Kes Sulu : Keputusan Mahkamah The Hague Kemenangan Penting Buat Malaysia - PM



Kerajaan Malaysia mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague yang memihak kepada Malaysia dengan menolak untuk mengiktiraf Final Award yang dikeluarkan melalui proses timbang tara yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu yang merupakan Pihak yang Menuntut dalam kes Sulu ini.


Keputusan ini sekaligus menghalang apa-apa usaha oleh pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023.


Beliau berkata, Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, kerajaan adalah semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya Final Award yang tidak sah dan disalahgunakan oleh Pihak yang Menuntut yang berjumlah hampir USD15 bilion yang dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa dan sekaligus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah.


"Malaysia percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada hari ini, bersama-sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia Pihak yang Menuntut untuk menguatkuasakan Final Award di negara-negara lain.


"Sehingga kini, Kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk melindungi kedaulatan, keselamatan negara dan kepentingan negara. Kes Sulu ini membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warga negara Malaysia MADANI," katanya menerusi satu kenyataan media pada 27 Jun 2023.



Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang & Reformasi Institusi YB Dato' Sri Azalina Othman, Menteri Luar Negeri YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun dan semua Kementerian dan agensi berkaitan, termasuk peguam antarabangsa dan semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.


Tegasnya, Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha melalui apa-apa jua cara bagi menentang eksploitasi dan penyalahgunaan sistem timbang tara antarabangsa termasuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi mendapatkan kembali segala kos perundangan dari sumber kewangan negara yang terpaksa dibelanjakan dalam menangani tuntutan ini.


"Kerajaan Malaysia yakin bahawa ia dapat menegakkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia," katanya









Singapore Airlines, AirAsia Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia Skytrax 2023

   Sumber Foto : Singapore Airlines


PENERBANGAN | LONDON – Singapore Airlines dinamakan syarikat penerbangan terbaik Anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia Skytrax 2023 atau dikenali sebagai Oscars of Aviation, lapor portal berita MailOnline pada 19 Jun 2023.


Singapore Airlines berada di tangga teratas daripada 325 syarikat penerbangan dalam senarai Skytrax. 


Syarikat penerbangan Singapura itu merampas kedudukan tersebut daripada juara tahun lepas, Qatar Airways yang berada di tempat kedua selepas mencatat rekod menduduki tempat pertama selama tujuh tahun berturut-turut.


Berada di tempat ketiga pula ialah syarikat penerbangan Jepun, ANA All Nippon Airways.


Syarikat tambang murah Air Asia menduduki tempat ke-31, Scoot dari Singapura (33), Bangkok Airways (29), Garuda Indonesia (30), Malaysia Airlines (47), Thai Airways (40), Vietnam Airlines (44) dan Royal Brunei Airlines (66).


Bagaimanapun, AirAsia sekali lagi dinamakan sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia iaitu gelaran yang diperoleh pada setiap tahun sejak 2010.


Tempat kedua dalam ranking tambang murah ialah Scoot yang turut memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh terbaik dunia, manakala di tangga ketiga ialah syarikat penerbangan India, Indigo diikuti syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudi Flynas di tempat keempat.


Dalam pada itu, kedudukan British Airways merosot apabila menduduki tempat ke-18 di seluruh dunia berbanding tempat ke-11 pada tahun lepas dalam kategori syarikat penerbangan terbaik dunia.


Japan Airlines berada di tempat kelima di seluruh dunia dan mendominasi kategori kelas ekonomi bagi anugerah tersebut. Japan Airlines menerima anugerah untuk kelas ekonomi terbaik serta anugerah kerusi kelas ekonomi terbaik dunia.


Turkish Airlines berada di tempat keenam dunia dan menerima anugerah untuk syarikat penerbangan terbaik di Eropah.


Malah, ia diiktiraf kerana piawaian kateringnya yang sangat tinggi sekali gus merangkul kedua-dua anugerah iaitu katering kelas perniagaan terbaik dan katering kelas ekonomi terbaik.


Air France menduduki tempat ketujuh dalam ranking global itu dan merangkul anugerah istirahat syarikat penerbangan kelas pertama terbaik, ruang makan kelas pertama terbaik dan katering kelas pertama terbaik.


Tempat kelapan disandang oleh Cathay Pacific yang turut merangkul anugerah untuk hiburan dalam penerbangan terbaik dunia.


