Habibie dan Erbakan, 2 jurutera menggegar politik dunia



Prof Dr. Bacharudin Jusuf Habibie atau Pak BJ Habibie ialah seorang jurutera, pencipta dan pembina pesawat terbang. Beliau ialah anak Indonesia pertama yang mencipta pesawat terbang buatan sendiri yang dinamakan Gatotkoco N250.

Manakala Prof Dr. Necmettin Erbakan atau Erbakan pula ialah seorang jurutera pembina kereta kebal.

Al-Marhum Prof Dr. Necmettin Erbakan beroleh ijazah kejuruteraan mekanikal pada tahun 1948 di Turki dan menamatkan Ph.D dibidang kejuruteraan enjin di University of Ukhon, Germany pada tahun 1956. 



Beliau pernah menjadi ketua jurutera-jurutera penyelidik di kilang enjin Clovez. Di situ beliau berjaya mereka cipta kereta kebal yang boleh bergerak dengan menggunakan apa sahaja jenis bahanapi.

Beliau juga mengasaskan kilang engin diesel bersama dengan 300 orang kenalannya. Kilang tersebut masih beroperasi hingga ke hari ini dan mengeluarkan kira-kira 30,000 engin diesel setiap tahun. 

Dalam satu projek yang lain beliau bersama dengan 22 orang jurutera kenalannya berjaya membuat kereta nasional pertama bagi Turki.

Kedua-dua jurutera ini bukan sahaja genius dalam bidang kejuruteraan, malah amat pintar dalam urusan pentadbiran negara, apabila pulang ke negara masing-masing, Pak Habibie dilantik menjadi Menteri Teknologi Indonesia (1978-1998), seterusnya Wakil (Timbalan) Presiden Indonesia (1998) dan kemuncaknya sebagai Presiden Indonesia (1998-1999).

Manakala Erbakan pula, pulang ke Turki lalu mengasaskan jemaah Millî Görüs yang merupakan tunjang kepada parti-parti; Millî Nizam Partisi, Millî Selamet Partisi, Refah Partisi, Fazilet Partisi, Saadet Partisi. Kemudian menjawat sebagai Timb. Perdana Menteri Turki (1977-78) dan Perdana Menteri Republik Turki (1996-1997).

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...