Ukraine Dakwa Tembak Jatuh 5 Pesawat, 1 Helikopter Russia



    Tangkap layar laporan berita Al-Jazeera pada 24 Februari 2022.  Sumber Foto: OhDunia!


KYIV: Tentera Ukraine mendakwa sudah menembak jatuh lima pesawat dan sebuah helikopter tentera Russia di wilayah Lushank, lapor AGENSI pada 24 Februari 2022.


Sementara itu, pengawal; sempadan Ukraine melaporkan tentera Russia kini meningkatkan serangan di kawasan sempadan negara itu dan Belarus dengan Ukraine.


Ukraine dihujani tembakan artileri dan kemaraan tentera mengikut jalan darat di sepanjang sempadan utara dan selatan, dengan pasukan tentera Ukraine membalas tembakan.


Menurut pengawal sempadan lagi, pasukan tentera Russia kini disokong Belarus dan serangan dilancarkan dari Crimea, wilayah semenanjung yang dikuasai Russian di selatan Ukraine.


"Serangan terhadap unit di sempadan, pos kawalan sempadan, dan pusat pemeriksaan dilakukan menggunakan artileri dan senjata kecil.


"Pihak musuh juga dikesan cuba mensabotaj dan menghantar pasukan pemantau bagi melakukan intipan," kata pengawal sempadan.


Kementerian Luar Ukraine pula mengeluarkan kenyataan bahawa pekan Shchastya, yang sebelum ini dikuasai kerajaan, kini jatuh ke tangan puak pemisah yang menguasai kawasan persempadanan di timur.


Sementara itu di Brussels, Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, mengecam serangan melulu tanpa provokasi oleh Russia ke atas Ukraine berikutan banyak nyawa berada dalam bahaya.


"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan melulu dan tanpa provokasi Rusia ke atas Ukraine yang membahayakan nyawa orang awam yang tidak terkira banyaknya.


"Sekutu NATO akan bertemu untuk menangani akibat daripada tindakan agresif Rusia dan kami berdiri bersama rakyat Ukraine.


"NATO akan melakukan segala yang diperlukan untuk melindungi dan mempertahankan semua sekutu," katanya. 

Sumber : AGENSI/ 24 FEB 202


TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...