menyerahkan senjatanya pada 1990-an.


Bulan lalu, Korea Utara menuduh AS menjadi punca krisis Ukraine menerusi satu kenyataan di laman web kementerian luarnya bahawa Washington mencampuri hal ehwal dalaman negara lain tetapi kemudian mengatakannya sebagai langkah-langkah pertahanan sah.


Ujian terbaharu Pyongyang datang pada masa yang sukar di rantau ini, ketika Korea Selatan bersiap sedia menghadapi pemilihan Presiden pada 9 MaC 2022/Rabu ini.


Seorang daripada dua pendahulu, bekas pendakwa raya Yoon Suk-yeol dari Parti Kuasa Rakyat, mengancam serangan awal ke atas negara jirannya jika ia diperlukan.


Di bawah pentadbiran Joe Biden, AS berulang kali mengisytiharkan kesediaannya untuk bertemu wakil Korea Utara namun tawaran itu ditolak Pyongyang.


Pada ketika ini, Korea Utara sedang bersiap sedia menyambut ulang tahun ke-110 kelahiran pengasas mendiang Kim Il Sung pada April dan yang menurut pakar Pyongyang boleh gunakan sebagai peluang untuk menjalankan ujian senjata utama. 

Pakar Bimbang Ancaman Serangan 'cyber Armageddon' Jejas Dunia

   Sumber Grafik: Smart Cities


GLOBAL | Pakar ketenteraan dan siber bimbang konflik Russia-Ukraine boleh membawa kepada tercetusnya serangan 'cyber Armageddon'.


Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 4 Mac 2022 melaporkan kesan serangan itu bukan sahaja mengakibatkan kesan besar kepada orang awam di Ukraine dan Russia ia, tetapi juga di seluruh dunia, melalui kesan 'spillover'.


Bagaimanapun senario yang lebih buruk setakat ini dapat dielakkan, kerana serangan lebih menjurus kesan dan skop geografinya.


Selain itu, syarikat keselamatan siber melihat serangan di Ukraine yang menggunakan virus pemusnah data baharu, yang kesan sebenarnya belum diketahui.


Di Russia, institusi laman web yang dibuat tidak boleh diakses dari luar negara, untuk melindungi mereka daripada serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang kerap menyebabkan mereka tidak boleh beroperasi. 


Sebelum ini ribuan pengguna internet seluruh Eropah mengalami gangguan perkhidmatan dengan sumber mengatakan ia kemungkinan serangan siber sejurus permulaan serangan Russia ke atas Ukraine.


Menurut Orange, hampir '9,000 pelanggan' perkhidmatan internet satelit yang disediakan oleh anak syarikatnya Nordnet di Perancis tidak mempunyai internet berikutan 'peristiwa siber' pada 24 Februari 2022 di Viasat, pengendali satelit Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pelanggannya.


Eutelsat, syarikat induk perkhidmatan internet satelit bigblu, juga mengesahkan kepada AFP pada 4 Mac 2022/Jumaat bahawa kira-kira satu pertiga daripada 40,000 pelanggan bigblu di Eropah, Jerman, Perancis, Hungary, Greece, Itali dan Poland terjejas berikutan gangguan terhadap Viasat.


Sementara itu di AS, Viasat pada Rabu mengatakan 'sebahagian rangkaiannya terganggu' bagi pelanggan di Ukraine dan tempat lain di Eropah yang bergantung pada satelit KA-SATnya.


Bagaimanapun, Viasat tidak memberikan butiran lanjut, hanya mengatakan bahawa 'polis dan rakan kongsi kerajaan' sudah dimaklumkan dan akan 'membantu' siasatan.


Ketua Pusat Arahan Angkasa Perancis, Michel Friedling, berkata telah berlaku serangan siber.


"Selama beberapa hari, sejurus selepas permulaan serangan, rangkaian satelit yang secara umum meliputi Eropah dan Ukraine, menjadi mangsa serangan siber, dengan puluhan ribu terminal tidak berfungsi serta-merta selepas serangan itu," katanya, sambil merujuk rangkaian awam, Viasat.


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...