AirAsia X Tawar Harga Promosi 'Gila-Gila' Bermula RM288

Photo by: Secret Flying


TRAVEL / PENERBANGAN: Harga untuk dua orang bermula RM288 sehala!. WOW. Tawaran memang menakjubkan untuk percutian ke lapan destinasi pelancongan terkenal dunia.

AirAsia X menawarkan tambang dua orang ke Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido dan Hawaii daripada RM288 sehala, termasuk cukai, yang boleh ditempah mulai 12 Februari sehingga 18 Februari 2018.

Dalam tempoh ini, tambang promosi dua orang bagi tempahan yang sama ke Bali (hanya kod penerangan AK dan D7) adalah serendah RM288 sehala, Jaipur (RM388), Jeju (RM588), Taipei (RM638), Seoul (RM727), Osaka (RM868), Hokkaido (RM888) dan Hawaii (RM1,988).

Dalam kenyataannya hari ini, syarikat penerbangan itu berkata tempahan boleh dibuat menerusi airasia.com bagi perjalanan serta-merta hingga 31 Julai 2018.

Ketua Komersial AirAsia X, Barry Klipp berkata tambang serendah RM288 untuk dua orang itu serta potongan tambahan 50 peratus 'Pilih Tempat Duduk' itu adalah promosi terbaik setakat ini, dan sesuai sebagai gerbang romantik atau untuk berbulan madu kali kedua.

"Kami pilih beberapa laluan paling popular untuk promosi sempena tempoh perjalanan kemuncak Hari Valentine dan Tahun Baru Cina untuk mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang atas sokongan mereka," katanya.

Kumpulan 500 ahli kesetiaan BIG yang pertama menebus penerbangan untuk dua orang atau lebih menggunakan 'BIG Loyalty App' berpeluang menerima rebat sehingga 1,000 mata BIG.

Portal bebas cukai dalam talian syarikat penerbangan itu, ROKKIshop.com, juga menawarkan diskaun sehingga 83 peratus ke atas produk bebas cukai seperti wangian, barang kemas, jam dan banyak lagi. 

Sebelum ini AIRASIA menawarkan harga semurah 7 sen bagi penerbangan satu hala dari Jaipur, India ke Kuala Lumpur. 

Itu tawaran luar biasa AirAsia X kepada orang ramai sempena pelancaran operasi penerbangan terus AirAsia X ke kota India itu pada 4 Februari lalu.

Tambang semurah India Rupee 1 itu (7 sen) itu adalah hadiah istimewa kepada orang ramai yang berminat untuk melancong ke Jaipur membabitkan tawaran 1,000 tempat duduk sahaja.

Perkhidmatan tambang murah jarak jauh ditawarkan AirAsia X ini bukan hanya mampu melonjakkan industri pelancongan kedua-dua negara malah mengembangkan peluang perniagaan berikutan Jaipur terkenal dengan penghasilan tekstil,barang kemas dan hasil kraftangan.

Penerbangan terus dari KLIA2 ke Jaipur dilakukan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. 

Laluan baru ini menyusul selepas kejayaan pelancaran laluan Bangkok-Jaipur pada September lalu yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah jarak dekat bersekutunya, AirAsia Thailand.

SUMBER: BERNAMA

APA YANG MENARIK DI PULAU JEJU?

Photo by: CNN NEWS

PULAU Jeju yang dinamakan semula kepada Wilayah Istimewa Khas Jeju memiliki pelbagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim.

MSTAR ONLINE melaporkan antara lima restoran mesra-Muslim yang terdapat di Pulau Jeju adalah:

1. Indian Kitchen (Bagdad House) di Aewon-ro

Rekaan dalaman di restoran ini yang cukup menawan menjadikan ia salah satu destinasi wajib dikunjungi jika anda melancong ke Pulau Jeju, selain menu yang disediakan chef yang berasal dari Nepal ini begitu menyelerakan.

2. Bada Janchi di Tapdong-ro

Restoran ini menawarkan hidangan istimewa makanan laut terutamanya ikan. Ia hanya menggunakan bahan buatan Korea untuk memastikan makanan yang disajikan adalah segar.

3. Mulmegaol di Beondaedong-gil

Ia menyediakan makanan vegetarian dengan herba ubatan dan teh tradisional yang memberikan rasa tradisi hidangan Korea.

4. Rajmahal di Singwang-ro

Rajmahal adalah sebuah restoran India yang terletak di Persimpangan Jewon dan dinamakan sempena ibu kota Orissa dan istana India kuno.

Hidangan popular pada menu termasuk kari, nan dan ayam tandoori.

5. Daewonga di Donam-ro

Menawarkan menu signatur sup abalon dan pelbagai hidangan laut lain bagi memenuhi permintaan pelancong yang mahukan hidangan laut premium yang mesra-Muslim.


================================================================
AirAsia X is offering two-to-go fares to Bali, Jaipur, Jeju, Taipei, Seoul, Osaka, Hokkaido and Hawaii from RM288 one-way, including taxes, and available for booking from 12 February until February 18, 2018.

In a statement today, the airline said bookings can be made via airasia.com for travel immediately until July 31, 2018.


AirAsia X Head of Commercial, Barry Klipp, said the all-in-fares from as low as RM288 for two guests and an additional 50 per cent off “Pick A Seat”,  is definitely one of the best promotions yet,  and perfect for a romantic getaway or second honeymoon.


“We handpicked some of our most popular routes for promotion during this Valentine's Day and Chinese New Year peak travel period to thank all our guests for their support,” he said.


During the promotion period, the all-in promotional fares for two guests of the same booking to Bali (only flight code AK and D7) are from as low as RM288 one-way, Jaipur (RM388), Jeju (RM588), Taipei (RM638), Seoul (RM727), Osaka (RM868), Hokkaido (RM888) and Hawaii (RM1,988).


The first 500 BIG loyalty members who redeem flights for two and above using the BIG Loyalty App will stand a chance to receive a rebate of up to 1,000 BIG points.


The airline’s online duty free portal ROKKIshop.com is also offering discounts of up to 83 per cent on duty free products from frangrances, jewelleries, watches and more. 


BERNAMA/MSTAR ONLINE



Popular posts from this blog

Singapore Airlines Henti Hidang Kacang Tanah

Tawaran 'Gila-Gila': Malaysia Airlines Tawar Potongan Harga Sehingga 40%