Rishi Sunak Sebagai Perdana Menteri Britain: Apa Yang Anda Perlu Tahu

   Sumber Foto : CNBC


GLOBAL | LONDON : Rishi Sunak bakal menjadi Perdana Menteri Britain pertama membabitkan pemimpin dari luar selepas beliau memenangi persaingan untuk memimpin Parti Konservatif.


Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diketahui menurut laporan REUTERS pada 25 Oktober 2022.


Berapa usia Rishi Sunak dan apakah latar belakangnya?


Dilahirkan pada 12 Mei 1980, Sunak kini berusia 42 tahun.


Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2015 mewakili kawasan Richmond dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara kepada Perbendaharaan dan Canselor Perbendaharaan ketika Boris Johnson menjadi Perdana Menteri.



Sebagai Canselor semasa pandemik COVID-19, antara pencapaian beliau yang paling diiktiraf ialah skim cuti dan program 'Eat Out To Help Out'.


Selepas tamat pengajian, Sunak bekerja di bank pelaburan Goldman Sachs sebelum berpindah ke pengurusan dana lindung nilai dan menjadi rakan kongsi dalam Pengurusan Dana Pelaburan Kanak-kanak.


Ketika berusia 29 tahun, beliau membantu dalam menubuhkan firma pelaburan swasta, Theleme Partners sebelum bekerja dengan bapa mertuanya, yang juga jutawan N R Narayana Murthy, sebagai Pengarah Catamaran Ventures.


Di manakah Rishi Sunak berasal dan di mana beliau menetap?


Sunak berasal dari Southampton tetapi mempunyai beberapa rumah termasuk di Kensington, Yorkshire Utara, Santa Monica, California, dan sebuah flat di tengah London.


Siapa ibu bapa Sunak?


Ibu bapanya beragama Hindu dan berketurunan Punjabi, bapa Rishi ialah Yashvir dan ibunya ialah Usha.


Yashvir dilahirkan dan dibesarkan di Kenya dan bekerja sebagai doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), manakala ibunya dilahirkan di Tanzania dan bekerja sebagai ahli farmasi selain turut menguruskan farmasi .


Sunak adalah anak sulung daripada tiga beradik.



Siapakah isteri dan anak Rishi Sunak?


Sunak berkahwin dengan Akshata Murthy, pada 2009 di mana majlis perkahwinan mereka diadakan di Bangalore selama dua hari.


Isterinya menguruskan label fesyennya sendiri, Akshata Designs, dan juga pengarah firma modal usaha niaga yang diasaskan bapanya.


Akshata ialah anak kepada jutawan N.R. Narayana Murty, iaitu pengasas bersama syarikat teknologi maklumat (IT), Infosys.


Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Krishna dan Anoushka.


Apakah dasar Sunak dan apa yang disokongnya?


Ketika Sunak bertanding bagi merebut jawatan Perdana Menteri dengan Liz Truss berikutan pengunduran Boris Johnson, beliau memfokuskan terhadap imigresen dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sebagai keutamaan agendanya. Namun kini Sunak mempunyai lebih banyak krisis kewangan di tangannya.


Beliau komited dengan skim Rwanda UK dan memberi bayangan untuk melaksanakan skim itu di negara lain.


Sunak juga memperjuangkan berhubung penghijrahan dengan dasar luar di mana negara yang bekerjasama dengan UK bagi membenarkan migran pulang akan diberi ganjaran dengan bantuan, perdagangan dan visa.


POLITIK


Sunak perlu menangani pelbagai krisis ekonomi dan politik sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran.


Beliau ditugaskan untuk memimpin negara yang berdepan cabaran kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan jutaan rakyatnya menjadi lebih miskin.


Sunak menggantikan Liz Truss yang berundur selepas hanya enam minggu memegang jawatan Perdana Menteri berikutan pelan ekonominya menggugat pasaran kewangan dan menaikkan kos sara hidup pengundi.


