20hb JANUARI 2009 :UMURKU KINI 31 TAHUN. HARAPAN BARU UNTUK DUNIA MASA HADAPAN
Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
Blog : http://www.ezli007.blogspot.com/ / 017-6543974
‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat serta para Tabiin, para alim ulama dan para syuhadak. Semoga kita mendapat Safaat Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Semoga kita juga sentiasa mendapat lindungan Allah dan diberi kekuatan untuk kita terus berjuang membela dan menegakkan kalimah Allah di seluruh pelosok alam maya ini. Semoga kita juga dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang pejuang-pejuang yang akan membebaskan bumi Al-Aqsa daripada tangan-tangan Zionist Israel dan sekutunya. AMIN…’
Begitu pantas masa berlalu, sedar atau tidak umurku kini sudah mencecah 31 tahun. Maknanya sudah semakin berkurang setahun lagi umurku yang masih berbaki dalam meneruskan baki umurku yang tidak aku ketahui bila dan saat waktunya ajalku akan tiba. Menginsafi dan muhassabah sejenak perjalanan sepanjang umurku 31 tahun ini, apakah aku sudah menyiapkan bekalan untuk di bawa ke alam yang kekal selama-lamanya.
Menyorot sejenak secara ringkas perjalanan hidupku yang penuh ranjau dan dugaan. Aku dilahirkan pada 20hb Januari 1978 / 11hb Safar 1398 H di Hospital Tanjung Karang pada hari Jumaat jam 11.30 malam mengikut apa yang tercatat dalam sijil kelahiranku. Aku merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Rumahku dari dahulu terletak di Batu 28 Ijok, Bestari Jaya,Selanor Darul Ehsan. ‘IJOK’ satu nama yang langsung tidak dikenali oleh masyarakat luar. Namun pada April 2007, pilihanraya kecil DUN Ijok menjadikannya nama ini menjadi bualan orang ramai dan pemimpin-pemimpin negara. Itu satu kenangan yang masih terpahat dalam memoriku.
Aku mendapat pendidikan pertama di sekolah TADIKA di Simpang 3 Ijok, selepas itu aku mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Badong manakala pada sebelah petangnya aku bersekolah di Sekolah Rendah Agama Bukit Badong. Sekolah inilah yang banyak memberi erti dan pendidikan asas kepada aku. Terima kasih aku ucapkan kepada semua guru-guru, ustaz dan ustazah yang telah memberi pendidikan yang berguna kepada aku selama ini. Pencapaian aku yang terbaik ialah mendapat Anugerah Pelajar Terbaik 1990.
Kemudian aku melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Menengah Jeram,Kuala Selangor. Daripada tingkatan satu sehingga lima. Ulang alik daripada rumah ke sekolah sejauh 50km sehari. Pada mulanya aku duduk di asrama, namun hanya mampu bertahan selama 2 minggu sahaja. Selepas itu aku mengambil keputusan besar untuk berulang alik setiap hari. Ada van yang mengambil pergi dan pulang. Kemudian selepas perkhidmatan van tiada, aku menaiki bas sekolah yang juga ulang-alik setiap hari. Dan dalam tingkatan 5 aku menaiki bas henti-henti yang aku perlu keluar pagi seawal jam 6 pagi.
Namun akhirnya berkat kesungguhan dan pengorbanan, aku berjaya dalam peperiksaan SPM dengan mendapat 7 aggregate. Pada ketika itu aku menjadi pelajar kedua terbaik keputusan SPM 1995 untuk sekolah menengah agama di negeri Selangor. Aku bersyukur di atas kejayaan ini , Sekalung penghargaan kepada kedua ibubapaku serta seluruh warga pengajar di SAM Jeram ini.
Selepas peperiksaan SPM, aku menyambung pelajaranku ke SAM Tinggi Kuala Kubu Bharu untuk Tingkatan 6 Bawah selama 6 Bulan sahaja. Kemudian aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi UIAM di Lembah Pantai dalam jurusan Undang-Undang. Kemudian aku berpindah ke kampus utama di UIA Gombak yang pada ketika itu masih rancak dalam pembinaan.
Di UIA ini aku menimba banyak pelajaran dan pengalaman hidup. Hidup sebagai mahasiswa UIA mendedahkan aku kepada banyak kerja-kerja kebajikan dan kegiatan luar pelajar. Pergi buat program motivasi, program anak angkat , turun kepada masyarakat dan banyak lagi.
