Foto Sumber: DAILY MAIL |
INFO TRAVEL: Pernahkan anda melihat cahaya biru muncul di gunung berapi. Suasana demikian pasti membuatkan kita teruja dan mahu menyaksikan apakah ia benar atau sekadar fantasi imaginasi.
Tetapi sebenarnya ia benar-benar wujud. Gunung berapi Kawah Ijen di wilayah Banyuwangi, Jawa Timur yang turut yang dikenali sebagai ‘gunung berapi biru’ menjadi tumpuan pelancong apabila memancarkan cahaya berwarna biru dari dalam gunung berkenaan.
Gambar-gambar yang disiarkan portal Daily Mail menunjukkan gunung tersebut memancarkan cahaya biru sehingga 4.8 meter tinggi ke udara dalam pelbagai bentuk.
Menurut pakar, cahaya biru itu bukan daripada lahar gunung berapi yang mempunyai warna sama seperti gunung berapi lain namun cahaya itu adalah daripada gas yang dikeluarkan oleh gunung terbabit.
Kawah Ijen mengandungi gas sulfur yang tinggi dan apabila terdedah kepada oksigen di udara serta bertembung dengan lahar akan memancarkan cahaya biru.
Gunung tersebut menyimpan gas sulfur yang tertinggi di dunia.
Foto Sumber: DAILY MAIL |
Tidak seperti gunung berapi biasa yang dilihat menghamburkan lahar berwarna merah pada siang hari, cahaya biru Kawah Ijen hanya boleh dilihat pada waktu malam.
Gambar-gambar menarik yang disiarkan oleh portal tersebut telah diambil oleh Donny Nugraha Pratama, 32, dari Tangerang, Indonesia.
Foto Sumber: DAILY MAIL |
SUMBER: DAILY MAIL & UTUSAN ONLINE