Korea Utara Lancar Ujian Kesembilan Peluru Berpandu Balistik Untuk 2022

    Sumber Foto: New York Times


GLOBAL | SEOUL: Korea Utara pada 5 Mac 2022/ Sabtu melepaskan sekurang-kurangnya satu 'projektil tidak dikenal pasti', dipercayai ujian senjata kesembilan negara bersenjata nuklear itu tahun 2022, kata tentera Korea Selatan.


"Korea Utara melepaskan projektil yang tidak dikenali dikenal pasti ke arah timur," kata Ketua Turus Bersama Seoul dalam satu kenyataan, tanpa mendedahkan butiran lanjut, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 5 Mac 2022/Sabtu.


Pyongyang melakukan tujuh ujian senjata yang tidak pernah dilakukan sebelum ini pada Januari lalu, termasuk peluru berpandu paling berkuasa sejak 2017, apabila pemimpinnya, Kim Jong Un mengumpan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ketika itu, Donald Trump dengan beberapa pelancaran provokatif.


Tahap diplomasi merosot sejak itu dan walaupun dikenakan sekatan antarabangsa, Pyongyang tetap menggandakan pembangunan ketenteraan.


Pada Januari 2022, Korea Utara mengancam untuk meninggalkan moratorium yang dikuatkuasakan sendiri untuk menguji senjata jarak jauh dan nuklear.


28 Februari 2022/ Isnin, Pyongyang berkata Korea Utara menjalankan ujian 'berkepentingan besar' ke arah membangunkan satelit peninjau, sehari selepas Seoul mengatakan pihaknya mengesan pelancaran peluru berpandu balistik.


Sementara itu, penganalisis meramalkan secara meluas Pyongyang akan berusaha memanfaatkan 'kesibukan' AS terhadap pencerobohan Russia ke atas Ukraine dengan melakukan lebih banyak ujian.


Ukraine yang muncul daripada Perang Dingin dengan stok senjata nuklear era Soviet yang cukup besar, menyerahkan senjatanya pada 1990-an.


Bulan lalu, Korea Utara menuduh AS menjadi punca krisis Ukraine menerusi satu kenyataan di laman web kementerian luarnya bahawa Washington mencampuri hal ehwal dalaman negara lain tetapi kemudian mengatakannya sebagai langkah-langkah pertahanan sah.


Ujian terbaharu Pyongyang datang pada masa yang sukar di rantau ini, ketika Korea Selatan bersiap sedia menghadapi pemilihan Presiden pada 9 MaC 2022/Rabu ini.


Seorang daripada dua pendahulu, bekas pendakwa raya Yoon Suk-yeol dari Parti Kuasa Rakyat, mengancam serangan awal ke atas negara jirannya jika ia diperlukan.


Di bawah pentadbiran Joe Biden, AS berulang kali mengisytiharkan kesediaannya untuk bertemu wakil Korea Utara namun tawaran itu ditolak Pyongyang.


Pada ketika ini, Korea Utara sedang bersiap sedia menyambut ulang tahun ke-110 kelahiran pengasas mendiang Kim Il Sung pada April dan yang menurut pakar Pyongyang boleh gunakan sebagai peluang untuk menjalankan ujian senjata utama. 

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...