Pada September 1998, berlakunya kegawatan ekonomi dan politik negara. Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada TPM dan Presiden UIA secara tidak adil dan penuh konspirasi. Aku bersama rakan-rakan seperjuangan turun ke kancah perjuangan siasah kerana memperjuangkan prinsip keadilan. Puncaknya pada 15hb April 2000, aku ditangkap oleh pasukan polis di Masjid Negara sebelum dapat masuk ke masjid negara untuk solat Zohor dan aku disyaki hendak terlibat dalam peristiwa Black-14. Selama 4 hari aku di tahan di lokap Balai Polis Dang Wangi. Di soal siasat oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan lain-lain lagi. Di tahan bersama puluhan orang-orang besar lagi pada ketika itu.
Semasa di lokap ini, banyak peristiwa dan pengalaman yang aku lihat sendiri mengenai perjalanan sistem keadilan di Malaysia. Ini yang menjadi semangat aku membara dan terus berkobar-kobar untuk terus berjuang membina dunia masa hadapan yang lebih adil, aman dan bebas berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Aku menamatkan pengajian dengan mendapat Ijazah Undang-Undang (Kepujian) pada 2002. Aku kemudian menjadi cikgu sementara di Sekolah Rendah Ijok selama 3 bulan. Memang hasrat aku untuk mengajar sementara sebelum aku mendapat pekerjaan. Aku kemudian membuat latihan dalam kamar selama 9 bulan di Tetuan Thean @ Co selama 9 bulan di Kepong Baru,Kuala Lumpur.
Selepas Chambering, aku berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri. Aku bersama rakan kongsi membuka syarikat Rights Event Resources dengan kerjasama pintar dengan syarikat The Rights Berhad. Namun ia hanya bertahan tak sampai setahun kerana aku kurang berpuashati dengan beberapa keputusan dalam The Rights Berhad dan keluar membuka syarikat lain. Aku mendaftarkan syarikat pada 2005 Futuristic Innovative Resources sebagai syarikat yang membuat latihan dan motivasi.
Aku juga telah mendaftarkan syarikat pada 2006 Futuristic Space Resources yang boleh dilawati di laman blog : wwwfsr007.blogspot.com yang akan aku bangunkan untuk Research and Development, industri aeroangkasa dan angkasa lepas , ICT dan pembangunan manusia. Ia adalah syarikat untuk masa hadapan yang akan aku bangunkan sendiri atas kekuatan yang Allah berikan kepada aku.
Untuk sementara waktu ini aku bekerja dan membantu sementaraa syarikat isteriku MHP Enterprise yang boleh dilayari di laman blog: www.mhp2020.blogspot.com yang terletak di Sekinchan, Selangor. Syarikat ini pengeluar makanan ringan seperti kerepek, makanan tradisional, bahulu, kuah kacang dan lain-lain lagi. ALHAMDULILLAH jumlah jualan kasar pada 2008 berjaya mencecah RM1.6 Juta setahun. Aku dah bekerja di sini selama 3 tahun secara sedar atau tidak.
Aku juga kini mula berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Sekadar penulis amatur yang masih perlu belajar dan terus belajar. Ada juga tulisan aku keluar di akhbar Sinar Harian, Harakah dan Siasah. Malahan ada juga tulisan aku keluar dalam Harakah Daily,Laman Marhaen dan Malaysia Today. Hasrat aku untuk aku menerbitkan pula buku selepas ini. Insya Allah…
Sebenarnya matlamat aku yang sebenarnya adalah untuk membangunkan syarikat aku sendiri kelak. Namun atas faktor modal, aku akan bina dengan apa yang ada sedikit demi sedikit. Aku tidak berhasrat untuk membuat pinjaman daripada bank-bank atau lain-lain. Tetapi biarlah aku bina menggunakan kekuatan yang ada pada ku sendiri.
Satu hari nanti aku memasang impian dan harapan akan melancarkan nanosatelit ke angkasa lepas. Insya Allah. Malahan aku juga bercita-cita untuk membangunkan jet pejuang taktikal termoden yang akan membantu membebaskan bumi Al-Aqsa menjelang tahun 2020. Doakanlah semoga ia menjadi realiti.
Dalam perjuangan siasah, aku masih konsisten semenjak menjadi mahasiswa lagi dalam perjuangan menegakkan keadilan sejagat. Buat masa kini pasca PRU-12, aku diamanahkan sementara untuk menggalas tugas sebagai Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Bahagian Kuala Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dan juga merangkap jawatan Setiausaha AMK. Jawatan bukan keutamaan bagiku tetapi yang penting adalah kita perlu membina sebuah peradaban ummah yang gemilang.
