Ringgit Pada 7 September Jatuh Paras Terendah Sejak Krisis Kewangan Asia 1998

   Sumber Foto : I-Money


MATAWANG | Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 pada 7 September/ Rabu.


Agensi Berita BERNAMA pada 7 September 2022 melaporkan keadaan itu apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global yang tidak menentu.


Pada 9.01 pagi/ Rabu (7 September 2022), mata wang tempatan merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa/ 6 September 2022.


Peniaga ActivTrades berkata pasaran mengalami turun naik yang lebih ketara berbanding biasa baru-baru ini disebabkan ketegangan yang semakin memuncak antara Russia dan Barat, dengan keputusan Russia untuk memotong bekalan gas ke Eropah bagi tempoh yang tidak pasti.


"Sementara itu, data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Bukan Pembuatan ISM AS bagi Ogos mencatatkan bacaan yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan, dan in meningkatkan tekanan belian terhadap dolar AS yang telah sedia berada dalam aliran menaik sejak beberapa bulan lalu.


"Berlandaskan data yang menunjukkan inflasi tinggi dan pengangguran rendah di AS, ramai yang menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengekalkan trajektori meningkat semasa apabila membabitkan kadar faedah, dengan kenaikan seterusnya dijangka diputuskan pada mesyuarat akan datang," kata  Dyogenes Rodrigues Diniz,  dalam nota penyelidikan pada Rabu/7 September 2022.


Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.


Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1965/1987 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1451/1473 daripada 3.1741/1762.


Ringgit juga kukuh berbanding pound British kepada 5.1671/1700 daripada 5.2156/2191 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.4515/4540 daripada 4.4759/4788.


Ringgit Ditutup Pada Paras Paling Rendah Dalam 24 tahun


Ringgit ditutup pada paras terendah dalam 24 tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 7 September 2022 di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS yang mendorong pelabur beralih kepada dolar AS, menjatuhkan mata wang dunia lain, termasuk ringgit.


Pada 6.01 petang/ 7 September 2022, mata wang tempatan susut kepada 4.5020/5040 berbanding dolar AS 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa, lapor BERNAMA.


Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata satu lagi sebab yang mungkin membebankan ringgit ialah krisis tenaga di Eropah akibat perang Ukraine.


Ringgit dibuka pada 7 September 2022 pada paras terendah berbanding dolar AS sejak krisis kewangan Asia pada 1998, berikutan lebih ramai pelabur beralih ke aset selamat disebabkan prospek ekonomi global yang tidak menentu.


Mengulas mengenai mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 7 September dan 8 September, Ahmed Razman berpandangan BNM akan menaikkan lagi 25 mata asas kepada 2.5 peratus.


"Pada pendapat saya, BNM akan meningkatkan lagi 25 mata asas, jadi Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan menjadi 2.50 peratus untuk mengatasi kenaikan kadar inflasi iaitu 4.4 peratus pada bulan Julai."


Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.


Unit tempatan itu menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1990/2009 daripada 3.2021/2044 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound kepada 5.1723/1746 daripada 5.2156/2191, naik berbanding euro kepada 4.4615/4635 daripada 4.4759/4788 dan meningkat berbanding yen kepada 3.1238/1254 daripada 3.1741/1762 semalam.


Kesan negatif penurunan nilai mata wang ringgit


1) Barangan import lebih mahal


Barangan import yang dijual dalam Malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yang jatuh.


2) Harga barangan akan naik


Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai mata wang, cukai barangan dan perkhidmatan, harga minyak yang tinggi dan sebagainya.


3) Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang


Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai mata wang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.


4) Mahasiswa di luar negara terkesan


Kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan yang ketara kepada mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku mereka akan mengecil dan terbeban untuk membayar yuran pengajian.


5) Inflasi


Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan.


6) Penurunan harga minyak


Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai mata wang Malaysia juga mengalami penurunan. 



TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...