NEWS | ECONOMY | LAWS | MILITARY | TECHNOLOGY| INVESTMENT | GADGET | INNOVATION | FUTURISTIC | TIPS | TRAVEL | INSURANCE | IT | IOT
Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Sehingga 126%
GLOBAL : Permulaan awal tahun 2018 selalunya bermula dengan berita menggembirakan dan menceriakan namun berbeza dengan permulaan di Arab Saudi.
Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan Arab Saudi yang juga antara negara pengeksport petroleum terbesar dunia hari ini, mengumumkan kenaikan harga petrol tempatan di antara 45 hingga 126 peratus.
Ia memetik laporan Agensi berita kerajaan, SPA menyatakan langkah itu bertujuan menjadikan penggunaan tenaga lebih efisyen, sejajar pelan reformasi untuk merangsang sumber pendapatan negara itu daripada hanya bergantung kepada minyak.
Susulan pengumuman itu, minyak Ron 91 kini dijual pada harga 1.37 riyal (RM1.48) seliter, berbanding 0.75 riyal (RM0.81) sebelum ini sementara Ron 95 pada harga 2.04 riyal (RM2.21) seliter, berbanding 0.90 riyal (RM0.98) sebelum ini.
Kerajaan negara itu juga akan memperlahankan rancangan menghapuskan subsidi terhadap pelbagai produk tenaga lain berdasarkan pelan fiskal jangka panjang baharu dalam bajet negara 2018.
Pada 20 Disember lalu, Raja Salman secara rasminya, mengumumkan tarikh sasaran menghapuskan defisit bajet kerajaan dilanjutkan kembali sehingga 2023, berbanding sasaran terdahulu pada 2020, bagi mengurang tekanan terhadap pertumbuhan ekonomi.
Negara itu mengumumkan inisiatif reformasi meluas pada 2016, yang bertujuan meningkatkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kerajaan dan mencapai masa depan lebih kaya dengan pembangunan berdaya tahan.
SUMBER BERITA: REUTERS
TERKINI
Akibat Durian Dijual Guna Timbang Kilogram, Generasi Muda Dan Masa Hadapan Hilang Minat Makan?
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Imej Janaan AI Oleh : Mohd Ezli Mashut =========================================== HARGA TAK MASUK AKAL. Ad...
-
(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gang...
-
Disusun Oleh : Mohd Ezli Mashut Pengasas Institute For Future Research, Tezla Madani Resources & Tezla Resources Pendahuluan Pendidi...
-
Sumber Foto: Mohd Ezli Mashut/11.00 Pagi/14 Jun 2023 OLEH : MOHD EZLI MASHUT Pada 16 April 2022 tular di media sosial pesawat terbang dikata...