Selepas dipilih sebagai Perdana Menteri, Sunak memberitahu negara itu menghadapi 'cabaran ekonomi yang mendalam' berkata "Kita kini memerlukan kestabilan dan perpaduan, dan keutamaan saya adalah untuk membawa parti dan negara kita bersama," katanya.


Sunak, seorang daripada ahli politik terkaya di Westminster, dijadual dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Raja Charles.


Bekas penganalisis Goldman Sachs itu akan menjadi Perdana Menteri pertama Britain yang berasal dari India.


Pilihan raya di seluruh negara tidak perlu diadakan untuk dua tahun lagi, tetapi menurut parti pembangkang pengundi kini harus diberikan peluang bersuara. Parti Buruh mengetuai kerajaan dengan memperoleh lebih daripada 30 mata dalam beberapa tinjauan pendapat.


REAKSI


Ramai masyarakat India gembira dengan kejayaan Sunak iaitu seorang Hindu, ke jawatan tertinggi Britain.


Perdana Menteri India Narendra Modi menggelarnya sebagai penghubung antara kedua-dua negara. "Ucapan istimewa Deepavali ditujukan buat penghubung antara India dan UK, di mana hubungan sejarah dua negara ini boleh ditranformasukan kepada rakan kongsi moden," katanya.


Ramai warga Britain mempunyai susur galur dari Asia menjunjung tinggi Sunak sebagai tonggak budaya.


PASARAN


Harga bon kerajaan Britain meningkat dengan mendadak selepas Sunak menang dalam persaingan untuk menggantikan Truss, menghapuskan sekurang-kurangnya satu punca ketidakpastian bagi pelabur bon.


Hasil bon kerajaan Britain selama sepuluh tahun jatuh ke paras terendah sejak 'bajet mini' bekas menteri kewangan Kwasi Kwarteng pada 23 September.


Sterling menyokong berita kemenangan Sunak.


Jangkaan bagi terma jangka sederhana bagaimanapun masih kurang jelas. "Oleh kerana pasaran masih berada dalam fasa 'ketakutan', mereka mahu melihat beberapa tindakan yang jelas dan tegas, mungkin lebih daripada yang mereka perlukan (jika) kita tidak mengalami semua kekalutan ini sejak beberapa minggu lepas," kata Pengarah Institut Kajian Fiskal, Paul Johnson.


EKONOMI


Timbalan Gabenor Bank of England, Dave Ramsden berkata kredibiliti dikembalikan kepada penggubalan dasar ekonomi British, berdasarkan pemulihan dalam pasaran bon kerajaan.


Ahli ekonomi kanan UK di Capital Economics di London, Ruth Gregory, berkata: "Kejatuhan dalam hasil bernilai emas berikutan Sunak akan menjadi Perdana Menteri UK mengurangkan peluang penyatuan fiskal yang ketara. Walaupun begitu, Perdana Menteri baharu masih perlu bekerja keras untuk memulihkan kestabilan di mata pasaran kewangan."


APA DI SEBALIK KRISIS?


Pasaran kewangan Britain menjunam ke tahap gawat pada 23 September selepas menteri kewangan yang baharu ketika itu Kwasi Kwarteng mengumumkan berbilion pound pemotongan cukai yang tidak dibiayai.


Bank of England terpaksa membuat pembelian bon kecemasan untuk membendung penjualan mendadak dalam pasaran bon kerajaan Britain bernilai $2.3 trilion (RM10.9 trillion) yang mengancam malapetaka dalam industri pencen dan meningkatkan risiko kemelesetan.


Pengganti Kwarteng, Jeremy Hunt membatalkan hampir semua rancangan ekonomi dan mengurangkan skim sokongan tenaga besar Truss, yang diumumkan pada bulan September, dalam pusingan U yang bersejarah untuk cuba memulihkan keyakinan pelabur.


Campur tangan BoE menyerlahkan segmen yang semakin meningkat dalam sektor pencen Britain iaitu pelaburan yang didorong oleh liabiliti. 


Sumber- REUTERS/ 25 OKT 2022

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...