Huawei P20 & Huawei P20 Pro Akhirnya Muncul Di Malaysia

Foto Sumber: SOYA CINCAU

GAJET: Akhirnya penantian pengguna dan pengemar telefon pintar jenis Huawei berakhir apabila harganya diumumkan di Malaysia pada 3 APRIL.

Selepas berbulan-bulan pendedahan sedikit demi sedikit gambaran dan ciri telefon itu dilaporkan portal gajet antarabangsa akhirnya ia diumumkan Huawei Malaysia.

Huawei Malaysia pada 3 April melancarkan telefon pintar terbaru mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan jenis Huawei P20 dan juga Huawei P20 Pro. 

Lebih mengujakan kepada pengguna dan peminat telefon Huawei adalah kedua-dua peranti itu boleh dibeli pengguna tempatan bermula daripada 6 April 2018 ini.

Keunikan dan kelebihan telefon pintar ini hadir dengan ciri rakaman gambar pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam menambah-baik hasil rakaman.

KELEBIHAN HUAWEI P20

Huawei P20 hadir dengan skrin 5.8-inci RGBW LCD dengan skrin bertakuk, dijana menggunakan cip Kirin 970, memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3400mAh. 

Huawei P20 turut menggunakan dwi-kamera belakang Leica, selain kamera hadapan 24-megapixel.

Di Malaysia, Huawei P20 akan ditawarkan pada harga RM2599.


KELEBIHAN HUAWEI P20 Pro

Huawei P20 Pro pula menawarkan spesifikasi yang sedikit tinggi dengan sokongan kamera yang lebih baik. Ia hadir dengan skrin 6.1-inci OLED dengan rekaan bertakuk, cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. 

Huawei P20 Pro menggunakan tri-kamera belakang yang mengabungkan lensa 40-megapixel, 20-megapixel monokrom dan juga 8-megapixel telefoto. Ia turut menyertakan sokongan kalis air IP67.

Huawei P20 Pro pula ditawarkan pada harga RM3299.

APA YANG MENARIK KEDUA-DUA PERANTI?

Kedua-dua telefon pintar ini turut hadir dengan ciri rakaman gambar pada keadaan cahaya malap yang sangat baik, selain penggunaan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam menambah-baik hasil rakaman.

Kedua-dua variasi peranti yang ditawarkan untuk pasaran tempatan hadir dengan storan 128GB. Berbeza dengan telefon pintar Huawei sebelum ini, siri P20 tidak hadir dengan sokongan mikro-SD untuk penambahan saiz storan.


SUMBER
1. AMANZ

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...