Zeti Dilantik Pengerusi Kumpulan PNB Baharu



DUNIA BISNES & PELABURAN: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.

Perlantikan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu berikutan persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) berkuat kuasa 30 Jun 2018.

Lembaga Pengarah PNB juga mengumumkan bahawa Datuk Dr Awang Adek Hussin akan bersara sebagai Pengarah PNB dan Pengerusi PNB Research Institute Sdn Bhd berkuat kuasa 30 Jun.

Sementara itu, YPB juga mengumumkan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) telah memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan Pengerusi YPB berkuat kuasa 28 Jun.

Lanjutan pelantikan itu, komposisi Lembaga Pemegang Amanah YPB juga diubah untuk merangkumi Menteri Hal Ehwal Ekonomi , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, (juga dilantik sebagai Pengerusi Alternatif YPB), Zeti dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PNB, Lembaga Pengarah YPB dan PNB mengalu-alukan pelantikan Zeti yang juga anggota Majlis Penasihat Kerajaan itu dan yakin dengan pengalaman yang meluas, beliau akan terus memberikan kepimpinan yang kukuh kepada Kumpulan PNB dalam mencapai mandat asasnya untuk memperkasakan kekayaan korporat demi manfaat rakyat Malaysia.

Lembaga Pengarah PNB juga mengucapkan terima kasih kepada Abdul Wahid atas sumbangan yang tidak ternilai dan khidmat penuh dedikasi sebagai Pengerusi Kumpulan PNB.

PNB menghargai kepimpinan Abdul Wahid dan bimbingan yang diberikannya kepada Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan PNB serta syarikat pelaburannya sejak pelantikan beliau pada Ogos 2016.

Semasa di PNB, Abdul Wahid telah mengukir pelan hala tuju untuk PNB demi mencapai tiga amanah mandat yang komprehensif; menghasilkan pulangan yang mampan dan lebih baik untuk portfolio PNB, meningkatkan kekayaan dan penyertaan ekonomi Bumiputera, dan menyalurkan sebahagian daripada keuntungan PNB kepada inisiatif-inisiatif yang menyampaikan impak sosial kepada masyarakat.

Lembaga Pengarah juga mengucapkan terima kasih kepada Awang Adek atas segala sumbangan selama tempoh perkhidmatan beliau bersama Kumpulan PNB.

PNB adalah syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan kini mencapai RM280 bilion.

Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dah hartanah.

SUMBER: BH ONLINE

PENDEDAHAN: Jenis Penumpang Bakal Diusir Dari Pesawat

Foto SumberThe Herald Ghana


INFO TRAVEL & PENERBANGAN: Merasai perjalanan menggunakan pesawat terbang dalam keadaan selesa, aman dan ceria adalah idaman setiap pengguna.

Namun dalam keadaan tertentu kita akan merasa sedikit terganggu jika ada penumpang yang bersama-sama dalam penerbangan menimbulkan rasa tidak selesa dan mengganggu keselesaan.

Dalam sesuatu penerbangan, kru kabin mempunyai banyak tanggungjawab bagi memastikan perjalanan aman dan selamat.

Namun, berdepan dengan pelbagai jenis manusia yang dihimpunkan dalam satu ruang sempit pesawat kadang-kala boleh menimbulkan masalah.

Dengan tahap keselamatan maksimum, pembantu penerbangan mematuhi polisi dengan sebaiknya bagi memastikan kesejahteraan semua penumpang.

Jika ada penumpang yang buat hal, mereka pastinya akan dikenakan tindakan usir dari pesawat.

Bercakap kepada Business Insider, seorang pembantu penerbangan, Anette Long menjelaskan mereka hanya mahu bertugas tanpa sebarang gangguan.

"Semua orang termasuklah juruterbang, kru dan penumpang mahu tiba ke destinasi dengan selamat.

"Jika ada yang bertindak agresif terhadap kami tidak kira secara lisan atau perbuatan, pihak kami memang tidak boleh bertoleransi.

Foto Sumber: Dreamstime.com

"Ini semua membabitkan keselamatan semua penumpang dalam pesawat, mereka pastinya akan diusir," ujar Anette.

Jelasnya, mencarut terhadap kru penerbangan juga dikira sebagai kesalahan yang membawa kepada tindakan dihalau dari pesawat.

Malah, penumpang yang mabuk juga berdepan dengan tindakan sama.

Ini kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan dan memberi risiko terhadap penerbangan dan penumpang lain.

"Bukan itu sahaja, jika ada yang melanggar arahan asas seperti pemakaian tali pinggang keledar pun boleh dikenakan tindakan."

Namun, ini tidak bermakna kru penerbangan yang membuat keputusan untuk mengusir seseorang keluar dari pesawat.

Semua keputusan pengusiran akan diputuskan oleh juruterbang.

"Sudah pasti bukan saya yang membuat keputusan. Jika berlaku kes seperti yang disebutkan, saya akan memaklumkan kepada juruterbang sebelum tindakan lanjut darinya," kata Anette. 

SUMBER: 

1. ExpressUK
2. Mstar Online

Gunung Berapi Agung Meletus: Ribuan Penumpang Terkandas di Bali

Foto Sumber: KOSMO!


DENPASAR 29 JUN: Ribuan penumpang terkandas di Bali selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai ditutup sejak awal pagi tadi, berikutan letupan gunung berapi Agung yang mengakibatkan asap dan debu mula menyelubungi ruang udaranya.

Penutupan lapangan terbang itu juga memaksa hampir 450 penerbangan keluar dan masuk dari destinasi pelanconga itu dibatalkan, termasuk membabitkan syarikat penerbangan AirAsia.

Lapangan terbang itu ditutup selepas juruterbang pesawat mengesan kesan abu gunung berapi pada ketinggian 7,000 meter.

Menurut pihak berkuasa, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, iaitu pintu masuk utama ke Bali ditutup sehingga malam ini dan memaklumkan dua lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik turut ditutup.

Gunung berapi Agung terletak kira-kira 75 kilometer dari pusat pelancong Bali, iaitu Kuta.

Kira-kira 1,600 terbunuh ketika ia meletus kali terakhir pada 1963. 

SUMBER: AFP

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...