Menduduki tempat kesembilan ranking Skytrax ialah EVA Air yang memenangi anugerah kelas ekonomi premium terbaik dunia meliputi reka bentuk dan keselesaan ruang kabin yang diciptanya lebih 30 tahun lalu, manakala tangga kesepuluh pula milik Korean Air. 

TAWARAN GILA-GILA: AirAsia Tawar Tambang Mula RM14 Rai Menang Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 14 Tahun Berturut-Turut

  Sumber Grafik : AirAsia


Susulan kemenangan AirAsia kali ke-14 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 di Paris, Perancis pada 21 Jun 2023 yang diundi oleh berjuta-juta pengguna, syarikat penerbangan itu meraikannya dengan menawarkan tambang penerbangan bernilai terbaik sebagai tanda penghargaan kepada semua.


AirAsia dalam kenyataan media pada 22 Jun 2023 berkata syarikat itu bermula 22 Jun melancarkan tambang daripada RM14 termasuk semua* sehala ke pelbagai destinasi domestik popular termasuk Langkawi, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi; daripada RM64 termasuk semua* sehala ke Singapura, Kuching, Kota Kinabalu; dan daripada RM94 termasuk semua* sehala ke Bangkok, Bali, Krabi dan Bandar Ho Chi Minh. Para tetamu juga boleh terbang lebih jauh daripada RM294 termasuk semua* sehala ke Taipei, Seoul, Busan, Gold Coast, Osaka, Hangzhou dan lain-lain. 


Selain itu, pelanggan boleh menikmati diskaun 14 peratus untuk perkhidmatan Xtra Carry-On** untuk meningkatkan saiz bagasi kabin kepada 14kg. 


Katanya promosi itu tersedia mulai 22 hingga 25 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2023 dan 8 Oktober 2024 di airasia Superapp atau laman web.



BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH


AirAsia tawar tambang bermula RM14 sempena kemenangan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 14 tahun berturut-turut


SEPANG, 22 Jun 2023 - Susulan kemenangan AirAsia kali ke-14 berturut-turut sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 di Paris, Perancis semalam yang diundi oleh berjuta-juta pengguna, syarikat penerbangan itu meraikannya dengan menawarkan tambang penerbangan bernilai terbaik sebagai tanda penghargaan kepada semua.


AirAsia hari ini melancarkan tambang daripada RM14 termasuk semua* sehala ke pelbagai destinasi domestik popular termasuk Langkawi, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor Bahru dan banyak lagi; daripada RM64 termasuk semua* sehala ke Singapura, Kuching, Kota Kinabalu; dan daripada RM94 termasuk semua* sehala ke Bangkok, Bali, Krabi dan Bandar Ho Chi Minh. Para tetamu juga boleh terbang lebih jauh daripada RM294 termasuk semua* sehala ke Taipei, Seoul, Busan, Gold Coast, Osaka, Hangzhou dan lain-lain. 


Selain itu, nikmati diskaun 14% untuk perkhidmatan Xtra Carry-On** untuk meningkatkan saiz bagasi kabin kepada 14kg. Promosi ini tersedia mulai hari ini hingga 25 Jun 2023 untuk tempoh perjalanan antara 1 September 2023 dan 8 Oktober 2024 di airasia Superapp atau laman web.


Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik daripada Skytrax selama 14 tahun berturut-turut adalah detik yang membanggakan buat kami. 


Kami tidak dapat mencapai kemenangan yang luar biasa ini tanpa sokongan berterusan daripada 800 juta tetamu kami yang telah memilih untuk terbang bersama kami sehingga kini. Sebagai tanda terima kasih kepada semua, kami melancarkan jualan istimewa ini untuk menunjukkan sokongan kami kepada para tetamu, supaya mereka boleh terus terbang dengan tambang berpatutan yang merupakan teras syarikat ini.


“Syarikat penerbangan, produk, dan perkhidmatan kami akan sentiasa berkembang sejajar dengan permintaan pengguna. Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami akan terus peka dengan keperluan para tetamu untuk memastikan kami dapat memenuhi keperluan mereka pada nilai terbaik.”


Kini lebih daripada sebuah syarikat penerbangan, para tetamu AirAsia juga boleh mendapatkan tawaran perjalanan dan gaya hidup berpatutan di airasia Superapp yang menyediakan akses kepada perkhidmatan penerbangan, penginapan, penghantaran, makanan, perjalanan, e-panggilan, dan banyak lagi yang akan terus berkembang merentasi semua pasaran teras AirAsia. Muat turun airasia Superapp hari ini untuk terbang dengan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia dan mendapatkan pelbagai tawaran perjalanan lain.


*Tambang promosi termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.