Tatkala kita melihat umat Islam di Palestin dibantai dan dizalimi dengan begitu hebat. Kita umat Islam hanya menjadi saksi kepada sejarah kezaliman ini. Justeru ku seru rakan-rakanku untuk kita semua sama-sama berganding bahu dalam apa jua untuk kita membina kekuatan ini bermula daripada saat dan waktu ini.
Ya, saat ini kita semua tiada keupayaan. Namun apakah kita harus menangisi saban hari nasib kita tanpa sebarang usaha dan tekad untuk mengubahnya. Kita sebenarnya yang lahir pada generasi ini wajar bersyukur kerana mungkin kita adalah generasi yang akan membina peradaban gemilang kembali umat Islam yang telah lama hilang semenjak jatuhnya Khalifah Turki Uthmaniah pada tahun 1924 dahulu.
Kita juga mungkin generasi yang mungkin diberi kesempatan oleh Allah untuk menjadi generasi yang merampas kembali bumi Al-Aqsa daripada tangan musuh-musuh Islam. Sebenarnya kita semua mempunyai peranan dan tugas masing-masing. Kita juga boleh memberikan sumbangan atas kapasiti kita masing-masing.
Hasil pemerhatian saya daripada kajian dan analisis terhadap kezaliman yang berlaku di Gaza mutakhir ini. Hayat dan tempoh kerajaan Zionist Israel bakal berakhir pada 2022 Masihi atau 1444 hijrah. Analisis ini bersandarkan pemerhatian bahawa hayat Kerajaan Israel yang ditegakkan pada tahun 1948 berumur selama 76 tahun sahaja.
Analisis ini juga diperkuatkan dengan hasil pemerhatian kepada ayat-ayat Al-Quran dalam Surah Al-Israa yang menyatakan akan kemusnahan kali kedua bangsa Yahudi Israel selepas mereka melakukan kekejaman kembali. Malahan satu yang menakjubkan ialah jika kita dicampur jumlah ayat-ayat Al-Quran bermula Surah Al-Baqarah sehingga Surah Al-Nahl ialah berjumlah 2022 ayat !. Allah Maha Mengetahui.
Pada hari ini 20hb Januari 2009 di Capitol Hill, Presiden Baru ke-44 Amerika Syarikat bakal mengangkat sumpah menjadi Presiden Kuasa Besar Dunia. Tarikh lahir aku adalah tarikh sama di mana Bakal Presiden-presiden Amerika Syarikat mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat secara rasmi !.
Pemerhatian aku, mungkinkah Barack Hussein Obama bakal menjadi Presiden Terakhir Kuasa Besar Dunia sebelum kuasa besar dunia bakal di ambil alih oleh Dunia Islam. Krisis kegawatan ekonomi dunia yang teruk semenjak Great Depression 1929 telah melanda dan jangkitan ini mula dirasai di Malaysia mutakhir ini. Ini adalah saat dan waktu yang mungkin akan berlaku peralihan kuasa besar dunia daripada Amerika Syarikat kepada Dunia Islam
Anda boleh lihat dalam artikel yang aku tulis bertajuk : Barack Hussein Obama; Presiden Kuasa Besar Dunia Terakahir ? dalam laman blog: www.ezli007.blogspot.com
Aku cuba menghayati rangkap ayat ini :
‘The Best Way To Predict The Future Is To Invent It’
Harapan aku sempena pada hari yang bersejarah ini 20hb Januari. Aku akan terus berazam untuk aku menjadi hamba Allah yang mendapat keberkatan hidup. Perjalanan perjuangan kita masih terlalu panjang. Pastinya pelbagai dugaan dan cabaran yang sedia menanti.
Untuk akhirnya aku mengucapkan salam perjuangan kepada rakan-rakan seperjuanganku yang sudi membaca nukilan ini. Kita adalah generasi harapan ummah untuk membawa harapan baru untuk dunia. Kita adalah generasi sejarah baru kebangkitan Tamadun Islam di masa hadapan. Insya Allah…
YA ALLAH.. BERIKANLAH KAMI KEKUATAN DALAM PERJUANGAN INI DAN BERIKANLAH KAMI BANTUAN DARIPADA SEGENAP PENJURU ALAM INI UNTUK KAMI MENYUMBANG KEPADA KEBANGKITAN DAN MEMBAWA NUR KEADILAN UNTUK UMMAH SEJAGAT. AMIN…
HARAPAN BARU UNTUK DUNIA.
Sekian, Wasalam.
ezli007@hotmail.com