Jepun Reka Sistem Kesan Pekerja Mengantuk

Foto Sumber: Bijli Bachao

INOVASI - TOKYO - Pekerja pejabat di Jepun mungkin tidak dapat tidur ketika bekerja, selepas satu sistem baharu dicipta  bagi mengesan pekerja mengantuk, sistem berkenaan akan menurunkan suhu secara automatik supaya mereka terus sedar.

Pengilang penyaman udara Daikin dan syarikat elektronik gergasi NEC pada Khamis berkata, mereka sudah mula menguji sistem terbabit yang memantau kelopak mata pekerja dengan kamera pada komputer.

Komputer itu akan menurunkan suhu bilik secara automatik, jika ia mengesan pekerja tidur di meja mereka.

"Kami berharap untuk memperkenalkan sistem ini secara komersil pada 2020," kata jurucakap Daikin sambil menambah satu ujian sudah bermula bulan ini.

Sistem itu menggunakan teknologi Daikin untuk mengubah suhu secara automatik dan teknologi pengecaman muka NEC untuk memantau pelbagai pergerakan kelopak mata yang mencadangkan jika seseorang mengantuk.

"Kajian kami membuktikan kaedah menurunkan suhu amat berkesan terutamanya ketika tanda awal mengantuk dikesan," menurut kenyataan bersama kedua-dua syarikat itu.

SUMBER: AGENSI

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...