Selepas Taufan Terkuat Badai Jepun, Kini Gempa Bumi Kuat Gegar Hokkaido


Foto Sumber: Twitter


INFO CUACA: Negara Jepun terus mengalami bencana alam yang teruk sehingga memusnahkan banyak infrastruktur akibat taufan dan gempa bumi.

Ekoran Taufan Jebi selaju kira-kira 216km/jam, sekurang-kurangnya 11 orang maut dan lebih 300 lagi cedera apabila Taufan Jebi membadai kawasan pengilangan utama di sekitar bandar kedua terbesar Jepun, Osaka.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 216 kilometer sejam yang mengakibatkan bumbung kediaman terbang, treler terbalik dan mengakibatkan sebuah kapal tangki seberat 2,500 tan melanggar sebuah jambatan menghala ke lapangan terbang itu.

Kerosakan pada jambatan menyebabkan lapangan terbang di pulau buatan manusia itu terputus hubungan, manakala kira-kira 3,000 penumpang dan kakitangan terkandas.


Foto Sumber: JAPAN TODAY

Landasan-landasan turut ditenggelami air selepas ombak besar melanda lapangan terbang itu kelmarin.

Menjelang tengah hari 5 September, beberapa ratus orang berjaya dipindahkan ke Kobe dengan menggunakan bot, namun masih terdapat lebih dua ribu mangsa menunggu untuk diselamatkan.

Lapangan terbang antarabangsa Kansai akan dibuka secara berperingkat mulai 7 September, selepas ditutup selama beberapa hari akibat taufan Jebi yang menyebabkan beberapa bahagian dalam hab pengangkutan itu ditenggelami air.

Dalam kejadian terbaharu, 6 September sekurang-kurangnya lapan mangsa maut apabila gempa bumi berukuran  6.6 magnitud melanda pulau Hokkaido di utara Jepun awal pagi tadi.

Kejadian itu juga menyebabkan banyak rumah musnah, selain insiden tanah runtuh mengakibatkan puluhan penduduk hilang.


Foto Sumber: Media Jepun

Pemandangan dari udara yang berjaya dirakamkan menunjukkan puluhan kediaman yang terletak di kaki bukit musnah akibat tanah runtuh, ketika helikopter yang membawa anggota penyelamat, bertungkus lumus mengesan mangsa yang terselamat.


Foto Sumber: Twitter

Dalam pada itu, hampir tiga juta kediaman terputus bekalan elektrik, apabila insiden gempa bumi itu memusnahkan loji tenaga yang membekalkan elektrik ke wilayah terbabit.

Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga, kira-kira 20,000 anggota penyelamat, termasuk polis dan kakitangan pasukan pertahanan awam terbabit dalam misi mencari serta penyelamat bencana itu. 

SUMBER: AFP/ JAPAN TODAY

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...