Niagara Falls Jadi 'Air Terjun Frozen' !


Guys, not to alarm anyone, but the Canadian side of Niagara Falls is an icy, winter wonderland right now (via IG @Arjsun @AdamRDanni)

BANDAR RAYA NEW YORK – Fenomena cuaca yang melampau menyebabkan air terjun Niagara menjadi beku selepas suhu jatuh pada paras -89 darjah fahrenheit.

Kejadian alam yang menakjubkan itu sering kali menarik kunjungan orang ramai yang berminat untuk menyaksikan sendiri air terjun beku yang dikatakan antara lokasi tercantik di dunia, lapor AGENSI.

Ia turut menyebabkan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pelancong terpaksa dihentikan buat sementara waktu sejak bulan lalu.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan hempasan air terjun itu berubah wajah apabila air deras itu bertukar menjadi beku dan tidak bergerak.

“Saya tidak pernah melihat keindahan air terjun secara semula jadi ini sepanjang umur saya. Ia amat menakjubkan apabila pergerakan air terhenti gara-gara cuaca sejuk,” kata seorang pelancong.

Bagaimanapun, cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 220 juta penduduk di beberapa kawasan di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada. 

SUMBER: AGENSI

SAKSIKAN SUASANA MENAKJUBKAN INI YANG DIMUAT NAIK KE LAMAN MEDIA SOSIAL



Niagara Falls freezes over as temperatures in North America plummet. Photo: AP
Horseshoe Falls on Friday, December 29, 2017. Photo: AARON LYNETT


TERKINI

CERPEN REALITI | Kejatuhan Mengguncang Dunia: Kisah Bursa Saham Amerika Syarikat hilang USD4.5 trilion

Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Bayangkan sebuah pagi yang tenang di New York, pada 10 Mac 2025. Langit cerah, burung berkicau, dan kopi pan...