**Saiz bagasi 14kg berdasarkan satu beg kabin dan satu beg kecil, sehingga 7kg setiap satu. Perkhidmatan ini mungkin terhad pada beberapa penerbangan sahaja berikutan mengikut berat dalam penerbangan dan peraturan keselamatan akan dikenakan.










AirAsia celebrates 14 years as World’s Best Low Cost Airline with fares on sale from just RM14 all-in* one way 



SEPANG, 22 June 2023 - Following AirAsia’s 14th consecutive win as the World’s Best Low-Cost Airline at the Skytrax World Airline Awards 2023 in Paris yesterday as voted by millions of consumers, the airline is celebrating by giving the gift of the best value travel deals back to them.  


AirAsia today launched fares from just RM14 all-in* one way to many of its most popular domestic destinations including Langkawi, Kuala Terengganu, Penang, Johor Bahru and more; from RM64 all-in* one-way to Singapore, Kuching, Kota Kinabalu; and from RM94 all-in*one way to Bangkok, Bali, Krabi, and Ho Chi Minh City. Guests can also fly further from RM294 all-in* one way to Taipei, Seoul, Busan, Gold Coast, Osaka, Hangzhou, Amritsar and others. 


Additionally, enjoy 14% discount on Xtra Carry-On** to upsize your cabin baggage to 14kg. The promotions are available from now until 25 June 2023 for the travel period between 1 September 2023 and 8 October 2024 on the airasia Superapp or website.


Karen Chan, Group Chief Commercial Officer of AirAsia said: "Receiving the Best Low Cost Carrier award from Skytrax 14 years in a row is a proud and humbling moment for all of us in Air Asia. We couldn’t achieve this remarkable win time and time again without the ongoing support of our 800 million guests and counting who have chosen to fly with us to date.  As a token of our gratitude to all of them, we are launching this special sale to show our support for the people,  enabling everyone to be able to fly, which has always been the lynch pin of our model. 


“Our airline and products and services will always evolve in line with consumer demand. As the people’s airline we will continue to listen to our guests to ensure we put in place the right offerings to best meet their needs - and always at the best value prices.”


Now as much more than just an airline, AirAsia guests can also avail of the many other affordable travel and lifestyle offerings on the airasia Superapp which are all dedicated to providing everyone with access to the best deals for flights, accommodation, delivery, food, ride hailing and more which will continue to expand across all of AirAsia’s core markets. Guests are urged to download the airasia Superapp to take advantage of the World’s Best Low Cost airline and other low cost travel deals. 


*The promotional all-in fares include airport tax, MAVCOM fee, fuel surcharge and other applicable fees. Terms and Conditions apply.


**A total of 14kg through one cabin bag and one small bag, up to 7kg each. This service may be limited on some flights due to inflight weight restrictions and security regulations will apply.

AirAsia Raih Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Kali Ke-14 Berturut


    Sumber Foto : AirAsia 


PENERBANGAN | AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 untuk kali ke-14 berturut-turut, sekali gus menjadikan syarikat penerbangan itu penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan.


Syarikat penerbangan itu juga muncul sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2023, seperti yang diundi oleh pengembara yang mengambil bahagian dalam tinjauan kepuasan penumpang syarikat penerbangan terbesar dari September 2022 hingga Mei 2023.


Lebih 100 warga negara (pelanggan) mengambil bahagian dalam tinjauan itu, dengan 20.23 juta penyertaan yang layak dikira dalam membuat keputusan.


Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 telah diadakan bersempena dengan Pameran Udara Paris (Paris Air Show) yang diadakan dari 19-25 Jun di Le Bourget Parc des Expositions di Paris.


BERIKUT ADALAH KENYATAAN MEDIA PENUH : 


Berjuta pelancong global mengundi AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia untuk kali ke-14 berturut-turut di Skytrax


PARIS, 21 Jun 2023 - AirAsia sekali lagi telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2023 (Skytrax) buat kali ke-14 berturut-turut.


Sebagai penanda aras global bagi kualiti dan kecemerlangan syarikat penerbangan, lebih daripada 325 syarikat penerbangan disaring hingga ke peringkat akhir, di mana AirAsia menjuarai kategorinya. 

Lebih 100 warganegara pengembara yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian ini, dengan kira-kira 20.23 juta penyertaan yang layak dikira dalam keputusan dari September 2022 hingga Mei 2023, sejajar dengan tempoh AirAsia meningkatkan rangkaiannya kembali ke lebih 130 destinasi.


