Solat Jemaah Kapasiti Penuh di Masjidilharam, Masjid Nabawi Bermula 17 Oktober

    Suasana di Masjidil Haram pada 15 Oktober 2021. Foto Sumber: Facebook Haramain Sharifain


Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidilharam, Makkah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula 17 Oktober 2021/Ahad/.

Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaru yang diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi, pada 15 Oktober 2021/Jumaat.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi, memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

"Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya, selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna", katanya.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki semua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup muka.

Menurut kementerian itu lagi, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing. 


Haramain Sharifain Restored To 100% Capacity From Sunday

MAKKAH: The Ministry of Interior on Friday announced the return of full capacity in the Haramain Sharifain from Sunday, 11 Rabi Al Awwal 1443 corresponding to 17 October 2021.

According to the initial issued protocols,

-Masjid Al Haram and Masjid Al Nabawi will be restored to full capacity

-Access to the Haramain Sharifain will be limited to completely vaccinated individuals aged 12 years and above

-Mandatory to use Masks inside Masjid Al Haram and Masjid Al Nabawi at all times

-Mandatory to obtain permits for Salat, Umrah, Salah in Rawdah and Ziyarah from the Tawakalana or Eatmarna Applications

TERKINI

Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...