Pengiktirafan yang luar biasa ini merupakan bukti kukuh kepada pemulihan syarikat penerbangan ini dan pertumbuhan berterusannya dari segi rangkaian dan penumpang, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam aspek inovasi dan menyediakan perkhidmatan terbaik walaupun menghadapi cabaran berikutan pandemik global. 


Hasilnya, AirAsia sekali lagi kekal sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik bagi para tetamu yang ingin mendapatkan lebih nilai dan pilihan berpatutan.


Semasa menerima anugerah tersebut pada majlis yang berlangsung di Paris Air Show 2023 di Perancis hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Kami amat berbangga dan berterima kasih atas anugerah bermakna yang diberikan kepada kami oleh penganjur Skytrax, para pengundi, dan penyokong setia AirAsia. 


Kami turut berasa rendah hati kerana dinobatkan dalam anugerah kecemerlangan ini selama 14 tahun berturut-turut yang merupakan satu pencapaian yang tidak terjangka. Ini merupakan pencapaian yang luar biasa bagi mana-mana syarikat dalam mana-mana industri, lebih-lebih lagi untuk sebuah jenama Asean.” 


Edward Plaisted, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax berkata: “AirAsia adalah salah sebuah jenama kegemaran para penumpang dalam tinjauan kami dan mereka terus meningkatkan kecemerlangan dari tahun ke tahun sejak kategori Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia diperkenalkan pada tahun 2010. 


Kami berharap pengiktirafan daripada para penumpang ini menjadi sumber kebanggaan untuk pihak pengurusan syarikat penerbangann AirAsia dan kakitangan mereka yang telah melalui tempoh yang sukar untuk kembali memulakan perkhidmatan selepas pandemik.”


Kini kira-kira 170 buah pesawat telah kembali beroperasi di seluruh kumpulan dan AirAsia menjangka semua 204 buah pesawat akan diaktifkan semula menjelang akhir bulan Ogos pada tahun ini. 


Selain mencapai 100% kapasiti pra-pandemik dalam beberapa bulan akan datang, syarikat penerbangan itu juga bakal mengembangkan sayapnya lebih jauh dengan 19 buah pesawat baharu yang akan diaktifkan pada tahun ini, termasuk empat buah pesawat jenis Frontier.


AirAsia juga telah memulakan semula tempahan pesawat jangka panjangnya yang akan menjadikan jumlah pesawat terbesar kumpulan itu sebanyak 362 buah pesawat, bermula pada tahun 2024. 


Menerusi perniagaan kargo dan logistiknya iaitu Teleport, syarikat penerbangan itu juga akan menerima pesawat pertama daripada tiga pesawat kargo jenis A321F pada bulan Julai ini, untuk meningkatkan jumlah dan kelajuan perkhidmatan penghantaran merentas sempadan di rantau ini.


AirAsia juga turut mengesahkan komitmennya untuk menawarkan pengalaman pelanggan terbaik dengan meningkatkan ciri-ciri kecerdasan buatan pada bot sembang AskBo di samping pelancaran teknologi pengecaman wajah biometrik, FACES yang dilancarkan bermula untuk laluan domestik, menjadikan pengalaman penerbangan lebih cekap dan lancar.


Tan Sri Tony Fernandes menambah: “Kakitangan kami sentiasa menjadi aset terbesar syarikat penerbangan ini dan kami teruja untuk mengesahkan bahawa semua 22,000 Allstars kami yang terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman penerbangan terbaik kepada berjuta-juta tetamu kami, sebelum, semasa dan selepas penerbangan kini telah kembali. 


Anugerah ini didedikasikan kepada Allstars dan semua 800 juta tetamu yang terus mengundi AirAsia. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanannya kami yang luar biasa.”

Glasier Himalaya kini cair 65 peratus lebih cepat



PERUBAHAN IKLIM | KATHMANDU, Nepal: Glasier Himalaya yang membekalkan air kepada dua bilion penduduk dunia didapati cair lebih cepat berbanding sebelum ini akibat perubahan iklim, menurut saintis.


Laporan Pusat Pembangunan Gunung Bersepadu Antarabangsa (ICIMOD) mendapati glasier hilang 65 peratus lebih cepat dari 2011 hingga 2020 berbanding dekad sebelumnya, lapor AFP pada 20 Jun 2023.


"Apabila semakin panas, ais akan cair. Itu yang dijangkakan. Tetapi apa yang tidak dijangka dan sangat membimbangkan ialah kecepatannya.


"Ia berlaku lebih cepat daripada yang kami sangka," kata pengarang utama laporan berkenaan, Philippus Wester.


Glasier di rantau Hindu Kush Himalaya (HKH) adalah sumber air penting untuk kira-kira 240 juta orang di kawasan pergunungan.


Selain itu, sumber itu juga dimanfaatkan 1.65 bilion orang yang tinggal di lembah sungai.


Berdasarkan trajektori pelepasan semasa, dapatan ICIMOD mendapati glasier boleh kehilangan sehingga 80 peratus daripada jumlah semasanya, menjelang akhir abad ini.


ICIMOD sebuah pertubuhan yang berpangkalan di Nepal yang dianggotai negara seperti Afghanistan, Bangladesh, Bhutan, China, India, Myanmar dan Pakistan.


Glasier menjadi sumber kepada 10 sistem sungai terpenting di dunia, termasuk Gangga, Indus, Kuning, Mekong dan Irrawadday.


Ia secara langsung atau tidak langsung membekalkan berbilion-bilion orang dengan makanan, tenaga, udara bersih dan pendapatan.


"Dengan dua bilion orang di Asia bergantung kepada air yang dihasilkan glasier dan salji di sini, kehilangan kriosfera (zon beku) ini, ia adalah terlalu mendalam untuk direnungkan," kata Timbalan Ketua ICIMOD, Izabella Koziell.

El Nino Tiba, Cetus Kebimbangan Dunia Cuaca, Suhu Melampau - Saintis NOAA

    Sumber Foto : Daily Sabah


Fenomena iklim El Nino yang telah tiba meningkatkan kebimbangan terhadap cuaca dan suhu melampau, kata saintis di Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS).


"Bergantung pada kekuatannya, El Nino boleh menyebabkan pelbagai kesan, seperti meningkatkan risiko hujan lebat dan kemarau di lokasi tertentu di seluruh dunia," kata saintis iklim NOAA, Michelle L'Heureux.


"Perubahan iklim boleh memburukkan atau mengurangkan kesan tertentu berkaitan El Nino. Sebagai contoh, El Nino boleh membawa kepada rekod baharu bagi suhu, terutamanya di kawasan yang sudah mengalami suhu melebihi purata semasa El Nino," tambahnya, lapor Agensi Berita Antarabangsa AFP pada 9 Jun 2023.


Australia minggu ini memberi amaran El Nino akan memberikan hari yang lebih panas dan kering kepada negara yang terdedah kepada kebakaran belukar yang serius, manakala Jepun berkata El Nino yang sedang berlaku sebahagiannya bertanggungjawab terhadap musim panas di negara itu.


Kebanyakan tahun paling panas dalam rekod berlaku ketika El Nino, dan saintis bimbang musim panas ini dan seterusnya akan menyaksikan rekod suhu di darat dan di laut.


Mariana Paoli dari agensi bantuan Christian Aid berkata: "Orang miskin sudah terdesak ke ambang kemarau, banjir dan ribut yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan kini mereka akan menghadapi suhu terlampau kesan El Nino.


"Mereka ini yang paling teruk terjejas oleh perubahan iklim tetapi telah melakukan yang paling sedikit untuk menyebabkannya."


Pengaruh fenomena itu terhadap Amerika Syarikat adalah lemah ketika musim panas tetapi lebih ketara bermula dari lewat musim luruh hingga musim bunga, kata NOAA dalam kenyataannya.


Menjelang musim sejuk, dianggarkan terdapat 84 peratus peluang El Nino yang "lebih besar daripada sederhana" berkembang, dan 56 peratus kemungkinan El Nino yang kuat.


Kebiasaannya ia akan menyebabkan keadaan lebih lembap daripada purata di beberapa bahagian negara, dari selatan California ke Pantai Teluk, tetapi lebih kering daripada keadaan purata di Barat Laut Pasifik dan Lembah Ohio.


Ia juga meningkatkan peluang untuk suhu yang lebih panas daripada purata di bahagian utara negara.


Keadaan El Nino yang berkembang diambil kira dalam ramalan taufan NOAA bulan lalu.


Ia mempunyai kesan menghimpit terhadap aktiviti taufan di Atlantik, tetapi biasanya meningkatkan aktiviti taufan di Pasifik tengah dan timur.


El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud 'anak lelaki', ia adalah fasa hangat El Nino-Southern Oscillation (ENSO).


La Nina pula bermaksud 'anak perempuan', lebih sejuk, yang mana mana suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik berhampiran khatulistiwa adalah lebih rendah daripada biasa. 

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...